BAB 3 - MAID MR. KOREA!

7 0 0
                                    

" sejauh mana pun awak berlari
saya akan kejar awak Mr. Korea !"

Satu hari aku menghabiskan masa tanpa gangguan Mr. Korea, Alhamdulillah. Nasib aku datang sini tak bergaya sangat. Jadi aku mengambil peluang untuk terus kerja tanpa rasa apa-apa.

JAM menginjak ke angka sepuluh malam. Maksudnya dah malamlah, tugas aku pun sudah selesai. Tadi Datin Hazirah mengajak aku dan Mak Pah makan sekali. Saja nak mengenalkan aku dengan ahli keluarganya. Datuk Asmadi Hambali sporting weh!!

Mr. Korea tadi tu ada saja pandang aku tak puas hati. Dia ingat aku kisah? Well ini Fara lah. Nama dia pun aku dah tahu, Ashraf Hambali Bin Datuk Asmadi Hambali. Nama meletop perangai Nauzubillahi Min Zalik.

Ting...

Aku mengambil telefon di dalam poket seluar slack aku.

_Syasha Bengong_
*Babe, aku minta maaf my Abang sayang rosak doh. Abang Am takde pula dia kerja shif malam*

Typing.....

*Kau tidur jelah kat situ, nanti aku suruh Ummi telefon aunty Haz kata kereta rosak*

Lekas-lekas aku menaip. Banyak buruk muka dia! Taknak aku tinggal sebumbung dengan Mr. Korea tu. Eh melekat sudah panggilan yang aku beri tu.

Typing....

*Kamu ni banyak songeh lah! Cuba kau try download Grab atau Uber ke? Aku serius ni kereta dah lah takde*

Ni buat awok marah ni. Aku menghentak kaki. Geram, Aku mana tahu selok-belok Kuala Lumpur ni ?! Eyy saja je lah !
Tiba-tiba rasa nak balik kampung pula, bila aku susah Abah dan Mak selalu ada. Kalau kat sini sorang-sorang. Nasiblah~

Badan aku ditepuk perlahan. Aku memusing ke belakang. Aku membulat mata aku memandang wajahnya. Halamak datin ni kenapa pakai bedak sejuk ?! Terkejut awok tahu tak ?!

" Kenapa Fara ? " soalnya sambil tergelak kecil. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut. Bukan datin Hazirah ni duduk kat kerusi roda ke ? ni apasal boleh berdiri pula ni ?

" Buruk benar muka awak Fara " ujar dia sambil menepuk bahu aku kuat. Aku kembali ke asal lalu tersengih. Alah wak malu kita.

" Macam mana Aunty ni boleh berjalan pula ni ? " soal aku. Pelik

" Tak mahu lah saya asyik duduk saja. Kadang uncle marah Aunty kata Aunty pemalas. Itu pasal malam-malam Aunty cuba jalan perlahan-lahan. " ujar dia sambil tangan memaut bahu aku. Nak seimbangkan badan. Aku mengangguk faham.

" Kamu kenapa tadi ? " Datin Hazirah menyoal kembali apabila soalan pertamanya tidak dibalas.

" Ha.. Ni sepupu Fara ni tak boleh ambil, kereta dia rosak " aku mengadu sedih kepada Datin Hazirah. Dia mengangguk.

" Tidur lah sin-- "

" Tak nak ! " Nasib tak dilempang muka aku dengan Datin Hazirah. Kali ni dia pula yang terkejut.

" Haih kamu ni, terkejut Aunty. Kalau macam tu suruh sajalah si Ashraf tu hantarkan. Aiman tu biasalah pukul 6 pagi baru balik "

Aku menggeleng laju. Mr. Korea hantar aku ? SIYESS AHH ? Karang dia tinggalkan aku tepi jalan. Naya woo... dia bukan suka aku pun ! Tiba-tiba depan kami berdua dilintasi oleh Jejaka kacak tetapi sombong. Aku menjeling, nak merayap lah tu !

" Ashraf " panggil Datin Hazirah.

Tuan empunya badan memandang kami. Lebih tepat ibunya, siapa nak pandang aku ni cakap-cakap ?

" Why ? " kemain speaking kau. Wae wae .
Dia memandang aku tajam. Eh dia dengar ke aku cakap. Aku cakap dalam hati kan sebenarnya.

" Tolong hantarkan Fara balik rumah " ujar Datin Hazirah. Aku membesarkan mata. Apa ni eyy Mak tengok datin ni. Humph

Mengada kau eh Fara, aku pukul kau kang !

" Kenapa pula Raf kena hantar minah senget ni ? " Ujar dia dengan nada menyampah. Abah ! Tengok dia ni

" Kamu tu nak pergi mana saja, nak merayap ke mana ? Club ? Ke pergi rumah perempuan yang tak cukup kain tu ? "

" Kesitu pula dah "

" Habistu ?! " nyaring suara Datin Hazirah. Bergaduh pula dua beranak ni. Waet Waet, tak cukup kain ? seriuslah mamat ni... Playboy ke atau sugar daddy?! Astagfirullah mengucap Fara banyak dosa kering kau dah buat ni...

Setelah mendengar jawapan keterpaksaan dari Ashraf. Aku pun menyalami tangan Datin Hazirah. Yeay mr Korea hantar balik!

" Cepat sikit, kau tunggu apa lagi ?!!! " jerit Ashraf dari Mercedes benz C200 miliknya. Aku lekas-lekas menyarung kasut dan lantas berlari ke arah kereta. Setelah melambai tangan kepada Datin Hazirah. Kereta pun meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.

TERLENTOK lentok kepala aku menahan kantuk. Sudahlah dalam kereta ni tak ubah seperti tanah perkuburan. Sunyi sepi, radio pun tidak dibukakan.

" Kat mana rumah kau ? " soal Ashraf setelah lama berdiam diri.

" Rumah 20 jalan PPR Taman Wangsa Permai. " jawab aku kembali. Ashraf hanya diam sambil meneruskan perjalanan. Mataa aku tidak boleh tahan lagi, aku mengambil peluang untuk tidur sebentar. Gudnight.

ASHRAF memandang ke seat penumpang. Amboi minah ni, membuta ya ! Nanti kau !

" Bangun manusia " cubaan pertama, gagal

" BANGUNLAH PEREMPUAN! " cubaan kedua, gagal lagi. Kita cuba cubaan ketiga.

" MA ROBBUKKA!! " sambil tangan menarik telinga disebalik tudung pink milik si Fara. Terus membulat mata si gadis dan...

" AMPUNKAN AKU YA ALLAH, AWOK BANYAK DOSA LAGI KAT MAK ABAHHH !! " Jerit gadis itu lantang. Lekas aku menetup kedua belah telinga daripada menjadi pekak mendengar suara katak di sebelah.

" APAHAL KAU JERIT ? "

" AWAK TU YANG APAHAL ?! "

Setelah seminit mengambil nafas. Fara memandang tajam kearah aku. Hakeleh minah ni.

" Tu dah sampai depan rumah kau ni, taknak keluar ke ? " ujar aku sambil menjentik kuat dahi licin milik Fara. Dia mendengus kasar.

" Suka hati je nak sentuh! " Marah dia kembali sambil tangan membuka pintu kereta. Setelah dia berada di luar , aku menurunkan cermin kereta.

" Terima kasih mana terima kasih ? " ujar aku tegas. Dia mencebik bibir tanda menyampah.

" Terima kasih ya Mr. Korea kerana telah menghantar saya pulang kerumah dengan keadaan yang selamat ! " ujar Fara panjang lebar. Aku hanya mengangkat bahu. Mr. Korea ya...

" Pergi masuk karang mengarut lagi, sudahlah jauh Hospital Sakit Jiwa dari sini " Dia menghentak kaki geram. Tangan diangkat menunjuk penumbuk kepada aku. Tangan pun kecil! Setelah penat berlawan kata dengan si Fara sehingga dia masuk ke dalam rumah. Aku membawa kereta menuju ke rumah sahabat aku Faizal.
I bukan sugar daddy okay !

Tergelak kecil aku mengingatkan hal tadi, dasar minah senget!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAID MR. KOREA ( IN EDITED )Where stories live. Discover now