Hati ini bukan macam batu,
Bukan juga macam kapas,
Hati ini seolah-olah kayu
Asal usulnya kertas
Keras bila cuba dipukul
Ketika cuba untuk mengetuk
Namun kayu itu
Tetap akan rapuh jua
Sama macam hati
Hati tatkala ibarat kayu
Terbakar kerana api kebencian,kerana kesedihan dan keperitan
Namun
Api itu boleh padam
Dengan air waktu, kemaafan dan penyesalan
Meski,
Baranya masih ada
Masih berbekas hitam di kayu
Sama macam hati
Setelah dilukai akan meninggalkan parut
~Himemiyako
YOU ARE READING
Nukilan Malam
PoetrySeribu satu kisah Terus dari hati Diukir pada waktu purnama mengambang Ketika bintang sedang menari Sajak,Puisi,Pantun Akan cuba dimuatkan dalam buku ini Maaf seandainya penuh dengan kekurangan Kerana diri ini masih hijau dalam bidang penulisan. ~🌹...
