Our Fate : 11

Começar do início
                                    

“ saya pun baru sampai ” tutur nya penuh sopan santun

“ ha ini lah dia boss hanat yang saya cerita tu ” Felix menuding kearah ku

“ oh hanat okay tak apa lepasni jangan minta tolong aku lagi ” kata ku lalu menjelingnya

“ alahai koyak ha koyak aku gurau je ” Felix tertawa kecil

“ rapat nya korang sampai guna kau aku je ” Yoonie tersenyum manis

“ kitorang kawan dari zaman sekolah lagi.. sebab tu la dah biasa ” terang Felix kepada Yoonie

“ Yoonie boleh saya tanya awak sesuatu ? ” aku meminta izin kepada nya

dia menghentikan suapan nya lalu mengganguk

“ betul syarikat Jungkook dalam masalah ? ” soal ku tanpa berbasa basi lagi

dia mengangguk kemudian menunduk

“ semua sebab perempuan yang ada dengan dia tu.. sebab tu juga Tuan Jeon berubah sekarang.. dia dah tak seceria dulu ” jelas Yoonie dengan nada perlahan

“ awak P.A dia kan ? ” soal ku lagi . dia mengangguk

“ saya Soohyun.. bekas isteri dia ” aku memperkenalkan diri ku kepada nya

dia mengangguk . “ saya kenal puan tapi saya tak pernah jumpa puan.. Tuan Jeon pun cuma beritahu yang dia sudah berkahwin sahaja sebab pekerja dekat sana tu gatal miang keladi ” kata Yoonie

aku tertawa kecil

“ tapi saya tak tahu pula yang dia dah bercerai.. mungkin sebab itu kot dia kurang ceria sekarang ni ” kata Yoonie perlahan

“ dia tak lunch ? ” soal ku kepada Yoonie

“ biasa nya dia akan beli kopi je dekat kafe ni.. kejap lagi sampai la tu ” kata Yoonie

nampak sangat dah biasa dating dengan Felix dekat sini hekhek

“ Yun pergi la berbaik balik dengan dia huh hah ” kata Felix sambil menjungkit kening nya berkali kali

“ ingat senang ke do aku tepuk kau karang ” aku menjegilkan mata

“ ha tu tu dah sampai dah ” Yoonie menunjuk kearah pintu depan itu

aku terus melambai kearah nya . dia kelihatan terkejut lalu bergerak kearah ku

“ eoh ? Yoonie pun ada kat sini ” kata Jungkook sambil berdiri disebelah ku

“ ehehehe saya lunch dengan boyfriend saya sekali dengan boss dia ” jawab Yoonie sambil tersenyum kecil

“ awak nak join ? ” soal ku kepada Jungkook

dia tampak berfikir sebentar sebelum mengangguk . sejurus selepas itu dia pergi membuat bayaran

“ weh Jungkook aku dengar cerita kau balun si Hyunjin tu.. gila arh ” kata Felix lalu menunjukkan tanda thumbs up kepada Jungkook

“ siot sangat perangai layak la ” jawab Jungkook malas

“ mana pula kau tahu aku bantai dia malam tadi ? ” soal Jungkook bersama tautan kening

“ tadi sebelum aku dengan Yun keluar dia datang singgah office Yun.. Yun tanya la pehal ngan muka dia lepastu dia kata kau yang buat ” jelas Felix dibalas anggukan dari Jungkook

“ aku cuma mampu berhuhu dalam hati je masa tu tapi lepas je dia keluar aku pun berhaha bersama Yun ” sambung Felix lagi

“ bodoh siot Felix aku sampai sepiceles dengar kau gelak ” jawab ku bersama tawa kecil

“ ha tu la dulu masa sekolah tak nak kawan dengan aku.. asyik nak mengerjakan aku je dengan Cikgu Nam tu ” Felix menjeling aku

“ dah tu siapa suruh kau jahat sangat ” balas ku selamba

“ tah kerja nya nak membuli aku je ” sambung Jungkook pula

“ ha semua nak bash aku tak nak pula bash si Han tu ” Felix memuncungkan bibir nya

“ dia takde kat sini buat apa nak bash dia bebal ” kata ku bersama tawa kecil

“ korang bertiga ni dulu satu sekolah eh dulu ? ” soal Yoonie yang dari tadi mendiamkan diri

“ haah.. dulu Yun dengan Jungkook ni la pelajar popular sejak dari zaman awal sekolah tinggi lagi.. ada lagi 4 orang tapi masing masing dah mendirikan rumah tangga ” kata Felix kepada Yoonie

“ banyak la kau punya pelajar popular ” kata ku kepada Felix

“ kau gila ke tak popular.. mula mula kau popular sebab berkawan dengan Jungkook noob.. lepastu Jungkook glow up hamekkawww ” bersungguh Felix bercerita

“ lagi popular berita pasal kau dengan Jungkook officially couple tu HAHAHA dalam kelas pun jadi eh korang ” Felix tersenyum nakal

“ sudah Lix jangan la terobek zaman noob aku ” ujar Jungkook seraya menyumbat sandwich itu kedalam mulut Felix

“ mana ada noob la awak.. saya ingat lagi kita main kejar kejar waktu balik sekolah HAHAHAHA ” tutur ku tertawa bersama Felix

“ lepastu terserempak dengan Naeril auwwwww ” sambung aku lagi

“ ha lepastu ada orang tu jealous ” giliran Jungkook pula membahan aku

“ dah dah cukup waktu lunch dah habis dah ni ” Felix menggeleng kepala nya

“ ha kalau begitu saya gerak dulu ” tutur ku lalu bangun dari duduk

“ ada apa apa call saya okay ” sempat Jungkook memesan . aku mengganguk lalu tersenyum manis

aku dan Felix terus keluar dari kafe diikuti Yoonie

tanpa mereka sedar , ada yang memerhati

- tbc - 

Love Me Till The End ; jjkOnde histórias criam vida. Descubra agora