"Tak ada apa yang perlu kamu risau. Dia cuma dalam kawalan. Tapi akak dah putuskan kawalan tu, Cuma.....", jeda Dr. Alyn seketika bila doctor yang merawat Sun Lee meminta izin untuk beredar.

"Cuma?", soal Xin tidak sabar.

"Haish, Dia sebenarnya amnesia. Ingatanya diambil dan diganti dengan yang baru, dia dikawal dengan pil. Nanti kami akan lakukan pembedahan kecil untuk keluarkan pil tersebut. Xin, kamu kenalkan dia?", terang Dr.Alyn sambil melihat reaksi Xin.

"Hah? kenal? Siapa?", soal Xin tidak mengerti soalan Dr. Alyn. Mendengarkan soalan Xin, Dr. Alyn hanya mampu tersenyum.

"Tak ada apalah Xin. Cuma akak nak cakap. kemungkinan untuk amnesia amat tinggi lepas dia sedar bila membuang controller. Itu sahaja.", sejurus itu Dr. Alyn pun keluar dari bilik itu.

"Xin, kau kenal dia?", soal Zirqo selepas Dr.Alyn keluar dari situ.

"Tak", balas Xin sambil melangkah keluar menuju ke rooftop.



IMBAS KEMBALI

"Adikkkkkkk", jerit kanak-kanak kecil itu sambil memeluk belakang seorang kanak-kanak lelaki.

"shuh! jangan kuat-kuat. Nanti mama papa dengar", kata kanak-kanak lelaki itu kepada kanak-kanak perempuan yang seiras dengan wajahnya.

"Opss, heheheh adik nak buat apa?", bisik kanak-kanak perempuan tersebut kepada kanak-kanak lelaki.

"Nanti kakak tahu la. Jap eh.", kata budak lelaki tersebut sebelum melangkah mendekati wanita dan lelaki yang sedang duduk di bangku taman tersebut.

"BAHHHH", kejut budak lelaki tersebut sambil ketawa.

"Opocot! ishhh Xin terkejut mama, kamu ni kan", kata wanita tersebut kepada kanak-kanak lelaki tersebut ataupun Xin itu.

"HAHAHHAHA, lawak la mama. Kakak datang la sini", ajak Xin kepada kakanya iaitu Sun Lee.

"Kejap!!", jerit Sun Lee sambil berlari kearah mereka berada sambil bergelak ketawa.



MASA SEKARANG

"Kakak, adik rindu", bisik Xin sambil memandang kearah langit malam.

Sementara itu di bilik bedah dalam bangunan kedua Al'gela.

"Semua dah sedia? Kita dah nak mula ni", soal Dr. Alyn

"Sudah Dr.", jawab pembantunya dan dibalas dengan anggukan Dr. Alyn

Apabila dipastikan segala persiapan untuk mengeluarkan controller itu selesai, para saintis yang bergelar doctor terus melakukan pembedahan kecil itu. Pembedahan yang memakan masa selama 12 jam telah berjaya mengeluarkan controller tanpa mencederakan organ-organ dalaman kerana Zain telah meletakkan controller itu di tempat yang begitu sulit dan dikelilingi dengan urat saraf yang menyambung dengan otak dan untuk membuangnya mereka telah menggunakan alatan khas kerana ianya sangat sulit untuk dicapai dengan peralatan yang sedia ada. Namun begitu, mereka telah berjaya membuangan pil tersebut dan pembedahan itu telah selesai. Sun Lee yang masih lagi tidak sedarkan diri kesan ubat bius telah ditempatkan di biliknya untuk merehatkannya.

Keesokkan harinya, wad yang menempatkan Sun Lee telah penuh setelah dipanggil oleh Dr. Alyn. Kerana menurutkan ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Sun Lee. Lagi-lagi soal yang melibatkan rancangan sebenar Zain.

"Ada apa panggil kami kesini?", soal Dr.Kay kepada isterinya.

"Ada sesuatu yang perlu kamu semua tahu", maklum Dr. Alyn

"Hal apa sampai Sir Richard pun dipanggil sama?", soal Zirqo pula namun hanya dibalas dengan senyuman.

"Cakaplah", kata Dr. Alyn kepada Sun Lee yang sedari tadi diam. Mendengarkan arahan Dr.Alyn, Sun Lee, melihat mereka seorang demi seorang sebelum menarik nafas yang panjang.

"Aku boleh percayakan korang semua ke?", soal Sun Lee tiba-tiba.

"Asal kau tanya? Kami ni jahat sangat ke?", soal ZIrqo balik.

"Korang boleh lindung aku ke?", soal Sun Lee kembali tanpa hiraukan soalan Zirqo.

"Boleh, jangan kamu risau.", kata Dr. Alyn

"Baiklah kalau macam itu. Aku nak korang semua start kumpul askar dan perketatkan kawalan keselamatan dari sekarang.", kata Sun Lee.

"Eh kau siapa nak arah kitorang hah?!", kata Zirqo namun berjaya ditenangkan oleh Xin

"Kenapa ya", soal Dr. Alyn kepada Sun Lee.

Mendengarkan soalan itu, Sun Lee terus menunduk seketika menarik nafas Panjang sebelum mengangkat muka.

"Zain ada rancangan", sambung Sun Lee

Semua yang ada dalam bilik itu tercengang mendengarkan ayat dari mulut Sun Lee.

"Boleh kamu bagi tahu rancangannya kalau kamu tidak keberatan?", soal Sir Richard yang sedari tadi diam mendengar segala percakapan mereka.

Sun Lee mendongak memandang muka Sir Richard sebelum menyambung

"Dia...."



RAY

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Emperor FighterWhere stories live. Discover now