"Tahu lah." Peho menjelirkan lidah. Aku gelak kecil.

Aku mengikuti Dani. Berhenti di bilik guru, letak barang-barangnya dan ikut lagi sehinggalah pejabat. Aku semakin hairan dan semakin pelik. Aku dan Dani bersama-sama masuk ke pejabat. Atau lebih tepat lagi, bilik pengetua.

Ada apa-apa ke?

"Mama." Seperti biasa Dani akan salam terlebih dahulu kemudian aku juga salam pengetua.

Hati tiba-tiba tak tenang. Macam ada sesuatu.

"Dani dah beritahu belum?"

Aku tersentak. Beritahu apa? Kenapa? Ada apa? Aku memandang muka Dani. Mukanya serba salah. Takut-takut dia untuk memandang aku. Okey, apa terjadi ni?

"Beritahu apa?"

Pengetua lambat-lambat bangun lalu keluar dari biliknya. Faham yang pengetua memberikan aku dan Dani ruang untuk berbincang. Belum sempat aku menyoal lagi, Dani menggenggam kedua-dua tangan aku. Aku membiarkan. Menunggu sahaja jawapan yang dilontarkan daripada mulutnya.

"Abang pindah."

Aku diam sejenak. Memproses dua patah perkataan yang baru sahaja masuk ke gegendang telinga aku.

"Oh."

Dani terkejut. Tangan yang menggenggam tangan aku tadi terlepas. Tak sangka dengan reaksi aku. Aku ketawa kecil. Giliran aku pula yang menggenggam tangannya.

"Ini keputusan abang juga kan?"

Angguk tidak, geleng pun tidak tapi aku tahu jawapannya memang keputusan dia. Tangan dibawa ke pipinya pula. Dani membalas pandangan aku.

"Insya Allah ini yang terbaik. Macamlah tak boleh jumpa kat rumah." Aku mengukirkan senyuman manis buat suamiku. Cuba untuk memujuk. Aku faham dia rasa serba salah. Mungkin sebab dia tidak memberitahu aku terlebih dahulu.

Aku terus memeluk tubuh sasa suami aku. Sedih pula.

.

"Amboi kau."

Hah sudah. Duduk pun tidak lagi, mula lah ayat geli-geli Peho tu.

"Apa?" Saja buat-buat tak tahu.

"Takde apa-apa."

Aku mengecilkan mata. Tahu sangat nak sakat aku. Tangan sudah sedia untuk mencubit, pantas Peho menepis.

"Duduk lah." Peho menarik tangan aku untuk duduk di barisan 5 Arif. Sedang dalam perjalanan,

"Tak best lah Cikgu Amsyar nak pindah."

"Kan, tak semangat terus fasal Matematik."

"Kenapa Cikgu Amsyar pindah? Terkejut berok aku."

"Takde lagi lah cikgu handsome kat sekolah kita ni."

Telinga gatal aku nak juga dengar apa yang murid lain bualkan. Kan dah agak. Memang semua sedih punya. Ada yang tak puas hati. Kelas aku pun dah meroyan habis apatah lagi budak-budak kelas lain.

Aku duduk bersebelahan Peho. Terpampang besar muka Dani yang manis sahaja senyum di kain rentang di atas dewan.

'Majlis Perpisahan Cikgu Amsyar'

Aku mengeluh perlahan. Fikir positif Su. Ini yang terbaik.

Tak sangka pagi tadi dapat tahu dan sekarang lepas rehat berlangsungnya majlis perpisahan. Dan lebih mengejutkan lagi, Cikgu Azahari tak nak aku terlibat. Selalu aku jaga di belakang pentas, tapi cikgu tidak benarkan pula. Kenapa? Aku pun tidak tahu.

Cikgu tu HUSBAND AKU! | COMPLETEDWhere stories live. Discover now