"Eira pun nak ucap terima kasih! Di saat Eira susah.. tok wan selalu bantu Eira! Allah juga hadirkan tok wan sebagai petunjuk kepada Eira! Eira bersyukur sangat! So, sekarang.. tok wan boleh tenang sebab Eira ada Abang Harraz di sisi, Eira! Dia suami yang baik, dan banyak bimbing Eira ke jalan Allah! Terkadang.. sifatnya juga seperti tok wan! Kata-kata abang juga seperti tok wan! Jadi, Eira bersyukur bila dikurniakan seorang suami seperti Abang Harraz! Eira harap tok wan merestui hubungan kami!" Ujar Eira sambil tersenyum.

Hembusan angin lembut menerpa kawasan perkuburan tersebut. Seolah-olah tok wan memberikan restunya kepada Eira dan Harraz. Sangat nyaman, dan menenangkan. Membuat Eira dan Harraz saling berpandangan lalu tersenyum antara satu sama lain. Mereka yang lain juga tumpang gembira akan hal tersebut, dan Rafia tanpa sengaja melihat sebuah kelibat seorang wanita berjubah putih berdiri dibalik pokok yang ada di hutan sebelah kubur. Wanita itu tersenyum kepadanya dan menghilang begitu sahaja. Rafia yang melihatnya perlahan-lahan menyunggingkan sebuah senyuman, kembali ia menatap ke arah kubur tok wan.

"Alhamdulillah.. tok wan memberikan restunya kepada Eira dan senior!" Batin Rafia.

Gadis itu memperhatikan pasangan bahagia yang sedang tersenyum di hadapan kubur tok wan. Wanita yang ia lihat tadi, sudah tentu ia kenal. Itu adalah roh tok wan yang menatap ke arahnya sambil tersenyum. Senyuman daripada tok wan membuat Rafia yakin bahawa tok wan tenang di alamnya. Suasana pagi di kawasan perkuburan terasa sangat damai. Tidak terasa masa juga sudah berlalu dua jam. Agak lama mereka meluangkan masa dan kerinduan di hadapan kubur tok wan, terutama Eira yang banyak berbual kepada tok wannya. Meluahkan rasa rindu yang terpendam setelah empat tahun kepergiaan tok wannya. Mengucapkan selamat tinggal, mereka semua mula bergerak pulang.

"So, sekarang ni kita nak buat apa?" Tanya Kemy sambil melihat kawasan yang mereka lalu.

"Menikmati keindahan kampunglah~" Jawab Fatin yang merasa tenang apabila dikelilingi oleh pokok-pokok disekelilingnya.

"Betul! Dekat bandar.. jarang kita dapat peluang macam ni!" Sokong Fiqah.

"Tapi.. takkan nak tengok pokok sahaja?" Celah Haikal.

"Hmm... apa kata kita memancing atau mandi sungai? Belakang rumah tok wankan sungai tu! Kalau nak lagi best.. jalan sikit.. jumpa air terjun!" Cadang Rafia.

"Waahhh~ menarik!" Sorak Kemy dengan sangat teruja.

"Mandi sungai atau pergi ke air terjun boleh buat lain hari! Aku lebih teringin nak naik perahu.. redah hutan! Masa kecik-kecik dulu.. aku selalu redah hutan dengan Rafia! Hahahaha..." Ujar Eira.

"Menarik juga tu!" Fikir Fatin.

"Ada monyet tak?" Tanya Kemy.

"Mana boleh tak ada! Kita boleh lihat kancil, kijang, arnab hutan, monyet, dan macam-macamlah! Cuma buaya jelaa takde!" Jawab Rafia.

"Wow! Bolehlah macam tu! Aku teringin nak naik perahu untuk lihat keindahan hutan!" Ucap Fiqah dengan teruja.

"Hmm.. bila kita nak pergi? Sebab Subuh tadi.. Tok Ketua ajak kita semua ke rumah untuk makan tengah hari! Katanya, rindu dengan Eira!" Sampuk Harraz.

"Abang jumpa tok ketua?" Tempik Eira dengan wajah terkejut.

"Ya! Kami terserempak masa nak ke masjid tadi Subuh! Banyak kami berbual! Syahiril pun kenalkan kami kepada tok ketua! Tahu sahaja kamu di kampung, terus sahaja dia ajak kita semua ke rumah untuk makan-makan!" Jelas Harraz.

"Ahhh~ lamanya tak jumpa Tok Ketua dan Nek Mah! Rindunya~" Ujar Rafia.

"Eleh! Kau cuma rindu dengan masakan Nek Mahkan~" Sindir Eira.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now