Hyeri's
pulang dari sekolah , aku diam dari biasanya tidak bercakap dengan sesiapa mahupun Minjie . kerana segala kutukan Kwon Jaeyu telah menyakitkan hati aku , aku benar benar putus asa dalam hidup
nasib baiklah Felix tak jemput aku pulang harini , ringan sikit kepala aku kalau tak habis ditanya itu ini oleh dia . aku menyepak batu kecil dijalan tar yang aku lalu untuk pulang ke rumah , terasa bosan dan sunyi
tiba saja dirumah , aku menukar emosi seperti biasa . tak nak lah aku tunjuk yang aku tengah sedih lepastu menangis macam perempuan gedik kan , aku bukan orang macam tu aku kan kuat
" Hyeri dah balik "
" ouh , diam je kamu harini . ada berita buruk berlaku ke Hyeri ? " tanya eomma
" takde lah , Hyeri penat je banyak buat kerja harini . sebab tu nampak lemah tak bermaya " tipu aku , aku tak nak eomma susah hati sebab anak dia jadi kutukan orang lain
masuk bilik saja aku pergi mandi dengan malas , semua benda rasa malas nak buat . apa yang aku nak buat adalah tidur dah lupakan siapa Na Jaemin itu
selesai makan tengahari , aku menonton tv bersama Felix . sebab aku nak menghiburkan hati sendiri sebab takde orang nak hiburkan aku , aku kan sunyi sepi
" kau putus cinta ke dik , murung semacam aku tengok kau harini "
" bila masa aku murung , aku penat buat kerja kat sekolah lah benak " aku memukul kepala nya dengan remote astro
" aduh kepala aku , aku saja tanya yang kau pukul kepala aku kenapa . bapa kau tak bayar zakat ke "
aku menjeling nya , rosak mood aku harini gara gara soalan tak masuk akal dia tu . putus cinta ? namchin pun aku takde , nak putus cinta apa nya
" macam aku tanya tadi , kenapa kau nampak murung ? "
" kan aku kata sebab penat buat kerja kat sekolah , cikgu banyak bagi kerja harini "
" kau nak tipu aku agak agak lah , kau tak pernah murung macam ni tahu . bagitahu aku siapa buat kau macam ni , Lee Hyeri "
" kenapa pula aku nak tipu kau , betul lah aku kata aku penat buat kerja dekat sekolah tadi . kau ni tak faham bahasa ke , bang "
" okay okay , betul ni kau tak tipu aku ? "
" betul bang " diam saja aku jawab , kalau aku bagitahu dia perkara sebenarnya pun bukan boleh selesai
KAMU SEDANG MEMBACA
[ re - edit ] only mine ➳ jaemin
Fiksi Penggemarapa nasib kau bila ditimpa masalah sebab sukakan pelajar popular disekolah. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2020