"Terserah imam sahaja nak menguji saya bagaimana! Saya pun kena minta restu dari semua orang! So, saya terima sahaja test dari imam kalau itu boleh buat imam rela menyerahkan Eira kepada saya!" Sahut Harraz dengan sopan.

"Baik! Ada masa kita test beberapa perkara dekat kamu! Buat masa sekarang kita tahan dulu! Imam nak dengar keadaan Nak Syahiril dulu! Mana boleh imam tak tahu apa yang terjadi pada bakal menantu imam ni!" Ujar Tok Imam yang beralih kepada Syahiril.

"Saya dilantik menjadi guru disiplin yang baru di sekolah tahfiz tu imam! Sudah sebulan saya menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin!" Jujur Syahiril.

"Hmm.. berat juga tanggungjawab tu! Jadi.. sepanjang berkhidmat sebagai guru disiplin yang baru.. kamu pasti alami benda yang sama dengan guru-guru yang sebelum ni kan!" Gumam Tok Imam.

"Boleh dikatakan macam tulah! Eira kata.. saya dah terkena sumpahan dari roh yang berdendam! Mungkin ini juga yang dialami oleh guru-guru sebelum ni!" Sahut Syahiril.

"Kamu ada rasa nak berhenti?" Tanya Tok Imam.

"Tidak! Mungkin bahaya.. tetapi saya tak akan lari tugas saya! Biarlah Allah sahaja yang menentukan sama ada saya selamat atau tidak! Saya yakin kalau Allah akan melindungi saya!" Jawab Syahiril dengan yakin.

"Bagus! Kamu sama sekali tak mengecewakan imam! Teruskan keyakinan kamu tu! Ingatlah bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita selagi kita terus memohon kepada-Nya!" Ucap Tok Imam dengan nada senang.

"Tapi imam! Saya rasa tak sedap hati nak membiarkan Syahiril bertugas sebagai guru disiplin! Kita semua tahu apa yang akan melanda dia jika meneruskan tugas sebagai guru disiplin tu!" Keluh Nek Mah.

"Bertenang Mah! Semuanya sudah ketentuan Illahi! Walau macam mana kita mengelak sekalipun.. kalau memang sudah benda tu ditentukan untuk datang dalam kehidupan kita! Kita tak akan boleh mengelak darinya! Kerana ini sudah menjadi ketentuan Allah! Ini ujian untuk Nak Syahiril! Kita sebagai orang tua hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia!" Pujuk Tok Imam.

"Dengar tu, Nek Mah! Nek Mah jangan risau.. semuanya pasti akan baik-baik sahaja! Lagipun, Eira dan yang lain akan membantu kita semua untuk selesaikan masalah yang ada ni!" Ucap Syahiril.

"Kamu nak membantu selesaikan masalah ni, ke Eira?" Tanya Tok Imam.

"Ya! Sebagai pewaris kepada tok wan, serta janji yang Eira buat kepada tok wan! Eira tak boleh biarkan perkara ni begitu sahaja! Lagipun, Eira dah ada pengalaman dalam melakukan tugas sebegini semasa di sekolah! Mereka nilah yang membantu Eira, dan suami Eira juga seorang perantara seperti Eira! Jadi, ini sudah menjadi tugas kami untuk menyelesaikan masalah ini!" Jawab Eira dengan yakin.

"Alhamdulillah! Akhirnya, muncul juga penolong kepada kampung kita ni, ya! Imam doakan agar kamu semua berjaya! Insyaallah.. Allah itu tak pernah tidur! Allah itu maha berkuasa lagi melindungi! Dia pasti akan bantu kamu semua! Hanya terus yakin bahawa Dia ada untuk kamu semua!" Ucap Tok Imam dengan senyuman miliknya.

"Baiklah, imam! Esok kami akan ke sekolah bersama Syahiril, dan Tok Ketua! Kami akan bertemu dengan Ustaz Qairul untuk membincangkan masalah ni!" Sahut Haikal.

"Semoga dipermudahkan! Aaminn!" Ucap Tok Imam.

"Aamiinn!" Sahut mereka semua.

"Marilah kita berkumpul! Malam ni kita boleh buat solat hajat bersama! Setelah tu.. kita boleh tadarus al-Quran!" Ajak Tok Imam.

"Bagus juga tu! Takdelah masa terbuang begitu sahaja lepas balik nanti!" Ujar Fiqah.

"Waahh~ rindunya! Lama sudah tak mengaji bersama dengan imam! Dulu selalu kena rotan dengan imam kalau salah tajwid!" Sorak Rafia.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now