Part 18

546 39 0
                                    

"Alamak ! Aku dah lambat la ! Ottoke ?!?!?"

Terbuntang mata Sungrin apabila melihat jam di pergelangan tangan itu . Macam mana boleh lambat sangat ni? Itu la melantak tak ingat dunia lagi . Sungrin mengetuk kepalanya . Adoi! Okay baik aku cepat sebelum kena bebel dengan Mr Park Jimin .

Sedang Sungrin berjalan laju menuju ke lif , dia terlanggar seseorang akibat kekalutannya .

"Woi tak nampak ke?"

Jerkahan itu menyebabkan semua yang berada disitu memandang ke arah situasi yang kecoh itu . Sungrin tunduk . Jerkahan itu bagaikan dia tiada maruah . Tak boleh ke bercakap elok sikit? Nak kena sula dengan aku ke apa ? Gumam Sungrin dalam hati .

"Kau ni tak nampak ke ?"

Sinis lelaki itu kepada Sungrin . Ingin sahaja dia melutut kepada lelaki itu agar tidak memalukan dia lagi . Cukup la . Dia tahu dia bersalah akibat kekalutan dia , dia bukan sengaja .

"Habis basah baju aku ni !"

Kata lelaki itu sambil cuba mengelap bajunya yang terkena kopi tu . Sudah lah pakai baju berwarna putih! Sungrin menunduk . Mulutnya tak lekang meminta maaf walaupun dia tahu dia sahaja yang mendengar kata itu . Bergenang tubir matanya akibat jerkahan itu .

"Saya minta maaf encik!"

Sungrin memandang ke arah lelaki itu . Dia tidak kenal siapa lelaki itu . Tidak pernah bersua sepanjang dia bekerja . Pekerja baru kah? Tapi kenapa berlagak sangat ? Ini la manusia zaman sekarang . Duniawi ...duniawi.

"Maaf ? Kau tau tak baju ni mahal?"

Kata lelaki itu sambil menunjukkan bajunya yang mahal itu kepada Sungrin . Gadis itu membuat muka 'kisah pulak aku'

"Kisah apa baju tu mahal ke murah , yang penting aku dah minta maaf . Kau ni ego sangat la ! Kau nak aku belikan baju yang sama camtu? Sorry la der , duit kau berkepuk tu pergi beli sendiri la !"

Sungrin menghamburkan segala kata kata yang terlintas di fikirannya itu . Lelaki ni mulut dia ....celupar betul ! Ikutkan hati nak je aku bagi cium high heels aku ni ! Menyakitkan hati betul ! Dah minta maaf pun nak bising bising juga .

"Celupar gila mulut minah ni"

Perli lelaki itu , Sungrin membuat muka tidak bersalah . Aku dah minta maaf , lelebih pulak mamat ni . Ke nak aku cium kaki dia tu? Eiuww please la aku ada maruah ok .

"Sekati la , mulut aku bukan mulut kau . Yang kau senak ni pahal?"

Hambik kau! Keluar semua perangai syaiton aku ni . Dah orang buat dajal kat aku , memang kena kaw kaw la kan . Nasib kau la manusia yang tidak dikenali ni .

"Hah Sungrin tak reti nak masuk pejabat ke ?"

Satu suara menyampuk ditambah pulak dengan sindiran buat Han Sungrin . Huh hari ni memang hari makan sindiran ke ? Ugh

"Jeongmal mianhaeyo"

Sungrin menundukkan kepala di hadapan bosnya , Mr Park Jimin .

"Eh Kai , asal kau tak balik lagi?"

Tegur Mr Park Jimin melihat Kai sedang tercongok berdekatan dengan gadis itu . Ada apa apa ke ni? Dia senyum menyeringai namun senyuman itu tidak difahami oleh Kai .

'Nama mamat tu , Kai . Dah macam sakai je hahaha elok la tu perangai pun boleh buat orang naik angin dengan dia tu'

Sungrin tersenyum-senyum tanpa disedari perbuatan dia itu dilihat oleh kedua-dua lelaki .

'Huh kutuk aku lah tu!'

"Han Sungrin ! Buat apa tercegat lagi kat sini?"

Okay baik aku blah sebelum Mr Park Jimin naik darah karang , naya aku dibuatnya!

'Han Sungrin nama minah tu , nama lawa perangai hampeh!'

Kai bertutur dalam hati , sambil melihat susuk tubuh Sungrin sehingga hilang dari pandangannya .

"Aku balik dulu la"

"Nae...."

Mereka bersalam dan Kai terus meluru ke kereta kepunyaan noonanya .

KAI memandu secara berhemah . Dia malas hendak ke pejabat semula . Harinya rosak disebabkan minah tu ! Dia menanggalkan baju yang terkena tumpahan kopi itu dan dicampak ke belakang .

"Habis kotor baju aku! Baru je beli tu . Minah tu pulak senang senang je kata macam macam! Kalau ikutkan hati nak je tumbuk muka dia . Tapi aku bukan la lelaki dayus ."

Dia merengus dengan kasar .

"Takpe Han Sungrin , ada bunga ada pasu , ada hari aku boleh balas . Tunggu kau!"

Kai menanam azam untuk membalas dendam sekiranya dia bertemu dengan gadis itu semula .Harap harap ada jodoh la . Eh !?

Sebenarnya , Kai berada di pejabat Park Jimin kerana Jimin itu adalah kawan baik dia sejak sekolah menengah rendah lagi . Dia ke situ sebab bertemu secara tidak langsung disebuah restoran sewaktu sarapan pagi . Lain benar kawannya itu . Sudah hampir tidak mengecam dia tadi!

Siapa sangkakan Park Jimin yang begitu pemalas hendak belajar , kini sudah memiliki sebuah syarikat yang dikenali sebagai 'Big Hit Entertainment' . Kai mengeluh . Tidak seperti dia yang hanya bekerja di pejabat . Di bawah telunjuk orang . Biarlah , asalkan aku bahagia .

Bisik hati Kai , lalu kereta itu meluncur laju di atas jalan tar .

"Aku harap aku akan bertemu semula dengan minah tu"

---------------

To be continued ;)

Accept You [Sehun Fanfic]Where stories live. Discover now