🌴🌴🌴

Aisya dan Ilhan sudah sampai di kampung. Mereka disambut baik oleh ibu Aisya, Puan Yati.

"Berapa lama kamu dekat sini?" soal Puan Yati kepada anaknya, Aisya.

"2 minggu, ibu."

"Lama juga tu."

"Aisya rindu ibu, rindu nak makan masakan ibu." ujar Aisya sambil memeluk ibunya.

Ilhan hanya memerhatikan isterinya. Semasa perjalanan ke kampung, suasana di dalam kereta sangat sunyi hanya ditemani suara di corong radio sahaja. Tetapi bila sudah sampai di kampung, mood Aisya berubah ceria seperti tiada apa yang berlaku. Dia tahu Aisya sangat merindui kedua ibu bapanya.

"An pun cuti juga ke?" tanya Puan Yati.

"Tak ibu, An tak dapat cuti sebab kerja."

"Ouh, ibu ingatkan An cuti juga."

"Tak, lagipun An nak beri ruang kepada Aisya untuk lepaskan rindu dia pada ibu, ayah dan Faris." ujar Ilhan sambil memandang isterinya sambil tersenyum manakala Aisya melarikan pandangannya.

"Ibu, ayah dan Faris mana?" soal Aisya ingin menukar topik perbualan.

"Ayah ke pekan jumpa kawan. Faris pula dekat kedai makan." jawab Puan Yati.

Aisya mengangguk.

"Erm ibu, An nak pergi melawat Opah kejap. Dah alang-alang An dekat sini, rindu pula dengan opah." ujar Ilhan.

Puan Yati mengangguk. Ilhan pun meminta diri untuk ke rumah Nek Mah. Hilang saja Ilhan dari pandangannya, Puan Yati memandang Aisya.

"Kenapa ibu pandang Aisya macam tu?"

"An nak pergi rumah opah. Aisya duduk sini je ke? Kenapa tak ikut suami Aisya."

"Nanti Aisya pergilah rumah opah. Lagipun malam ni, Aisya memang nak pergi rumah opah pun."

"Tapi tak manis lah An datang seorang. Pergi rumah opah sekarang. Nanti opah tanya Aisya mana, An nak jawab apa? Nanti opah fikir anak ibu tak nak jumpa dia pula."

Aisya mengeluh.

"Ye lah ibu.. Aisya pergi." ujar Aisya lalu pamit diri untuk ke rumah Nek Mah.

✨✨✨

Selepas solat Asar, Ilhan meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur memandangkan esok dia akan bekerja. Aisya menghantar suaminya ke kereta. Kalau ikutkan hati yang masih sakit ini, Aisya tidak ingin menghantar suaminya ke kereta kerana dia masih lagi berjauh hati dengan Ilhan. Tetapi dia tidak mahu menunjukkan protesnya dia hadapan ibu dan ayahnya. Nanti tak pasal-pasal dia akan dibebel oleh mereka.

"Abang balik dulu." ujar Ilhan menghulurkan tangannya kepada isterinya.

Aisya menyalami tangan suaminya.

"Aisya tak nak cakap apa-apa pada abang?" soal Ilhan.

"Take care." balas Aisya senada.

Ilhan senyum pahit. Dia tidak suka Aisya seperti tidak mahu melayannya. Dia mahukan Aisya yang sentiasa tersenyum dan ceria.

"Hari Sabtu minggu depan abang balik sini untuk jemput Aisya." ujar Ilhan lagi.

Aisya hanya mengangguk.

"Abang harap masa abang balik sini nanti, Aisya dah tak marahkan abang lagi. Please, jangan merajuk lama-lama. Sekali lagi, abang nak minta maaf atas apa yang dah jadi." ujar Ilhan dengan lembut mahu memujuk isterinya sebelum dia bergerak ke Kuala Lumpur.

Aisya hanya diam dan pandang ke arah lain. Hati kau keras, Aisya.

Ilhan mengeluh.

"Okaylah.. Abang gerak dulu. Assalamualaikum." pamit Ilhan lalu memasuki ke dalam keretanya.

"Waalaikumsalam." jawab Aisya dengan perlahan. Dia juga keliru dengan perasannya. Kadang dia rasa bersalah pula buat silent treatment dengan suaminya. Tetapi bila ingat kembali kejadian Ilhan mimpikan Nur, rasa bersalah itu bertukar kepada rasa kecewa, sedih dan sakit hati.

❤❤❤

Malam itu, pada pukul 10 malam, Aisya sudah masuk ke biliknya. Dia mencapai telefon bimbitnya dan membuka aplikasi whatsapp. Ada mesej dari Ilhan yang dihantar pada pukul 7.40 malam tadi.

Husband

Assalamualaikum..

Abang dah sampai KL.

Rasa sunyi pula Aisya takde kat rumah.

Hmm..

Aisya hanya memberikn bluetick sahaja. Tidak sampai seminit, telefon bimbit Aisya berbunyi tanda mesej dari whatsapp masuk. Dari Ilhan.

Bluetick je?

Hmm..

Dgn rasa berat hati, Aisya pun membalas.

Waalaikumsalam.

Ok. Aisya nak tidur ni.

K, take care dekat sana. Goodnight.

Aisya memberikan bluetick sekali lagi.

Ilhan hanya memandang telefon bimbitnya. Aisya hanya memberikan bluetick sahaja. Kali ini, Aisya benar-benar merajuk dengannya. Benar-benar memarahinya. Tidur je lah lagi bagus. 💤💤

....

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now