Prompt WattpadRomantikaMY: Kad Undangan Rahsia
Masanya kini tiba untuk melepaskan tekanan belajar dengan menghadiri parti halloween tahunan anjuran kampus. Kad jemputan yang anda terima di dalam kelas sebentar tadi daripada ketua kelas anda keluarkan dari beg untuk letak di dalam loker. Sebaik pintu loker terbuka, suatu kad berwarna unggu gelap dengan tulisan keemasan menyapa pandangan anda. Plastik hitam yang turut disertakan pengirim diambil lalu dibuka melihat isinya, hiasan rambut berwarna emas.
"Aku telah mencintaimu sejak pertama kali memandangmu,
dalam jiwaku, aku tahu
aku telah menunggumu sepanjang hidupku.
Wahai cinta, datanglah cari siapa aku yang telah lama menunggumu,
Sabtu, 10 malam, Laman Bunga."
Oh tidak! Siapakah yang menghantar kad misteri ini? Siapakah yang ada di dalam fikiran anda saat ini? Siapa yang anda mahukan?
Sambung kisah di atas dengan naratif anda.
Garis Panduan
Tarikh akhir: 7 November 2020, 11:59 PM (Zon Waktu Timur)
Tag: Kisah anda mesti ditandai # HalloweenVault3D #Romantikahv3d
Kiraan perkataan: Tidak melebihi 500 patah perkataan
Hadiah: Pemenang akan dipaparkan dalam Antologi Halloween kami, ditambahkan ke dalam Reading List kami jika buku tersebut merupakan buku khas yang diterbitkan untuk pertandingan ini, serta pemenag akan menerima shout-out dan pelekat buku pemenang.
YOU ARE READING
Halloween Vault 3D
RandomHalloween Vault 3D kembali dengan penuh kuasa pada tahun ini! 59 profil Engagement, termasuk 38 profil Inggeris, 9 profil antarabangsa dan 12 profil Komuniti telah berkolaborasi untuk membuat versi 'Halloween Vault 3D - Diverse, Dynamic, Dauntless'...