Nasib Serigala

118 25 2
                                    

Gumiho !! Ok gurau.

Ada seekor singa, seekor serigala dan seekor musang yang sangat lapar disebabkan tidak makan beberapa hari. Akhirnya ketiga-tiga binatang itu bersepakat untuk pergi memburu bersama-sama. Maka berjalanlah 3 sekawan itu mencari mangsa.

Setelah lama berjalan ternampaklah mereka di suatu sudut ada 3 ekor binatang buruan, iaitu seekor lembu,seekor kambing dan seekor arnab. Mengalir air liur singa,serigala dan musang.

"Baik betul nasib kita hari ini," kata mereka.

Berkata singa di dalam hati,"Serigala dan musang tentu ingat aku hendak berkongsi dengan mereka makanan yang begitu lazat ini.Tak mungkin!Tak mungkin!Tetapi biar aku dengar fikiran mereka dahulu."

"Serigala" kata singa, "Cubalah engkau bahagikan santapan ini."

"Baiklah tuanku!" jawap serigala.

"Lembu itu untuk tuanku, kambing untuk patik dan arnab pula untuk si musang."

"Oh! Begitu caranya engkau bahagikan. Mari dekat aku sedikit." ujar singa. Maka dengan gembiranya serigala pun merapatkan dirinya kepada singa. Apa lagi, dengan serta merta serigala terus diterkam dan dibunuh oleh singa tersebut.

Sesudah itu, singa pun bertanya kepada musang pula. "Cubalah engkau bahagikan santapan ini!"

"Baiklah tuanku."jawap musang."Lembu untuk sarapan tuanku, kambing untuk makan tengahari tuanku dan arnab untuk makan malam tuanku."

"Bagus! Bijak sungguh engkau musang. Daripada siapa engkau belajar semua ini?" tanya singa.

"Daripada melihat nasib serigala tuanku. Daripada melihat nasib serigala!!"

Haa amikkau!! Kena terkam. Faham tak maksud dia?? Nak aku cerita? Oklah macam ni, walaupun sebenarnya tindakan singa tu tak adil dan sangatlah tak adil kadang2 kita kena fikir yang lebih baik. Kena berkorban untuk teruskan kehidupan. Kiranya sangat beruntung musang sebab singa tu tanya serigala dulu. Musang tu bijak berfikir... kalau dia bahagikan untuk dia sekali pasti dia akan mati and kalau dia bagi semua kat serigala dia akan hidup dan boleh cari makanan lain. Better dia terus hidup dan lapar sementara daripada tak bernafas lagi dah hanya sebab singa nak makan makanan dia. Faham tak??

Kalau dikaitkan dengan kehidupan, kadang kala kita kena berkorban untuk teruskan hidup. Walau hakikatnya sangat tidak adil, wajib berkorban atau tak dapat peluang dah. Kita kena maju fikirkan masa hadapan. Inilah kehidupan... Takkan mungkin sempurna. Dah nasib serigala macam tu. Baiknya, kita fikir hikmah serigala diterkam. Untuk bagi pengajaran pada musang agar berhati hati dengan singa yang tamak tu. Semua yang berlaku ada hikmah. Mungkin sebenarnya lembu, kambing, dengan arnab tu berpenyakit. Matilah singa. Itu kemungkinan sebab apa je yang kita tahu?

Mawar Tak Berduri Where stories live. Discover now