Kepalaku terasa semakin memberat. Ya , aku perlukan rehat sekarang ni .
Tanpa melengahkan masa , aku terus membawa kakiku naik ke bilikku .

***

Petang khamis , aku membawa diri ke tempat biasaku.Demamku sudah kebah setelah beberapa hari berperang dengan suhu badan yang tidak menentu. Seperti kebiasaannya , aku duduk dikerusi kayu berseorangan . Memang selalu seorang pun kan ? Namun kali ini , bukan sebab nak tengok Husin. Tapi aku dah terbiasa . Aku hanya membawa pandanganku ke depan . Tapi fikiranku menerawang entah kemana.

Aku rasa .. kosong .

Handphone ditanganku aku pandang. Terpapar gambarku dan Mikael di skrin utama. Aku tersenyum sendiri. Terlihat senyumannya dengan pipi yang tembam dan mata yang menyepet. Hampir hilang saja matanya dengan senyumannya. Wajah aku ? Jangan tanyalah . Nampak sangat muka pasrah dan tidak redha diperlakukan oleh Mikael.

"Puteri ! Duduk lah dulu . Aku penat lah !" Katanya dengan nafas yang tercungap-cungap .

Aku yang masih berlari anak disebelahnya menjeling . Ih dia ni! Baru lari sikit dah penat .

" Baru 10 minit kut ! .Aduh come on la Mika . Kau kata nak kurus kan ?"

" Memanglah aku nak kurus , Puteri . Tapi kau punya warm up ni macam nak jalankan misi bunuh diri ." Seperti orang tidak cukup nafas saja dia bercakap . Padahal jogging saja pun .

"Kau duduk lah dulu mana-mana . Aku nak habiskan lagi satu round . Kau jangan pergi mana-mana ya . Jangan ingat aku tak tahu niat kau nak ke kantin . Aku nak bila aku sampai nanti kat sini balik muka kau yang pertama aku tengok . Faham ?!" . Kataku sambil tanganku ligat mengelap peluh di dahi .

Aku lihat dia tersenyum sumbing .Betul la tu tekaan aku yang dia nak ke kantin. Kan aku dah cakap, dia ni pantang ada masa terluang sikit. Asyik nak melantak je kerja dia.

"I just want to feed my angry tummy. Can I?" Katanya seraya membuat muka comel . Matanya dikedip-kedipkan beberapa kali .

" Tapi kita baru ja sarapan tadi ! Kau ni biar betul "

"Let me remind you arh . Mikael sentiasa lapar. Ingat tu sampai bila-bila" .

Bayangan Mikael menerjah lagi buat kesekian kalinya .Lagi sakit rupanya kehilangan kawan dari kehilangan cinta .

Eh no ! Dua-dua sakit .

"Ain ?"

Tiba-tiba aku terdengar satu suara memanggilku. Aku mendongak memandangnya yang berdiri di hadapanku sambil tersenyum senget.

Husin .

Melihat wajah itu , aku hanya mampu tersenyum hambar . Wajah itu , wajah yang pernah aku dambakan dulu. Tapi sekarang .. entahlah . Peristiwa dengan Jasmin hari tu serta merta mengganggu fikiranku.

Jasmin . Perempuan ini mengingatkan aku tentang kedudukan aku yang sedia rendah ini . Aku bukanlah seorang bangsawan.Aku datang dari keluarga yang biasa-biasa saja.Memang tidak layak untuk bergandingan dengan jejaka idamanku. Termasuk orang yang sedang tersenyum dengan aku sekarang ini.

Santai dia mengenakan baju jersi lengan panjang itu. Peluh yang merenik di dahinya menyerlahkan lagi imej atlet dalam diri dia.

"So , erm ..Boleh I duduk sini?" Pintanya denganku.Dah ber I-I pulak huh ?

"Eh duduk jelah. Kerusi ni bukan saya punya" . Seraya berkata , aku melemparkan kembali pandanganku ke depan -padang bola yang terdapat beberapa orang yang mundar mandir disitu .

"Berapa hari ni , Ain pergi mana ? Jarang pulak I nampak . Biasanya ada ja dekat cafe . " Tanya Husin.

" Saya ada ja . Cuma dah malas nak buang masa macam selalu ."

TrustWhere stories live. Discover now