Sinopsis

313 22 4
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Nur Adra Medina
Seorang gadis berwajah manis dan memiliki mata hazel coklat cair disebalik purdah yang dipakai. Hidup yang hanya sederhana, tambah pula dengan keadaannya yang tidak boleh bercakap seperti orang lain atau lebih tepat.. Gadis bisu! Tetapi itu tidak menghalang untuk dia teruskan hidup dengan ada nya keluarga dan kawan-kawan yang cukup bahagia tanpa sebarang gangguan.

Syed Zayyan Qaiser
Seorang lelaki yang bekerjaya dengan hasil air tangannya sendiri tanpa bantuan sesiapa selepas mama dan papanya pergi sejak dia berumur 16 tahun. Walaupun begitu, dia masih mempunyai adik-beradik yang tidak berhenti menyokongnya dari belakang. Dia juga memiliki wajah kacukan campuran persis arwah mama dan papanya. Tambah pula dengan sifat kenakalan dan peramah yang ada dalam dirinya membuatkan orang sekeliling senang dengan sikap lelaki itu.

"Eh, buku ni saya yang dapat dulu. Kalau awak nak buku macam ni jugak, awak boleh cari yang lain. Masih berlambak lagi dalam kedai buku ni." -Syed Zayyan Qaiser

Pertemuan yang tak disangka itu telah mengejutkan Nur Adra Medina. Lagi terkaku dirinya, apabila melihat raut wajah lelaki pemuda itu. Serta merta peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam hidupnya, menerjah ingatannya.

"Mama dan papa aku mati semua sebab keluarga kau! Kalau bukan sebab abang aku halang untuk aku tak bawak kes ni dekat mahkamah, mungkin sekarang kau dengan keluarga kau dah meringkuk dalam penjara! Dasar keluarga pembunuh!" -Sharifah Zafirah Qaila

Hinaan demi hinaan, cacian demi cacian, kata-kata kesat yang mereka lemparkan. Satu persatu gadis itu telan. Walaupun pahit tapi itu lah kenyataan.

"Kahwin dengan adik aku.." -Syed Zarif Qairil

Demi menebuskan kesalahan dan menghilangkan rasa bersalah yang semakin hari semakin menghimpit jiwanya, dengan hati yang ikhlas dia menerima tawaran itu. Perkahwinan yang pada mulanya terbina bukan atas dasar cinta, akhirnya mereka sama-sama rebah ke dalam perasaan yang sama. Disaat mereka ingin mengapai kebahagiaan seperti pasangan lain, rumah tangga mereka mula goyah apabila satu persatu kebenaran terbongkar.

"Kenapa kau sanggup sorokkan semua ni daripada aku?! Siapa aku sebenarnya dalam hidup kau?! Jawab soalan aku Adra, aku tanya ni!" -Syed Zayyan Qaiser

Hancur hati kecilnya melihat suami sendiri tinggikan suara kepadanya yang masih bergelar isteri Kepada lelaki itu. Dia sedaya upaya cuba perbetulkan semuanya. Namun, lelaki itu terus terusan menyalahkan dirinya.

"Aku balik sini semula, sebab aku nak ambil sesuatu, yang sepatutnya jadi hak aku." -Lily khaila

Rumah tangga yang sememangnya sudah retak, bertambah retak apabila muncul kehadiran seseorang yang tidak diundang. Sekali lagi satu kejadian yang tidak diduga telah mengubah segala-galanya apabila satu lagi kebenaran terbongkar. Nur Adra Medina yang sudah lagi tidak mampu menanggung semua derita ini, mula membuat satu keputusan yang baginya ini cara yang terbaik untuk dirinya dan suaminya, Syed Zayyan Qaiser.

"Maafkan Adra, abang. Izinkan Adra pergi.." -Nur Adra Medina



Enjoy read my story gais!


Start : 24 october 2020

Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]Where stories live. Discover now