Part 16

514 43 0
                                    

"Siapa perempuan itu?"

Setelah lama mendiamkan diri , D.O bersuara akhirnya . Dia juga musykil . Selama ni , dia hanya mendengar sahaja tapi kali ni dia jua turut bersuara seperti member yang lain .

"Dia....dia..."

"Kenapa tergagap ni dik?"

Sinis kai sambil memberikan senyuman yang menyeringai kepada Sehun .

"Dia Shin Minri. Berumur 26 tahun. Bekerja di Korean Public Bank"

"Mworago?!?!? Tuanya dia dari aku !!!!"

Chanyeol menyampuk lalu Suho mengetuk kepalanya . Chanyeol ni tak boleh bawak serious langsung la . Menyampah aku bila dia join perbincangan hangat ni . Chanyeol mengusap-usap tempat yang diketuk tadi .

"Mian..."

"Mian kepala hang . Miang adalah"

Chanyeol menayangkan sengihannya . Suho kalau naik angin memandang habis la . Datang la segala ribut , taufan , tsunami bagai . Dah macam perempuan naik angin pun ada jugak . Chanyeol mengutuk di dalam hati .

"Okay sambung...."

Ujar Kai , lalu membetulkan duduknya .

"Aku kenal dia masa dia berhenti kat perhentian bas. Masatu dia menangis teruk la . Aku tak tau sebab apa . Dan dia menghentak-hentak sterring kereta . Aku nak tanya tapi aku takut aku menyibuk hal hidup dia je la"

Sehun memandang ke arah semua hyungnya .Masing masing mengangguk mendengar ceritanya . Dia cuba mengembalikan memori yang telah hilang akibat sakit kepalanya itu .

"Aku ketuk cermin kereta dia dan aku suruh dia balik ke rumah sebab perempuan tak elok keluar sorang sorang pada waktu malam.

Dia mengangguk dan cakap terima kasih kat aku . Sambil tu aku serahkan kad aku kat dia walaupun aku tau dia agak ragu ragu .

Minggu lepas la kalau tak silap aku , aku terserempak dia dan kawannya kat satu restoran . Dan masatu aku tau siapa dia sebenarnya . Pada waktu malam , pada hari yang sama juga . Dia ajak aku makan malam sebab nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan dia . Dia kata kalau tak kerana aku , pasti something bad akan jadi kat dia tanpa dia sedari .

And then aku balik la rumah dan Suho hyung tanya aku kenapa balik tapi aku diamkan je la .Lepastu aku tidur , tak sampai beberapa minit aku terjaga dan hati aku berdebar bila teringatkan dia so aku ambik kunci kereta dan pergi jenguk rumah dia .

Sampai kat rumah , aku tengok ada seorang lelaki buat apa tah kat dia sampai dia pengsan . Aku pun rawat la dia lepas lelaki tu blah . Entah la tak bertanggungjawab langsung .Masa aku rawat dia tu , dia mengigau teruk sampai aku dengar dia kata ada orang nak noda dia tiba tiba bangun dan peluk aku . "

"Omaigadddd"

Kata Chanyeol lagi . Baekhyun terus menarik telinganya yang capang itu . Dah capang lagi la bertambah capang :'))) hahahaha .

"Habis macam mana kau boleh masuk apartment dengan mudah je?"

"Aku cakap aku tunang Minri dan guard tu bagi la aku masuk"

"Wowwww ! So kau memang sukakan dia ke?"

Soal Chanyeol dengan serius .

"Yup"

"Aku sayangkan dia sangat sangat . Aku ingat nak ajak dia date la minggu depan . Kai, kau temankan aku tau"

Ujar Sehun lalu jari telunjuk dituju ke arah Kai . Dia bersandar di sofa . Melepaskan keluhan yang berat .

"Eh apa hal pulak?"

"Kau ikut je la . Banyak tanya pulak"

Balas Sehun . Dia memang rancangan mahu kenalkan Kai pada Sungrin . Tapi dia tak pasti lah apa yang akan terjadi pada selepas itu . Bercintakah mereka atau bermusuhkah mereka ? Itu sahaja . Malam nanti dia akan call Minri .

"Hyung , aku masuk bilik dulu ye . Annyeong"

Ujar Sehun lalu jalan menunduk apabila lalu di hadapan hyungnya . Walaupun umur mereka berbeza antara 2 , 3 tahun namun rasa hormat itu menebal dalam dirinya .

"WOI! Aku tuntut cerita dari kau ni!"

Jerit Sungrin kat Minri yang sedang melipat kain itu . Hambik kau! Dah macam gunung everest dah sebab seminggu tak reti nak lipat .

"Cerita apa?"

Minri berpura pura bertanya sedangkan dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Sungrin . Buat bodoh-bodoh kata orang .

"Kalau aku luku kepala kau sekarang , confirm kau terus cerita . Siapa mamat tu? Apa nama dia eh Ah ? Oh? Hah Oh Sehun tu la . Kau ni dah ada pakwe pun nak berahsia dengan aku"

"Pakwe ? Hahahahahahhaha"

Minri ketawa terbahak-bahak . Tak sangka Sungrin mudah percaya bulat bulat kata Sehun tu . Bengap juga kawan aku ni .

"Gelak pulak minah ni . Siapa Sehun tu sebenarnya ?"

"Okay okay aku ceritalah ni "

Minri berdehem . Dia membetulkan suaranya sebelum memulakan bicara , cerita hot la kata kau haha .

"Kau ingat tak yang aku balik rumah dalam pukul 1 pagi tu ?"

Soal Minri lalu memandang tepat ke arah Sungrin. Sungrin mengangguk seakan sama seperti burung belatuk .Mana mungkin dia lupakan dengan mata sembab dan merah Minri tu dan hidung merah seakan badut tu .

"Masatu la aku jumpa Sehun . Dia yang suruh aku pulang ke rumah sebab dia kata anak dara tak elok keluar malam malam camni ."

"Auwww caringnya dia. Cair lak aku"

Sungrin menyampuk sambil menunjukkan aksi yang boleh meloyakan tekak Minri .

"Yup."

"Kau suka kat dia ke ? Kalau tak bagi kat aku je lah"

Sungrin mula menunjukkan perangai miangnya . Ulat bulu dah naik daun hahahaha

"Aku .....aku sayang , cinta , suka kat dia"

Minri berterus terang tanpa ada perasaan malu pada Sungrin . Dengan Sungrin dia mudah meluahkan segala rasanya .

"Bagus la. Aku tak suka kau bercinta dengan Taehyung tu . Ish tak sesuai langsung !"

Minri tersenyum pahit . Mana mungkin dia melupakan sejarah hitam yang membuatkan dirinya tiada harga diri lagi . Kisah itu dihadamkan sahaja . Mujur lah tidak diceritakan pada Sungrin . Jika tidak , pasti gadis itu akan naik angin bagai nak rak!

'Biarlah , kisah lama .....aku dah tak ingat . Aku mahu mulakan kehidupan baru dengan Oh Sehun'

Bisik kecil hatinya . Dia tersenyum sendirian apabila melihat Sungrin sudah bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke dapur . Ada la tu yang hendak dikunyah tu .

-----------

To be continued :')

Berbicara sebentar .

Saya akan menyambung semula ff ni pada 15/03 . Iaitu sewaktu cuti sekolah bermula . 14/3 , saya hiatus sebentar kerana ada kursus kepimpinan kokurikulum di sekolah . Saya hiatus for seminggu ni dari 9-15/3 kerana menghadapi ujian 1 . Jadi yang menjalani peperiksaan , saya ucapkan good luck! And do the best! Tunjukkan kepada semua haters yang kpoppers boleh berjaya jika dapat membahagikan masa antar belajar dan kpop . Kepada ex spm candidates . Tahniah dan syabas kepada yang lulus cemerlang dengan jayanya dalam result spm baru baru ni . Kepada yang kurang bernasib baik , jangan risau dan jangan bersedih . Rezeki ada dimana-mana sahaja . Rezeki yang maha Esa tu luas . Gagal sekali tak selamanya akan gagal . Have faith to Allah! Doakan saya supaya lulus cemerlang seperti kalian ye .

Salam ikhlas

Fabjongin :)

Accept You [Sehun Fanfic]Where stories live. Discover now