BAB 1 - MAID MR. KOREA !

50 4 0
                                    

" Sejauh mana pun awak berlari
saya akan kejar awak Mr. Korea! "

" Sudah-sudahlah tu tengok cerita Korea Fara ! " bebel mak pada aku. Biasalah pagi-pagi hari minggu macam nanti memang syok golek-golek depan tv. Tambah lagi kalau hujan. Pergghh nyaman !

" Ala mak biasalah awok bukan buat apa pun harini " separa jerit aku berkata pada mak yang berada di dapur.

Walaupun aku kerja Kafe. Aku rajin juga tolong mak kat rumah, Tapi harini aku malas sikit yalah selalunya sampai hari Ahad aku kerja. Harini Long Rina bagi aku cuti. Apa salahnya nak rilex sekejap.

" Cuti ke tak cuti ke sama saja, Fara. Bukan Kamu mau nolong mak ni haa..... Kamu dah tahu kan harini Maklang kome nak balik. Mestilah banyak benda kena disiapkan " Ujar mak lagi dalam loghat Perak. Haih mak ku terchenta. Bila dengar suara mak berubah sayu je. Laju aku bangun turut membantu.

Tak baik nak menjawab. Syurga tu bawah tapak kaki ibu kita ! Itu saja yang selalu aku titipkan dalam hati setiap hari.

" Mak nak masak apa harini mak ? " Sambil mata memandang kearah meja makan yang penuh dengan plastik tidak dibuka lagi.

" Cadangnya nak masak Kari Ikan tenggiri, Masak lemak ikan baung lepastu ulam ulaman sajalah. " Hurmm menyelerakan. Mak jarang nak masak sedap-sedap melainkan kalau sesiapa nak datang. Ataupun kakak kedua aku balik dari Singapura tu. Kak Farhah Erma. Jadi harini peluang aku nak makan puas-puas!

" Sedap-sedap, err mak. Awok ingat orang nak cari koje lain lah mak. Takkan lah awok nak koje Kafe long tu saja. Mana nak cari banyak duitnya kalau terperuk je kat situ " Luah aku panjang lebar sambil ingin menagih simpati daripada mak. Mak hanya mengeluh. Seperti mak tidak kasi aku bekerja jauh selain dari Kg Bota kanan ni.

" Mak bukannya tak kasi kamu tu koje jauh-jauh. Atenya Kola Lumpur tu bukannya kecik, Besor kamu tahu dok. Lagipun kamu tu perempuan. Tak mahu lah mak kamu koje jauh-jauh sana tu. Udoh le dok rumah ni bertiga saja." Mak berkata sambil mata memandang aku.

Aku hanya diam. Iyalah aku ni anak bongsu. Adik-beradik semua perempuan. Yang dua orang kakak dah kahwin. Tinggal aku seorang jelah yang jaga mak kat kg ni. Long tinggal di Bota Kiri lepastu sudah berkeluarga memang jaranglah nak balik Bota Kanan ni walaupun dekat.

" Lagipun kalau kamu koje Kola Lumpur tu. Bosan lah mak ni haa..... Abah kome tu udoh le Ketua Kampung. Bukannya lekat kat rumah ni haaa " Sambung mak lagi. Aku tersenyum. Ya abah kerja sebagai Ketua Kampung. Setiap hari ada saja benda nak dibuat. Padahal dok melepak saja di balai raya tu. Eh eh kantoi !

" Takpelah mak, kalau mak tak kasi. awok duduk jelah kat kg ni. Tapi mak ingat mak awok tak nak kahwin dengan orang sini. Awok nak kahwin dengan orang korea. Kalau bukan Korea, awok nak kacukan Korea pun boleh ! " Teruja aku memberitahu mak. Saja nak menyakat. Mak membuat muka blur. Aku terkekeh-kekeh ketawa sambil memandang muka mak. Alahai mak !

Terdengar deruman motosikal EX5 milik abah. Aku terus berlari kearah pintu dapur.

" Lama meeting bah " Jerit aku dalam nada perlian .

" Huiss mestilah. Abah bukan beshe-beshe
dalam kampung ni. Deme semua dok panggil Abah ni. " Jelas riak muka abah. Menyampah aku dengarnya ! Aku hanya mencebik bibir.

" Bukannya buat apa pun. Dok melepak kat sana balai raya sana tu. Haa abah jangan buat pasal. Ingat awok tak nampak ke ? Tu mak Leha tu. Dok ngorat abah. Abah melayan! Lagi--- " terus abah menutup mulut aku dari berbicara. Abah membulat mata memandang aku. Aku balas balik. Tak nak kalah !

MAID MR. KOREA ( IN EDITED )Where stories live. Discover now