SHFU (14)

1K 54 2
                                    

Tiga bulan telah berlalu. Selama tiga bulan itu juga Umairah dan Rayyan tidak berjumpa antara satu sama lain. Hal ini kerana mereka cuba untuk mengawal diri dan hati mereka agar tidak melampaui batas. Lagi tiga bulan mereka bakal diijabkabulkan.

"Amboi dik! Termenung jauh ni ingat encik tunang ke?" Sergah Hana lalu duduk di birai katil.

"Ish! Akak ni ke situ pulak. Tak ada lah," balas Umairah.

"Alah. Kalau ada pun apa salahnya kan? Hahahahaha...," seloroh Hana lagi.

"Yah! Kakak!" Geram Umairah. Hana hanya ketawa melihat reaksi adiknya itu.

"Hana," panggil puan Sri Shahira.

"Ya, ibu?" Sahut Hana lalu memandang ibunya itu.

"Ada orang nak jumpa Hana," nyata puan Sri Shahira.

Hana berkerut kening mendengar kenyataan itu. "Siapa bu?" Soal Hana.

"Farhan," jawapan puan Sri Shahira menambahkan lagi kerutan di dahi Hana. Hana dan Umairah saling berbalas pandangan. "Pergilah cepat. Tak baik biar tetamu tunggu lama-lama," arah puan Sri Shahira.

"Okey bu. Kakak pakai tudung kejap," tudung syria hitam disarung ke kepala. Langkah diatur menuju ke halaman rumah. "Assalamualaikum," sapa Hana sambil mendekati susuk seseorang yang duduk di pondok kecil di halaman rumahnya.

"Waalaikumusalam," sahut Farhan lalu berdiri dan memandang Hana.

"Ada apa Han nak jumpa Hana?" Soal Hana lembut.

"Han sebenarnya ada benda nak cakap dengan Hana,"

"Apa dia?" Senyuman diukir di bibir Hana.

Nafas ditarik panjang sebelum dihembus berat. "Han... Han sebenarnya... Han... nak melamar Hana jadi isteri Han. Hana terima tak?" Soal Farhan sambil memandang Hana.

Soalan yang diterima membuat lidah Hana kelu untuk memberi jawapan. "Han... tak lawak lah gurauan ni. Han nak cakap apa sebenarnya?" Soal Hana lagi untuk selindungkan rasa gugup.

"Cuba Hana tengok muka Han. Han tak bergurau Hana. Han serius," tegas Farhan.

"Han... Han tahu kan keadaan Hana macam mana?" Soal Hana perlahan.

Farhan mengangguk. "Ya, Han tahu. Tapi tak salahkan kalau Han nak jaga Hana," Balas Farhan.

"Han. Hana ada penyakit tau. Tak lama lagi Hana akan mati. Han nak ke kahwin dengan Hana?" Soal Hana sayu.

"Yup! Han tahu semua tu dan Han tak kisah pun. Malah sebab Han tahu yang Hana sakitlah Han nak jaga Hana. Tapi Hana jangan salah faham. Han nak Hana jadi isteri bukan sebab kesian atau simpati. Tapi sebab Han cintakan Hana. Han sayangkan Hana. Han tak kisah pun Hana sakit ke sihat ke... apa yang Han tahu selagi Hana ada depan mata Han, Han akan jaga Hana. Sesaat pun jadilah asalkan Hana jadi yang halal buat Han," jawab Farhan tulus sambil memandang redup wajah Hana.

"Walaupun Hana terpaksa ulang alik pergi hospital Han sanggup teman?" Soalan Hana dibalas dengan anggukan. "Andai kata Hana 'pergi' betul-betul lepas kita sah Han boleh terima?" Soal Hana lagi.

Farhan menutup matanya sambil menghembus perlahan nafasnya sebelum matanya dibuka kembali. "Andai sesingkat itu sahaja jodoh kita Han terima," jawab Farhan.

"Han... Hana tak sempurna tau. Hana banyak kekurangan. Boleh ke Han terima Hana?" Duga Hana.

"Hana, Han bukan cari seorang yang sempurna. Tapi Han cari seorang yang boleh buat Han happy. Hana tahu kan Han cintakan Hana dari zaman sekolah lagi. Memang niat Han nak halalkan Hana. Biar Han susah dengan Hana. Biar Han jaga Hana. Biar Han temankan Hana," jawab Farhan lagi.

"Tanyalah ibu dengan babah dulu. Kalau diorang terima itulah jawapan Hana," ujar Hana. Farhan hanya memanjatkan rasa syukur.

~~~

"Tak sangka eh kau boleh melamar Hana," usik Rayyan.

"Eh! Kau ingat kau sorang je boleh? Aku pun boleh lah," balas Farhan.

Rayyan mencebik. "Nampaknya impian kita nak naik pelamin sekali tu bakal jadi kenyataan lah ye," ujar Rayyan.

"Nampaknya gitulah," balas Farhan sebelum mereka berdua ketawa serentak.

~~~

Sorry sbb chapter ni pun pendek jugak... hmm... takde idea sangat... sorry again.

Btw terima kasih sbb sudi baca cerita ni... hargai sangat2... T.T

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHDär berättelser lever. Upptäck nu