Part 4

744 45 0
                                    

Sehun semula ke rumah sewanya. Dilemparnya jaket yang tersarung dibadannya ke sofa lalu dia menghenyak punggungnya disitu . Dia bagaikan tidak percaya yang dia bertemu kembali dengan gadis itu. Dia memandang sekeliling. Kosong. Sepi. Hanya dia yang berada disitu manakala yang bekerja . Dia tinggal bersama Baekhyun , D.O , Kai , Suho dan Chanyeol. Dan diberikan nama kumpulan iaitu EXO K .

Dia menghela nafas yang berat. Kenapa gadis itu seakan begitu mudah lupakan dia ? Entah kenapa gadis itu nampak lain daripada yang lain. Walaupun Eunji cinta pertama dia namun daya tarikan gadis itu lebih kuat berbanding bekas kekasihnya .

Mungkin jodoh dia dengan gadis itu. Dia terasa mahu mengenali dengan lebih dekat tentang gadis itu namun suaranya bagai tersekat dikerongkong apabila dia hendak bersuara . Dan dia juga agak kurang pasti , sama ada Minri dan Tao adalah pasangan kekasih ? Namun tiada jawapan. Dia perasan tadi akan pandangan tajam dek Tao . Entah apa la syak wasangka Tao terhadapnya .

Sedang asyik mengelamun , lamunan termati dek laungan lagu Wake Me Up When September Ends menjerit dari telefon bimbitnya meminta diangkat . Dicapainya Samsung Galaxy Note 4 dan disapunya skrin . Berkerut dahinya seketika tika melihat nombor yang tidak dikenali . Teragak agak dia mahu angkat .

"Annyeonghaseyo"

Suara perempuan menyapa gegendang telinganya . Dia kenal suara itu ! Suara yang membuatkan dia menjadi gila, yang membuat dia bagaikan diawangan namun semua itu cerita lama tapi tidak la lama mana , baru 2 hari sahaja .

"Apa kau nak?"

Keras suara Sehun setelah mengetahui siapa pemanggil . Tak boleh beri muka ni! Dia dah permainkan aku!

"Mianhae yeobo"

"Yeobo? Hahahahah pergi lah beryeobo yeobo dengan si Yoseob tu! Cinta hati kau kan?!?"

Dia tahu dia sudah mengguris hati bekas kekasih dia . Lukakan hati perempuan bermaksud dia dayus walaupun bukan secara fizikal atau mental . Dia bukan dayus , tapi bila dipermainkan sebegini , hatinya bagai dihiris perlahan-lahan oleh pisau yang amat tajam .

"I boleh explain kat you"

"Pergi mampus dengan explain kau tu . Kau ni memang dasar playgirl ! Ramai orang cakap camtu bila aku bercinta dengan kau . Kau tau tak aku pekakkan telinga sahaja tapi bila aku kena batang hidung sendiri baru aku tau kau ni perempuan jenis level mana !!!!!!"

Dihamburnya segala kemarahan lantas mematikan talian . Berkaca- kaca tubir matanya namun dia bukan lelaki yang lemah . Dia tidak akan menangis disebabkan perempuan yang berani curang dibelakang dia sedangkan dia punya la setia bagaikan hujung nyawa . Tak guna punya Eunji!

Eunji Pov

"Arghhh tak guna kau Sehun ! Berani kau letak telefon macam tu je . Takpe kau ! Kau tengok apa yang aku nak buat nanti . Aku akan pastikan kau melutut kat aku , merayu meminta maaf!"

Dicampaknya telefon bimbit itu ke meja soleknya . Keadaan di dalam bilik itu gelap . Turun naik nafasnya . Berombak dadanya .

"Chagi buat apa tu?"

Soal Yoseob sambil memeluk belakang Eunji. Diletaknya dagu di atas bahu gadis itu. Dia tahu pasti gadis itu akan lemah bila dalam dakapan dia .

"Err....takde pape"

Tergagap-gagap Eunji hendak menjawabnya . Dia mengeluh seketika . Dia sedar dia sudah permainkan perasaan lelaki . Salah dia kerana menyembunyikan tentang hal sebenar , hal dia dan Yoseob adalah pasangan suami isteri .

"Kenapa Eunji susah sangat hah nak lupakan mamat tu? Apa special sangat mamat tu ? Apa kurangnya oppa ni ?".

Bisik Yoseob dengan perlahan ditelinga Eunji. Yoseob mula bertindak liar. Eunji nampak ada kemarahan di sebalik anak matanya . Dia takut . Sehun oppa! Sehun!

Dicampaknya tubuh Eunji ke atas katil . Eunji mengerang kesakitan . Arghh sakitnya belakang aku ni!

"Kau sepatutnya sedar yang aku ni cintakan kau bagai nak gila . Kenapa kau still berharap dengan si yehet tu?"

Yoseob baring di atas tubuh Eunji sambil mengusap lembut ubun ubun gadis itu . Dia cuba mengawal nafsunya . Semampu yang boleh agar tidak mencederakan hati si perempuan itu. Manakala tubir mata Eunji hampir pecah melihat Yoseob yang bagai hilang pertimbangan .

"Harini aku nak sedarkan kau siapa aku ni dimata kau!"

Ditolaknya Eunji dengan kasar . Tangannya rakus mengoyak baju Eunji dan menampakkan bahagian yang terdedah . Sudah hilang kewarasannya .

"Kau cantik tapi kenapa kau tak cintakan aku yang handsome ni. Apa kurangnya aku ni?"

Soal Yoseob sambil mengusap lembut kepala Eunji. Eunji tidak menjawab sebaliknya sekadar mengeleng . Hendak melawan , kudrat perempuan tidaklah sekuat kudrat lelaki. Dia bimbang kalau dia melawan , Yoseob akan lebih berkasar namun dia relakan sahaja. Menyerah diri tak semestinya menyerah perasaan cintanya yang sudah lama terpahat nama Oh Sehun .

Keadaan bilik itu senyap..... (Faham faham jelah)

To be continued :')

Accept You [Sehun Fanfic]Where stories live. Discover now