Tak sabar rasa!

.
.
.

Zayyan melihat abangnya yang khusyuk membelek dokumen tanpa mempedulikan dirinya yang seperti tunggul sejak dia datang dari tadi. Satu rengusan kasar terlepas di bibirnya.

"Penat-penat aku datang sini nak jemput dia lunch sekali, eh boleh pulak dia buat aku macam tak wujud dekat sini." omel Zayyan geram.

"Aku tak suruh pun kau datang sini semata-mata nak ajak aku lunch." balas lelaki itu selamba. Tercengang Zayyan mendengar balasan daripada abangnya, Syed Zarif Qairil.

"Tak suruh? Habistu tadi kau whatsapp aku tu apa? Baik aku tak payah tinggalkan kerja aku dekat hospital tu semata-mata nak datang sini. Nasib baik sekarang waktu aku rehat. Tak guna punya abang."

Zarif menahan ketawa melihat wajah adiknya yang sudah cemberut. Merah muka budak itu menahan marah.

"Alolo kesian dia, marah ya?" usik Zarif lalu tersengih.

"Eh tak ada lah. Kau tak nampak ke aku tengah happy ni?" soal Zayyan geram. Matanya tajam menjeling wajah abangnya.

"Okay-okay, jom lunch. Aku gurau jelah. Itu pun nak marah." Zarif mula mengangkat punggung dari kerusinya. Kertas dan dokumen yang berselerak diatas meja kerjanya dikemas sedikit sebelum dia mencapai telefon miliknya.

Zayyan yang dari tadi memerhati hanya mendiamkan diri dengan wajah masam mencuka.

"Dah jom. Muka tu boleh tak senyum? menyampah aku tengok. Nak merajuk je kerja." tergeleng kepala Zarif melihat wajah adiknya yang semakin cemberut.

Zarif mula membuka pintu pejabatnya, dia terlebih dahulu keluar diikuti Zayyan di belakang. Kemudian mereka berjalan seiring.

Banyak mata yang memandang ke arah mereka berdua sebaik sahaja mereka berdua keluar, namun Zayyan dan Zarif hanya beriak biasa. Sempat Zayyan tersenyum manis memandang pekerja-pekerja abangnya. Hampir pengsan pekerja perempuan melihat senyuman adik kepada boss mereka.

Syed Zayyan Qaiser, memiliki kacukan campuran persis arwah mama dan papanya iaitu thailand dan Inggeris. Tidak hairan lah jika dirinya sering menjadi perhatian gadis-gadis di luar sana. Namun dia tidak pernah peduli dan rasa bangga sekalipun dengan rupa yang dia ada.

Abangnya pula, Syed Zarif Qairil. Memiliki kacukan Inggeris seperti arwah papanya, Syed Zafran. Selepas papa dan mamanya pergi, Zarif yang mengambil alih tugas papanya iaitu memegang jawatan Ceo syarikat yang papanya sudah majukan. Zayyan pula, bekerja sebagai doktor bedah di hospital Kuala Lumpur.

Pada mulanya Zarif memaksa Zayyan untuk mengambil alih tempat papanya namun Zayyan membantah sekeras-kerasnya dengan alasan dia masih terlalu muda untuk ambil alih tugasan seperti itu. Dengan tidak rela hati, Zarif terpaksa menerima kenyataan yang dia harus memegang jawatan Ceo syarikat milik papanya.

Saat mereka berdua berjalan ingin masuk ke dalam lif, Zayyan terpandang susuk tubuh seorang gadis yang sedang menyapu. Matanya mengecil merenung ke arah gadis itu.

"Bang, siapa perempuan tu?" soal Zayyan lalu menoleh memandang wajah Zarif.

"Manusia lah, kau ada nampak macam serigala ke?" Zarif mula berloyar buruk.

"Aku tanya elok-elok kan?" panas hatinya melihat sikap Zarif yang tak pernah nak serius bila menjawab soalan orang. Rasa nak cekik saja leher abangnya sekarang ini.

"Perempuan tu pekerja aku lah. Pekerja baru. Yang kau ni dah kenapa tiba-tiba tanya? Takkan lah dah jatuh cinta kot.." usik Zarif lalu tangannya sengaja mencucuk-cucuk bahu adiknya.

"Bukan lah mangkuk. Aku cuma pelik, takkan lah perempuan tu kerja cleaner? Sebab dia.." baru sahaja Zayyan ingin menghabiskan ayatnya, Zarif terlebih dahulu mencelah.

"Sebab dia apa? Pakai tudung labuh lepastu pakai purdah? Zayyan.. Boleh tak otak kau tu fikir positif sikit. Kerja cleaner je pun, bukannya kerja lori sampah. Lagipun dia tak boleh bercakap, dia ada masalah suara. Senang cerita dia bisu. Dah lah, jom makan. Aku lapar ni." seraya itu dia menarik laju tangan Zayyan masuk ke dalam lif.

Sebaik pintu lif tertutup, Zarif merenung wajah Zayyan. Hairan dengan sikap adiknya yang tak pernah-pernah tanya pasal perempuan. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan keluarga mereka sahaja. Malas fikir panjang, Zarif segera keluarkan telefonnya. Main telefon lagi bagus.

Zayyan pula sejak tadi hanya mendiamkan diri. Fikirannya masih memikirkan pekerja perempuan baru abangnya. Seketika dia menggeleng kepala. Gila betul dengan fikirannya.

Tbc

-
24october2020

Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]Where stories live. Discover now