×09×

275 59 8
                                    

NOTE:
Apa yang berlaku dalam ff ini tidak kena mengena dengan orang yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Ini hanya rekaan cerita semata-mata.







Selepas beberapa minit mereka bergelut dalam pagar sesat itu, akhirnya mereka berjaya keluar.

Tapi apa yang membuat mereka rasa pelik, apabila mereka keluar dari bangunan itu, mereka berada di kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau atau lebih tepat lagi, hutan.

Setahu mereka, mereka tidak nampak pun pokok-pokok besar itu di belakang bangunan itu sebelum mereka masuk ke dalam bangunan itu.

Pelik.

Mereka cuba tolak tepi soal itu terlebih dahulu kerana mereka perlu memeriksa keadaan Mingi.

Yunho dan Seonghwa letakkan Mingi di bawah.

"Macam mana dia boleh jadi macam ni?"

"Dia tak sihat ke?"

"Korang. Maafkan aku. Aku lupa yang Mingi ada Eisoptrophobia." Beritahu Yunho.

"Apa? Eiso apa tadi?"

"Eisoptrophobia"

"Eisopt-- ha! Apa-apa je lah. Penyakit apa tu?"

"Phobia pada cermin"

"Phobia pada cermin? Pelik je..."

"Ada ke phobia tu?"

"Phobia ni jenis yang takut melihat diri sendiri dalam cermin" beritahu Yunho.

"Pfftt HAHA--Argh!" Wooyoung mengusap kepalanya yang dipukul oleh San.

"Macam mana dia boleh ada phobia ni?" Soal Hongjoong.

"Aku tak pastilah. Dia tak cerita sepenuhnya pada aku. Dia cuma ada sebut pasal sihir"

Mereka semua menganggukkan kepala tanda faham.

"Korang Mingi dah sedar" beritahu Jieun yang berada di sebelah Mingi.

"Mingi kau okey?" Soal Yeosang sambil membantunya bangun.

"Em. Aku okey" kata Mingi lemah."

"Kenapa kau tak bagitahu kitaorang yang kau ada Ei-Ei-Ei...Phobia tu?" Soal Hongjoong yang bergelut untuk menyebut Eisoptrophobia.

"Maafkan aku sebab tak bagitahu"

"Tak pe... Kita cakap benda ni selepas kita keluar dari tempat pelik ni" kata Yunho sambil menepuk perlahan bahu Mingi.

"Sekejap. Gelang Mingi dah tak menyala la" beritahu Jongho sambil menggenggam tangan Mingi.

"Gelang aku menyala!" Kata San sambil menunjukkan gelangnya pada ahlinya.

"Gelang aku pun!" Kata Wooyoung.

San dan Wooyoung memandang antara satu sama lain.

"Aku rasa gelang ni ada kena mengena dengan apa yang terjadi" kata Yunho serious.

"Tadi aku ada terjumpa tulisan keluar dekat pintu dalam bangunan itu. Yang peliknya, tulisan tu di tulis secara terbalik. 'RAULEK'" sambung Yunho.

Mereka semua cuba memikirkan apa maksud semua itu.

"Yah! Yah! Yah! Aku tahu! Aku rasa kita terperangkap dalam mimpi!"

Mereka memandang San pelik.

"Terperangkap dalam mimpi?"

"Aku ada jumpa tulisan lain juga dekat dalam bangunan tu. Semuanya ditulis dengan terbalik. Jadi..maksudnya kita terperangkap dalam mimpi!" Terang San bersungguh-sungguh.

"Tapi tak ada bukti kukuh yang menunjukkan kita terperangkap dalam mimpi. Lagipun macam tak masuk akal je terperangkap dalam mimpi.." bantah Jongho yang tidak percaya.

"Cuba korang ingat semula. Mula-mula gelang Seonghwa yang menyala. Masa tu, Seonghwa kena hadap dengan ketakutan dia pada ketinggian. Lepas tu, gelang Mingi pulak yang menyala. Mingi kena hadap dengan ketakutan dia pada cermin. Eis-Eis Phobia apa tah tu. Ha! Semua tu masuk akal kan" terang San dengan bersungguh.

Mereka semua masih sukar untuk fahami apa yang dikatakan oleh San.

"Aku rasa apa yang San katakan tu betul" kata Yeosang yang setuju dengan apa yang San katakan.

Mereka semua memandang Yeosang.

"Sebelum ni Wooyoung ada bagitahu yang dia jumpa botol yang tertulis 'nightmare' pada botol tu. Jadi...betulkan apa yang San katakan tu?"

Mereka semua mula percaya apa yang San katakan itu.

"Betul juga tu."

"Jadi kesan air tu membuatkan kita terperangkap dalam mimpi ni?"

"Betul tu. Mimpi buruk tu berlaku jikalau kita ada takut pada sesuatu."

"Kalau kita terperangkap dalam mimpi, macam mana kita nak keluar dari sini?"






Tbc

PIRATE KING 2 : NIGHTMAREWhere stories live. Discover now