Prolog

196 30 46
                                        

Ruangan yang sunyi itu hanya ditemani cahaya malap dari lampu kalimantang. Ditengah-tengah ruangan tersebut terdapat seorang wanita di usia pertengahan yang sedang berbaring di atas sebuah katil besi.

Leher, pinggang dan kedua-dua pergelangan kakinya dikunci. Seketika, wanita tadi tersedar dari lenanya. Sejurus mendapati keadaan dirinya, dia terus meronta-ronta ingin dilepaskan.

Malangnya, sukar sekali untuk dia melepaskan diri oleh kerana tubuhnya yang telah dikunci rapat di atas katil besi tersebut. Dia cuba menjerit meminta pertolongan dari sesiapa. Mengharapkan ada yang akan membantunya.

"Tolong! Ada sesiapa tak! Tolong!"

Malangnya tiada yang menyahut. Dia berasa takut, resah dan cemas. Tidak dapat dia bayangkan apa yang akan terjadi pada dirinya.

Matanya meliar ingin memeriksa sekeliling ruangan tersebut. Apa yang dia lihat disisinya terdapat sebuah alat yang tidak diketahui fungsinya. Dan dihadapannya pula terdapat sebuah bekas yang mengandungi cecair jernih didalamnya.

"Tempat apa ni?" soal wanita tadi pada dirinya sendiri.

"Welcome to the torture game! Cik Diana," kata seseorang yang tidak diketahui keberadaannya. Suara garau tersebut membuatkan Diana sedikit terkejut.

"Apa kau nak, hah!" teriak Diana pada pemilik suara tadi. Dia ingin mengetahui apa yang bakal dia hadapi.

"Aku nak tebus dosa kau! Sepanjang kau hidup, kau hanya habiskan masa kau dengan perkara yang sia-sia. Jadi aku nak bantu kau, kau cuma perlu main permainan yang telah aku sediakan. Tak susah pun, hanya ikut peraturannya sahaja," terang pemilik suara tersebut.

"Siapa kau! Kau tak ada hak nak tebus dosa aku!" bangkang Diana. Baginya pemilik suara tersebut tidak layak untuk berbuat demikian.

"I am The God! Dan aku ada hak untuk buat benda itu. Jarang ada orang yang seberani kau. Tapi tak apa, kita tengok sejauh mana keberanian kau lepas kau tahu apa yang bakal kau hadapi."

"Kau nampak bekas betul-betul depan muka kau tu? Dalamnya mengandungi asid yang paling kuat di dunia ini. Dalam masa satu minit, kalau kau tak dapat ikut peraturan. Asid tu akan jatuh ke seluruh anggota badan kau, dan kau tahukan apa yang bakal jadi kalau benda tu berlaku?" terang suara tersebut.

"Shit! Lepaskan akulah bodoh!" laung Diana. Kali ini, makin kuat Diana meronta. Jantungnya berdegup dengan kencang. Tidak sangka yang dia bakal menjadi mangsa kepada seorang yang psiko.

"Sabar, Cik Diana. Simpan dulu tenaga kau. Sini aku bagitahu apa yang patut kau buat untuk lepaskan diri. Katil besi yang kau sedang baring tu, bersambung dengan mesin di sisi kau. Apa yang perlu kau buat? Easy, letak tangan kau yang molek tu dekat dalam mesin itu dan biar dia buat kerja dia."

"Oh, lupa nak bagitau. Dalam mesin tu ada banyak alatan tajam. Kau perlu dermakan darah kau sampai penuh, dan kau selamat. Kalau kau tak dapat buat, tahu tahu je lah..." sambung suara tadi lagi.

"Tolonglah lepaskan aku...aku merayu pada kau. Tolonglah aku akan rahsiakan tentang kau. Lepaskan aku..." rayu Diana. Sesungguhnya dia sangat takut. Mendengar penjelasan dari suara tersebut membuatkan hampir luruh jantung Diana.

"Kau ada satu minit dari sekarang, Diana. Let's play a game!"

Diana buntu. Fikiran dia bercelaru. Apa yang harus dia lakukan? Fikir, Diana.

Dengan perlahan tangan Diana memasuki mesin disebelahnya. Sejurus tangan berada tepat ditengah-tengah mesin itu, alat-alatan tajam menusuk ke dalam tapak tangan Diana. Serta merta Diana menjerit kesakitan. Sakitnya bukan kepalang.

Dengan laju, Diana menarik kembali tangannya dari mesin tersebut. Tangan Diana penuh dengan darahnya sendiri.

"Arghh! Shit! Lepaskan akulah bodoh!" laungannya hanya berlalu sepi.

Masa terus berlalu, hanya tinggal 30 detik untuk dia menakung darahnya sendiri. Sungguh dia tak mampu melakukan perkara tersebut. Tapi dia juga tidak ingin hidupnya berakhir disini. Diana menutup rapat kedua-dua matanya.

Kemudian dia kembali memasukkan tangannya kedalam mesin tadi. Dia mengetap kuat giginya apabila ada benda yang menusuk tapak tangannya.

Dia harus bertahan. Semakin lama semakin dalam tusukannya membuatkan Diana meraung kesakitan.

"Arghh! Sakit! Tolong!"

Ting!

Bunyi itu menandakan masa Diana telah tamat. Diana jadi tak tentu arah. Diana meronta-ronta melepaskan diri apabila dia menyedari yang asid di hadapannya itu bakal jatuh ke anggota badannya.

"Too late, Miss Diana," ucap suara tadi. Itu adalah suara terakhir yang Dania dengar sebelum asid itu jatuh menimpanya.

"Arghh!" laungan Diana sebelum asid tersebut menghakis anggota badannya sehingga menampakkan organ-organ badannya. Badannya menggeletik sehinggalah dia terkulai layu.

"Game over."

The Torture GameWhere stories live. Discover now