Bab 1

150 18 4
                                    

Adra membetulkan awning tudungnya yang sedikit tidak teratur. Purdah yang dia pakai juga turut dikemaskan. Minyak wangi yang berada di atas meja solek diambil lalu disembur sedikit pada baju dan tudung labuhnya. Selesai menilik pakaiannya, Adra segera keluar daripada bilik tidurnya dan berjalan masuk ke dapur.

Susuk tubuh ibunya iaitu Puan Marina menerpa pandangannya. Laju kaki kecilnya menapak ke arah puan Marina, lalu pinggang wanita tua itu dipeluk erat.

Selesa!

Puan Marina yang sibuk mengacau nasi goreng sedikit terkejut, sudip yang dipegangnya juga turut terlepas. Dia segera menoleh ke belakang melihat gerangan yang peluk tubuhnya secara mengejut.

Mengecil mata Puan Marina melihat Adra yang tersengih disebalik purdah itu.

Puan Marina mencapai buku dan pen yang sedia ada di atas kabinet tersebut. Dia menulis sesuatu lalu buku itu didekatkan pada wajah anaknya.

Kenapa buat macam tu Adra? Terkejut ibu tau. Lain kali jangan buat lagi.

Adra membaca dengan teliti sebelum mengangguk faham. Jarinya membuat simbol Ok. Kedua-dua tangannya diangkat membuat tanda maaf.

Puan Marina tersenyum. Senang dengan sikap anak nya yang dengar kata. Walaupun anaknya ada kekurangan iaitu tidak boleh bercakap seperti orang lain, dia tetap bersyukur dikurniakan anak sebegini. Tidak pernah sekalipun dia merungut jika Adra ada menyusahkannya.

Adra mengambil buku dan pen ditangan Puan Marina, dia menulis sesuatu lalu dia angkat buku itu bagi Puan Marina baca dengan jelas.

Ibu.. Adra nak tolong boleh tak? Ada apa-apa yang Adra boleh tolong? Sebelum Adra pergi kerja boleh lah Adra tolong ibu sekejap kan?

Puan Marina menggeleng sambil tersenyum. Ada saja perangai anaknya. Rajin sangat mahu menolong.

Bekas yang bersaiz lebar diatas rak kecil, Puan Marina ambil lalu nasi goreng yang sudah masak dicedok masuk ke dalam bekas itu sampai habis. Kemudian dia menghulur bekas itu pada Adra.

Adra yang seakan-akan faham maksud ibunya, terus bekas itu diambil dan menapak keluar daripada dapur lalu berjalan ke arah meja makan. Dia meletak bekas itu diatas meja dengan berhati-hati.

Tiba-tiba terasa bahunya seperti dicuit oleh seseorang lantas kepalanya menoleh ke belakang.

Terjongket kening Adra melihat kakaknya, Nur Adelia Maisarah yang sedang tersenyum lebar.

Adelia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka aplikasi keep notes lalu dia menaip sesuatu. Setelah itu dia menghulur telefon itu ke arah adiknya. Adra hanya mengambil dan membaca dengan teliti.

Jom pergi shopping nak tak Adra? Kita ajak kakngah sekali. Kakak dah dapat gaji! Jangan risau kakak belanja.

Adra memandang sekejap wajah cantik Adelia sebelum matanya kembali tertancap pada skrin telefon. Dia berfikir sejenak lalu menaip sesuatu. Kemudian dia menghulur kembali telefon milik Adelia.

Hari ni tak boleh lah kakak. Adra kerja. Kalau kakak nak pergi, ajak lah kakngah dengan ibu. Adra minta maaf sangat-sangat.

Adelia mengeluh kecewa. Adiknya selalu sibuk dengan kerja sampai tidak ada masa mahu luang bersama.

Hati Adra mula diserbu rasa bersalah apabila melihat riak wajah kecewa kakaknya. Adra dengan pantas mengambil semula telefon bimbit yang berada di tangan Adelia lalu dia menaip sekali lagi. Kemudian dia kembalikan semula telefon itu kepada kakaknya. Adelia mengerutkan dahinya lantas baca apa yang adiknya menaip.

Kalau nak Adra ikut sekali, boleh. Tapi kena esok lah. Sebab esok baru Adra cuti. Okay sayangku kakak?

Adelia memandang wajah manis Adra yang disebalik purdah itu dengan perasaan teruja. Esok pun esok lah. Janji adiknya ikut sekali.

Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]Where stories live. Discover now