Bab-20: Sweety Khai

Start from the beginning
                                    

"Ayahnda! Bonda! Tidak nampak kah Rin di sini? Oh, Tuhanku... Sucikanlah mataku dari semua ini," adu Irene kepada mereka sambil menggosok matanya beberapa kali.

"Pergi mana tadi?" tanya Raja Khai sambil memusingkan tubuhnya dan berjalan masuk ke dalam. Diikuti Luna dan Irene di belakang. Luna dan Khai melihat Puteri tunggal mereka dengan serentak dan mereka juga ketawa halus.

Irene mengembungkan pipinya. Tahu lah dirinya ini single dan cantik! Jangan lah show off sangat.

Tapi Irene sebenarnya sudah lali dengan kemesraan Bonda dan Ayahnda dia ini. Ayahnda jenis yang suka tapi tidak mahu tunjuk. Bonda pula jenis suka kacau Ayahnda sampai merah muka dia. Sebab dia tahu Khai tidak akan mengaku dia suka perbuatannya!

Irene perlahan-lahan menarik senyuman. Ayahnda dan Bonda sweet!

"Pergi periksa tempat di pekan. Nak harapkan Raja dia? Tunggu tiga kali musim sejuk pun belum tentu dia buat!" Luna membalas pertanyaan suaminya tadi. Irene juga mengangguk setuju dengan pernyataan Bondanya. Tapi hiperbola sangat lah sampai mahu tunggu tiga kali musim sejuk.

"Ayahnda...tak sibuk ke? Macam banyak sangat je masa dibazirkan ni," tanya Irene sekaligus pelik dengan situasi sekarang.

"Sibuk? Perlu ke Ayahnda sibuk disaat Sweety ada depan mata ni, hmm?"

Khai mencuit hidung Irene. Biarpun Irene sudah berumur Lapan Belas, dimata Khai ini Irene masih lagi Lapan Tahun.

Luna menjeling. Khai mengangkat keningnya.

"Apa? Awak tu pun Sweet candy saya," kata Khai dan mencuit hidung Luna lembut. Luna tersengih dan menunduk malu.

Sekali lagi Irene menggelupur penuh kegelian menyaksikan drama swasta depan mata.

"Sudah la tu. Makin lama, makin menjadi bila mood sweet Ayahnda datang! Kadang-kadang Irene pelik, Ayahnda ada salah makan ubat ke? Ataupun Ayahnda ada stok ubat yang kalau nak jadi serius, ambik yang tu. Kalau nak sweet makan yang tu?" soal Irene sambil bercekak pinggang. Khai tergelak melihat Puteri tunggalnya seorang ini. Kuat sangat memebebel.

Luna kuasa dua.

"Hahaha Rin tak penat ke bercakap?" tanya Khai balik dengan menggosok lehernya sendiri beberapa kali tanpa membalas soalan Irene.

"Ish! Suka cakap macam tu!" Irene mendengus geram.

"Pujuk sendiri," bisik Luna di telinga Khai sambil tersenyum dan meninggalkan mereka. Khai mengelipkan matanya beberapa kali memandang Luna yang meninggalkan mereka dari belakang.

"Rin..."

"Taknak kawan."

Eh pulak dah. Siapa kawan siapa ni.

"Dah lama kan kita tak berlatih pedang sama-sama."

Pantas Irene memandang Ayahndanya. Khai menarik pedangnya.

"Kalau Rin kalah, Rin kena tolong Ayahnda. Kalau Ayahnda menang, Rin punya duit poket digandakan sebanyak lima kali ganda," tawar si Raja Khai kepada Irene.

"Agak... Berat sebelah, tapi Rin setuju."

1 jam kemudian...

"Alah apa ni!" jerit Irene tidak puas hati.

"Dah janji kan?"

"Ish, yelah yelah." Irene menerima kenyataan bahawa dia kalah empat kali berturut-turut dengan Ayahnya. Orang gila je nak menang lawan dengan askar barisan hadapan perang suatu masa dahulu ini.

"Ayahnda mahu apa dari Rin?"

Khai mendekati Irene lalu berbisik. Namun cukup membuat Irene membulatkan matanya sehingga terpaksa menutup mulutnya dari tergelak kuat. Permintaan Ayahnya ini...

Sangat...










Luna memandang seseorang di hadapannya dengan wajah tidak beriak. Sesekali dia menjeling orang tersebut. Namun, orang itu hanya tersengih dan menggosok lehernya.

"Siapa punya idea?" soal Luna lembut namun sangat ngeri didengari.

"Rin."

Dan nama anak pula disalahkan. Krim putih yang memenuhi wajah Luna dilihat oleh Khai. Entah la, tadi ditanya apa yang Luna suka. Irene kata Bondanya suka dengan krim. Jadi, dengan bendulnya Khai buat suprise letak krim di muka Luna.

"Oh... Saya dipermainkan oleh Rin." Khai mula faham.

"Haih, kenapa ikut cakap budak tu." Luna menggeleng kepala perlahan. Dia mengambil tisu dan disapu ke wajahnya untuk membuang krim tersebut. Tetapi perbuatannya dihalang oleh Khai.

Khai berjalan kehadapan membuat Isterinya undur kebelakang sehingga rapat ke dinding.

"Kenapa? Tidak suka? Tapi..."

Khai mencalit jarinya di wajah Luna dan menjilat krim itu.

"...saya suka,"

"Manis macam sweety."

Muka Luna memerah.

"Ayahnda jangan macam-macam!" jerit Irene dari tingkat atas Istana.

Khai dan Luna tergelak kecil.

♚♚♚

Irene merebahkan tubuhnya di katil. Dia baru sahaja dapat rasa kembali tilamnya. Sudahlah baru balik tadi, terus Bonda ajak bersiar-siar.

Matanya dipejam.

Tiba-tiba rasa mendung.

Mata dibuka semula lalu hampir menjerit kecil apabila ada seseorang berdiri dan menunduk melihatnya.

"What are you doing here?" tanya Irene perlahan.

"Be your guardian." Jawapan yang tidak logik dek akal.

"Sleep tight, sweety." Dia berbisik di telinga Irene. Gadis itu membulatkan matanya dan laju tangannya dihayunkan untuk menumbuk lelaki itu.

Sebelum penumbuk comel dia mengena sasaran, lelaki itu hilang menjadi kepulan asap hitam.

"Sweety? Seriously, Raikarl?" tanya Irene tidak percaya. Dia tergelak sendirian. Lelaki itu suka sangat menjadi misteri walaupun padanya sedikitpun tidak menjadi!

"Sweety..."

♚♚♚

To Be Continued...

Jom jerit.

Aaaaaaaaaaaa! *tampar pipi sendiri*

Ini untuk ubati rindu anda pada pasangan savage Luna dan Khai!

After exam, saya comeback.

Jangan rindu saya. *Wink*

Sila la vote

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now