Bab 3

30 7 0
                                    

Orked termenung melihat barang hantaran di ruang tamu. Barang hantaran semasa majlis pertunangan dihantar semula ke rumah emak dan abah. Kini, Orked baru sedar dirinya benar dibuang oleh ahli keluarga Al Ryan. Hari ini mereka telah putus tunang secara rasmi. Menangis tujuh hari pun tiada guna. Dia tetap dibuang orang. Bak kata puan Rahimah semalam, perempuan kena ada sifat malu.

"Kakak menangislah. Emak ada disini sokong kakak." Pujuk emak lembut. Bahu anak diusap-usap perlahan. Mengerti perasaan anak gadisnya ini. Baru pertama kali bercinta terpaksa pula tempuhi ujian hati.

Orked mengukir senyuman nipis. Dia tahu emak turut terluka jika Orked terluka. Biarlah dia simpan perasaan ini.

"Kakak tak nak pulihkan ingatan abang Ryan?" Soal adik lelaki Orked. Terpamer muka tidak puas hati melihat barang hantaran yang tersusun di ruang tamu. Tergamak mereka lakukan ini pada kakak.

"Bukan jodoh kami." Jawab Orked tenang.

"Akak tak usaha." Ujar Zikri geram. Dia berpeluk tubuh pandang wajah Orked. Muka kakak nampak tenang tetapi dalam hati siapa yang tahu. Malam semalam dia baru dengar kakak menangis. Bila tanya katanya semua baik baik.

Orked mengeleng kepala. Tidak mahu hal ini diperbesarkan. Jika ada jodoh antara mereka pasti akan bersatu. Dia masih berbelah bagi sama ada mahu memulihkan ingatan Al Ryan atau biarkan masa berlalu.

"Cinta harus diperjuangkan. Bukan duduk termenung kak." Zikir bersuara. Dia tidak suka kakak duduk diam dan tidak buat apa apa. Dia mahu melihat kakak berjuang demi cinta.

"Amboi kamu Zik. Umur baru 17 tahun dah cakap pasal cinta." Bebel emak.

"Abah sokong akak perjuangkan cinta kakak. Tapi kalau dia buat kakak kecewa. Batang penyaku aku abah sembat kat pungkok dia." Sempat lagi abah berlelucon dalam keadaan marah.

"Zik sokong abah!" Ujar Zikri bersemangat.

Orked menunduk pandang jari kaki. Dia serba salah untuk meneruskan hasrat hati. Puan Rahimah seolah olah sudah bina benteng terhadap dia. Orang kaya boleh buat apa sahaja demi anak dan kepuasan hati.

"Orked tak mampu abah emak. Dia siapa. Kita siapa." Balas Orked. Dia harus sedar diri tentang status dia dan Al Ryan. Terlalu jauh jurang.

"Dia pun manusia juga kak. Mati duduk dalam kubur. Tak ada aihhh mati bersalut emas tu." Lancang mulut Zikri menjawab.

Abah mengangkat ibu jari kanan. Setuju dengan jawapan Zikri.

"Tidak mengapalah Orked. Kalau orang tak sudi. Tak perlu menagih simpati. Kita perempuan ada maruah yang harus dijaga." Ujar ibu. Dia pandang anak perempuanya dengan kasih sayang. Kepala yang masih bertudung itu diusap perlahan. Satu satunya anak perempuan dalam keluarga ini.

"Betul jugak tu kan ibu." Zikri pula setuju dengan kata kata ibu.

"Hmmm. Tak salah nak pulihkan ingatan Al Ryan tu supaya ingatkan Orked. Tapi guna secara halus. Bukan kita tunjuk macam hendakkan sangat si Al Ryan tu."

Zikri dan ibu mengangguk faham dengar kata-kata abah. Fikiran Orked pula melayang. Dia tidak endahkan kata-kata abah. Dia cuma berfikir bagaimana dengan hari-hari seterusnya jika bertembung dengan Al Ryan? Sampai bila mahu berpura-pura tidak kenal sedangkan hati ini tercalar luka.

"Kakak okey?" Tegur ibu. Dia perasan air muka anak perempuan bertukar muram. Apa agaknya yang ada dalam fikiran Orked.

"Kakak sentiasa okey. Kakak anak yang kuat. Kakak gagah." Abah beri semangat pada Orked. Dia tahu anaknya itu sedang bersedih.

Orked mengesat air mata. Gelakan halus dari bibir. Ayat abah menjentik hati. Abah, emak dan adik sentiasa ada bersama. Terima kasih kalian. Orked tidak akan sekali kecewakan keluarga aku.

Disaat hampir kehilangan orang yang aku cintai. Keluarga adalah penyokong tegar. Emak dan abah memeluk aku erat. Sekaligus adik aku turut sama menempel.

"Kakak kuat." Ujar mereka serentak.

*****

Hari yang baru dan semangat yang baru. Hidup harus diteruskan. Hal peribadi dan hal kerja tidak perlu dicampur aduk. Setelah beberapa hari dia bercuti. Orked paksa diri untuk jejak kaki ke tempat kerja.

"Tunang kau excident dengan bekas tunang." Ujar Adi kepoh. Tangan cekak pinggang. Mulut mahu sampaikan gosip pada Orked.

" Apa kau merepek?" Soal Orked. Pagi pagi dah dengar perkara yang dia sendiri tidak sangka.

"Eh kau tak tahu ke? Tunang kau tu merangkap bos kita excident dengan ex tunang dia. Kau rasa apa jadi?"

Soalan Adi sedarkan Orked. Kenapalah dia tidak pernah terfikir sebelum ini walhal dia nampak tangan Lana berbalut.  Ini bermaksud puan Rahimah sudah tahu? Dan puan Rahimah merestui hubungan mereka. Tiba tiba Orked rasa diperbodohkan. Kenapa Al Ryan tak berterus terang sahaja. aa

"Mungkin jumpa urusan kerja. Ex tunang bos tu hantar kereta dia kat sini. Katanya hanya bos sahaja yang boleh baiki kereta mahal dia."

Oh mereka dah berjumpa acap kali tapi kenapa Orked tidak tahu? Sampai hati Al Ryan!  Selama ini yang dia kata ada urusan penting itu adalah urusan bersama Lana. Orked mahu ketawa besar. Tersedar ditipu hidup sebelum ini. Pandai Al Ryan selindung perbuatan dia.

"Jangan fikir bukan bukan. Itu urusan kerja. Kita pun masyuk tauuu."  Ujar Adi.

Orked senyum sinis. Baru sahaja tadi, dia bagi gambaran negatif dan sekarang dia minta fikir positif? Hati Orked jadi berbelah bagi. Mahu marah Al Ryan? Lelaki itu tidak kenal siapa Orked. Dia dan Orked sudah jadi orang tidak dikenali. Kadang Orked ada terfikir benarkah keputusan dia untuk memulihkan ingatan Al Ryan. Dia jadi keliru. Otak dan perasaan dia juga tak sependapat.

"Jangan buat andaian Orked. Siasat dulu. Aku cerita kat kau ni sebab tak nak dengar dari mulut orang lain." Serba salah pula jadinya bila bercerita pada Orked. Sakit tetapi realiti itu harus Orked berpijak di dunia nyata.

Orked menarik nafas dalam dan hembus. Kata kata Adi tidak menenangkan hati Orked. Malah terasa kacau bilau.

"Aku dah putus tunang dengan dia."

"Hah!" Terbeliak mata Adi dengar ujaran Orked.

"Dia tak kenal siapa aku." Balas Orked. Dia mengeluh perlahan. Semuanya dalam sekelip mata. Terlalu pantas baginya.

"Apa?" Sekali lagi dia terkejut dengan cerita Adi.

"Hilang ingatan." Balas Orked.

"Dah tu macam mana boleh putus tunang?"

"Puan Rahimah."

Adi mengeluh. Sejak bila puan Rahimah berubah. Bukankah Orked itu bakal menantu kesayangan dia? Tapi tak mustahil juga bila Lana tiba-tiba muncul.

"Tak ada jodoh."

"Orked." Adi jatuh simpati pada Orked. Riak wajah Orked tenang tetapi dalam hati itu tiada siapa yang tahu. Sudahlah Al Ryan itu cinta pertama Orked.

"Aku okey je."

"Kau cuba nak pulihkan ingatan Al Ryan?" Soal Adi.

"Tak tahu."

"Tak nak cuba?"

"Puan Rahimah kata jangan jadi perigi cari timba. Aku ni perempuan."

"Hah? Perigi apa? Timba apa? Kalau kau tu tunang Al Ryan. Mengarutlah puan Rahimah tu."

Orked angkat kedua dua bahu. Dia sendiri tak faham dengan puan Rahimah. Mungkin selama ini puan Rahimah berpura pura menyukainya sedangkan dalam hati hanya menerima Lana. Kerana Al Ryan, puan Rahimah turutkan sahaja. Teka Orked dalam hati.

Kembali CintaWhere stories live. Discover now