"Makanan untuk encik Ryan."

"Untuk aku?"

"Ya." Balas Orked. Dia bangun pagi buta dan terus sediakan makanan untuk Al Ryan. Dia mahu Al Ryan mengingati dia melalui masakan.

"Kau tahu kan. Al Ryan tak boleh makan makanan luar." Ujar Lana dalam nada kasar.

"Nasi putih, sup ayam kampung dan sayur campur. Saya masak kurang garam. Sesuai untuk encik Ryan. Lagipun tak berminyak pun."

Terbeliak mata Lana dengar ujaran Orked. Selepas itu, dia tersenyum sinis. Al Ryan tak suka nasi dan ayam kampung. Habislah Orked bakal kena marah!

"Sedap."

"Ehhh you kan tak suka nasi! Ayam kampung pun you tak makan." Lana mengingatkan Al Ryan.

"Tapi I terasa nak makan nasi." Al Ryan sudah kecur air liur.

"You kan tak boleh makan makanan lain. Kalau you jatuh sakit macam mana?" Soal Lana cemas. Dia tak nak Al Ryan makan masakan Orked. Bagaimana melalui makanan itu Al Ryan akan mengingati Orked? Dia tidak benarkan perkara ini berlaku.

"Sup tu kan dia masak sendiri bukan beli kat kedai."

Lana merengus. Dia berpeluk tubuh. Kenapa Al Ryan tiba tiba menangkan Orked? Sepatutnya Al Ryan marah Orked. Itu bukan selera Al Ryan. Al Ryan hanya suka makanan barat.

Orked hulur mangkuk tingkat pada Al Ryan. Dalam hati tersenyum. Dia beryukur dengan penerimaan Ishraq walaupun pada permulaan yang agak susah.

"Saya minta diri dulu."

"Nanti dulu." Al Ryan sekat Orked untuk pergi. Dia mahu tanya sesuatu pada Orked.

"Al Ryannnn." Tegur Puan Rahimah. Mangkuk tingkat di rampas. Wajah Orked dijeling tajam. Masih tak serik perempuan ini.

"Mamaaa. Ryan lapar. Bagi Ryan makan dulu."

"Mama tak suka Ryan ambil makanan dari orang tak kenal. Dia sihir Ryan macam mana nanti?"

Al Ryan gelak kecil. Mana mungkin wajah polos ini akan sihir dia. Mama pun masih percaya benda karut. Zaman moden tak ada dah benda macam itu.

"Mama ni bukan zaman tok kaduk."

Puan Rahimah mendengus marah.

"Zaman tok kaduk ke zaman moden ke. Sihir tetap wujud!" Marah Puan Rahimah. Mangkuk tingkat dijatuhkan pada tong sampah sebelahnya.

"Mama!" Ryan terkejut dengan tindakan puan Rahimah.

"Pergi balik kamuuu Orked!" Halau puan Rahimah. Dia tidak suka melihat Orked disini bersama Al Ryan. Hanya Lana sahaja yang berhak disini.

"Puannn." Terketar suara Orked. Tak sangka puan Rahimah akan jadi sebegitu. Dia terasa dilayan seperti sampah.

"Aku dah kata kan jangan jumpa Al Ryan. Kamu tu dan dia tu macam langit dengan bumi. Kamu tu pekerja. Dia tu majikan. Dia pun dah ada tunang. Sibuk kamu nak goda dia ya!" Lantang suara puan Rahimah bersuara.

Orked menunduk. Air mata ditahan sebaik mungkin. Dia tak akan tunjuk lemah di hadapan puan Rahimah dan Lana. Jika itu terkeluar maka mereka akan bersorak riang. Dia tak akan kalah. Wajah diangkat dan balas pandangan tajam puan Rahimah. Dia juga boleh jadi pelakon hebat seperti mereka.

"Saya tak goda encik Ryan puan. Niat saya baik. Hanya nak hantar makanan. Dia kan majikan saya. Saya mahu dia sihat. " Jawab Orked berani. Tangan kanan terketar digengam kuat.

"Wahhh pekerja pun nak bos sihat ye. Bukan ke pekerja suka bos lama tak masuk office." Sindir Lana.

"Mungkin itu cik Lana tapi saya tak. Kerja tu sekaligus saya yang kena buat. Saya yang kena settle. Client cari encik Ryan bukan saya. Bila dia tak ada. Saya yang susah." Ujar Orked balas sindiran Lana.

Lana terkebil-kebil tidak tahu jawab. Dia cuit puan Rahimah untuk membalas. Mulut sudah muncung sedepa. Puan Rahimah pula tergamam tidak boleh kata apa apa. Di pejabat, Orked itu orang penting Al Ryan. Bagaimana mahu singkirkan Orked dalam syarikat itu? Al Ryan tak mungkin setuju jika puan Rahimah beri cadangan untuk pecat Orked. Puan Rahimah jadi buntu.  Dia harus bertindak segera.

"Jawatan kau apa?" Tanya Al Ryan. Kepala dipicit perlahan melihat pertengkaran mereka.

"Marketing. Saya naik kan sales bengkel encik tu dah 2 tahun. Mudah kata saya pekerja terbaik."

"Kau orang penting kat bengkel tu?"

Orked mengangguk yakin. Dia senyum lebar. Wajah puan Rahimah dan Lana berubah. Mungkin risau jika mereka akan lebih banyak luangkan masa di pejabat nanti. Masa itu kemungkinan Al Ryan boleh ingat pada dia. Orked sudah ada jalan penyelesaian. Kesedihan yang ada dalam hati sebentar tadi sudah hilang sekelip mata.

Kembali CintaWhere stories live. Discover now