MYM 1

187 12 2
                                        



HAFIYYA melihat WhatsApp yang masih bising berbunyi notification yang masuk tanpa henti dari kelas 5 Almond itu. Kepala digaru beberapa kali. Tak tahu nak memberi reaksi apa.

"Aku ni dah la tak rapat mana dengan dia orang ni. Kecoh nak ajak aku sekali dah kenapa? Pergi je lah kau orang. Kang kalau aku tolak, membebel macam mak nenek pulak. Kalau aku pergi, apa je yang aku boleh sembang?" Hafiyya sembang sendirian sambil menatap telefon yang masih riuh berbunyi.

Percayalah! Setakat sembang, dah berapa kali WhatsApp group 5 Almond yang mempunyai ahli seramai 28 orang itu merancang. Perginya, hampeh! Langsung tak tunjuk muka. Dalam group ada 28 orang, yang merancang 27 orang sebabnya Haffiya seorang saja yang malas nak ikut menyembang. Yang respond nak pergi 20 orang. At last, yang tunjuk muka 5 orang. Memang terbaik!

Salah seorang yang tak pergi tu adalah Hafiyya. Lagi mantap!

Tak tunggu lama, Hafiyya mute group tersebut untuk 8 jam.

"Puas hati aku. Sembanglah kau orang. Yang pasti dan yakin, aku malas nak pergi." Hafiyya tersengih lebar. Aman terasa hidupnya.

Baru saja cucuk wire ke telefon untuk di charge, telefonnya menjerit untuk diangkat. Muncul wajahnya terpapar disitu. Sedar yang video call yang dibuat pemanggil di sana.

Tanpa mencabut wire, Hafiyya tarik kerusi keluar dari meja lalu duduk di situ. Nasib kepala charger dekat dengan meja. Boleh juga membawang isu semasa waktu charge.

Video call disambut. Terserlah tiga muka yang dikenalinya dari tingkatan 4. Aish, sudah masuk 7 tahun, masih rapat hubungan mereka.

"Piya! Asal kau tak respond dalam group tu?" soal seorang dari mereka yang bernama Farhah. Namun lebih mesra dipanggil Peah. Memang tak ditukar nama itu oleh Hafiyya sampai sekarang.

"Entah kau. Aku pikir si Lilo ni je cukup pemalas. Kau pun nak follow perangai dia jugak ke Piya?" sampuk Airin pula.

"Eh Ririn! Aku pemalas tak mengajak orang okay! Aku malas aku sorang je. Bising je perempuan ni" balas Dalila yang dipanggil Lilo tadi.

Nama unik ini hanya sah di guna pakai oleh mereka berempat saja. Peah, Piya Ririn dan Lilo. Hanya sah taraf untuk persahabatan mereka selama 7 tahun ini.

"Eh kecoh la kau orang ni! Aku bukan apa Peah, kalau aku pergi pun, aku bukan kenal rapat dengan semua orang. Malu aku." Cerita Hafiyya sedikit.

Ya, dia tak kenal rapat dengan 23 orang classmatesnya. Hanya 3 ketul itu saja yang rapat sebab perangai masuk air tak mahu nak keluar dari remaja sampai dewasa.

"Halah kau! Alasan je kan tu semua. Namanya perjumpaan kelas sayangku Piya. Bukannya batch sampai kau nak risau tak kenal semua orang."

"Entah kau! Betul si Lilo tu cakap. At least kau tahu nama dah cukup sifat dah untuk pergi reunion tu." beritahu Airin menyetujui kenyataan Dalila tadi.

Dari skin telefon, dapat dilihat Farhah mengangguk tanpa henti.

'Heh, kuat memujuk betul tiga ketul ni.' Keluh Hafiyya dalam hati.

"Kalau aku tak pergi tak apa kan? Majlis masih jalan macam biasa kan?" soal Hafiyya ragu-ragu.

"Piya! Kau tahu 27 orang semua setuju nak pergi. Kau sorang je tak bagi green light lagi kau tahu tak?!" pekik Dalila kuat.

Farhah sudah tepejam mata. Suara Dalila tajam menerja masuk dalam telinganya

Hafiyya kecilkan mata! Terkejut dia mendengar. Nasib tak disambungkan earphone tadi. Kalau tak gamaknya boleh pecah gegendang telinga. RIP Hafiyya's ear.

Make You MineWhere stories live. Discover now