"Izz." Dahi Airis timbul kerutan halus.

"Apa you merepek ni? For what I nak kahwin dengan Thareq hanya sebab nak buat you cemburu? Apa you fikir? You ingat kahwin ni benda main main ke? I takkan rosakkan masa depan I hanya sebab nak buat you cemburu , Izz." Tegas Airis.

"Jadi tujuan sebenar you nak kahwin dengan Thareq sebab apa? Tak mungkin sebab dasar cinta kan , sayang? Tak mungkin you boleh move on dari I secepat tu." Airis hela nafas berat. Mana mungkin dia menceritakan semuanya pada Izz.

"Kalau I cakap I decide untuk kahwin dengan Thareq atas dasar cinta you nak cakap apa?" Duga Airis senada. Izz ketawa kekok. Jelas dibuat buat.

"Nonsense! Tak mungkin.."

"It's almost one month Izz."

"In case you forgot.. Thareq pernah ambil tempat dalam hati I dulu Izz. Jadi tak mustahil untuk dia ambil tempat semula dalam hati I sekarang." Izz kelu. Benar benar hilang kata kali ini. Ada benarnya.

"Airis... you bergurau kan?"

"Why should I? Thareq datang tepat pada masa yang I rasa I betul betul perlukan dia. As I said , he's the right one."

"You lupa ke dia pernah mainkan you dulu? Itu ke yang you panggil 'the right one' ?" Tukas Izz tidak puas hati.

"Semua orang pernah buat silap , Izz."

"You , I dan macam tu juga Thareq. Kita semua pernah buat silap dan akan selalu buat silap. Dan I tak rasa salah kalau I beri peluang pada Thareq."

"You nak tahu kenapa I cakap tak salah untuk beri peluang pada Thareq?"

"Kenapa?" Izz menyoal.

"Sebab I nampak effort Thareq untuk halalkan I."

Bam! Dada Izz terhempap dengan kata kata Airis.

"Aii.. kalau you nak tahu I dah cuba untuk tolak permintaan mummy.."

"Sokay Izz. She's your mum. I tahu dia nak yang terbaik untuk you. Lagipun hubungan kita ni.. tak ada restu dari mummy you Izz. And everything will be hard for us. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. I doakan you bahagia dengan Amelin.."

"Hell no Airis! You're my happiness!" Bentak Izz kasar. Jelas dia tidak setuju dengan apa yang dikatakan Airis.

"Bukan Amelin sayang.. tolonglah faham.." Suara Izz kedengaran mengendur. Airis terdiam bila esakkan halus mula kedengaran. Izz menangis?

"Izz..."

"Cari kebahagiaan you.."

"Dengan ... Amelin."

"How could I do that? Kalau hati I masih ada nama you bae." Lirih suara Izz membuatkan Airis pejam mata berat. Bohonglah kalau kata kata Izz tidak membuat hati Airis berbolak balik dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Thareq. Tapi bila mengenangkan Datin Munirah. Airis buntu.

Lagipun kalau dia memutuskan untuk kembali semula pada Izz , hubungan mereka terlarang. Hubungan mereka tidak direstui ibu Izz , wanita yang bersusah payah melahirkan lelaki itu. Airis tidak mahu Izz dilabel anak derhaka. Tidak. Itu tidak akan berlaku.

Jeda.

"Izz. Apa pun terjadi , I masih dengan keputusan I." Bahu Izz melorot jatuh. Kepalanya tersandar pada tepi meja di sisi katilnya.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now