Warn: non-baku
Elvina Lufyaa, seorang gadis kecil yang rapuh kerana dipenuhi kisah silam yang membunuh dirinya sendiri.
Gadis itu bagaikan merpati yang sedang patah sayapnya. Tidak mampu bergerak, bahkan terbang sekalipun dia tidak pernah rasai. Dia takut untuk mencederakan kembali sayapnya.
Rafael Arhan, seorang jejaka yang menjadi protector kepada burung merpati yang telah patah sayapnya. Lelaki itu, tahu semua yang terjadi dalam hidup Elvina sampaikan dia sanggup mengangkat Elvina sebagai isterinya untuk dirawat sepenuh hati. Menghilangkan memori-memori hitam di dalam buah fikiran Elvina
Rafael Arhan perhati Elvina Lufyaa yang sedang makan keropok depan tv. Rafael senyum melihat siaran yang di tonton Elvina. Rafael duduk sebelah gadis itu.
"Let's talk. U nak sambung universiti mana?" Elvina kunyah keropok tanpa peduli soalan Rafael.
"What?! I-U? Eyyyy, nak muntah," Rafael ketawa. Elvina ni, lain yang ditanya, lain pula yang dia fokuskan.
"Habis tu?"
"Kau-aku jelah. Kenapa nak tukar panggilan pula. Kemarin boleh je pakai kau-aku," Rafael geleng kepala. Terlupa kalau Elvina ni ganas. Bila ingat balik, kemarin pagi dia dengan Elvina selamat menjadi suami isteri. Majlis kecil-kecilan saja. Panggil jiran, keluarga dan sahabat terdekat.
"We are married."
"Tak ada, dah kahwin ke belum kahwin ke, tetap guna aku-kau. Bukannya nak mempengaruhi rumahtangga pun," Rafael angguk ja. Betul juga, tak baik tayang kebahagiaan rumah tangga.
"So, dah tentukan your pilihan ke?"
Elvina jeling Rafael yang tersengih. Kalau Elvina cakap dia nak pergi belajar luar negara pun, mesti tempat berhenti dia satu universiti dengan Rafael.
Rafael mana boleh jauh-jauh dengan dia walaupun baru kahwin kemarin. Waktu sekolah pun menempel, inikan satu rumah. Silap hari, Elvina lari ke rumah aunty Aina aka mak saudara merangkap mak dia.
Nasib rumah aunty Aina dengan rumah Rafael beli ni bersebelahan ja. Kalau tak, memang susah Elvina nak lari dari Rafael.
"Dah tahu tak payah tanya," Rafael ketawa. Suka sungguh dia tengok Elvina marah-marah sebab dia.
End-
Ni just prolog macam description nak mulakan novel je tau.
WARN 2.0:
Rafael sweet talker kalau dengan Elvina. Harap jangan menggula nanti Elvina marah.
YOU ARE READING
3. Sanctuary
Teen FictionHanya secebis kisah pasangan muda sebagai suami isteri yang penuh liku-liku. Lelaki bad boy, handsome, peramah dah ada dekat semua tempat. Cari saja, mesti dapat punya. Tapi, kalau perempuan yang dingin, pandai bela diri, cantik dengan cara sendiri...
