🌹PART 5

222 14 0
                                    

Selesai sahaja sarapan di rumah, Luthfi terus mengajak Aisy keluar tanpa beritahu ke mana destinasinya.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Tanya Aisy.

"Pergi panjat pokok, nak jadi beruk sekejap." Gurau Luthfi .

"Kau ni  tak boleh jawab elok-elok ke?"Aisy mengecilkan matanya memandang Luthfi. Susah kalau ada suami annoying ni kita tanya lain dia jawab lain, bengkek je rasa.

"Kau ikut je lah, takpayah banyak tanya." Luthfi memandang Aisy melalui ekor mata kerana fokus pada pemanduan.

Setelah itu, hanya bunyi radio sahaja yang menemani mereka sepanjang perjalanan.

Perjalanan yang agak jauh membuatkan Aisy terlena, elok dia punya landing atas bahu Luthfi sambil memeluk erat lenganya, Tak boleh lansung buat teman, kena angin sikit dah terlena.

Luthfi tersenyum melihat Aisy yang sedang tidur, walaupun muka tak senonoh dengan mulut ternganga tapi nampak comel di mata Luthfi. 

Dia membawa Aisy ke sini kerana dia nak luahkan segala isi hatinya pada Aisy yang lama terpendam, sejak dari kecil lagi. Dia suka mengusik Aisy kerana inginkan perhatian dari Aisy, tak kisahlah kena marah sekali pun, dia sanggup hadap.

"Aisy Faiha bangun, kita dah sampai dah ni." Perlahan Luthfi menepuk kedua belah pipi Aisy.

Senyap! Tiada balasan dari Aisy, semakin erat pula Aisy memeluk lenganya macam peluk batal saja gayanya.

'Dia ni pengsan ke apa?' Omel luthfi sendiri.

Berkali-kali jugalah Luthfi mengejutkan Aisy bangun, tapi langsung tiada sahutan,Tiba-tiba, Akalnya mendapat satu idea. Taknak bangun kan tunggu Luthfi Hariz bertindak.

Perlahan-lahan Luthfi mendekatkan jarinya di dahi Aisy. Satu jentikan yang agak kuat singgah di dahi aisy.

"Arrghh!!" Aisy menjerit kecil dan terus bangun dari tidurnya, dia memandang Luthfi tajam sambil sebelah tanganya mengusap perlahan dahinya yang merah dijentik Luthfi tadi.

Tergelak Luthfi dibuatnya dengan tingkah Aisy yang agak kelakar.

"Apa yang kelakar." Tanya Aisy serius, apabila sedari tadi Luthfi tidak henti ketawakan dia.

"Aii! Marah nampak, sepatutnya yang marah tu aku bukan engkau." Jawab Luthfi.

"Kau tak boleh gerak aku elok-elok ke ha?"Aisy cuba menahan marah. Mana tidaknya bergegar kepala otak aisy bila Lutfi menjentiknya, nasib baik tak hilang ingatan Aisy dibuatnya.

"Aku dah gerak kau banyak kali, kau tetap tak bangun. Jadinya itulah makan dia." Gurau Luthfi.

"Aku tak sedar, nak buatmacamana? Banyak lagi kan cara lain kau boleh gerak." .Aisy cuba cover dirinya.

"Cara tu je yang aku terfikir, kau ada hutang dengan aku." Luthfi cuba mengenakan aisy.

"Hutang apa?" Tanya Aisy hairan.

"Tadi kau tertidur kat bahu aku, siap package tinggalkan peta lagi kat baju aku nasib baik tak nampak tau." Luthfi menujukkan peta kecil yang dibuat oleh Aisy dibajunya.

"Aku tak sengaja, oklah tu cantik apa?" Aisy berkata selamba sambil tengok peta air liur yang ditunjuk Lutfi. Dalam hati dia dah kutuk diri sendiri habis-habisan, malu pun ada.

"Banyaklah kau punya cantik, aku nak kau bayar hutang kau sekarang."

"Kau nak berapa." Aisy sudah mengeluarkan dompet dari begnya, untuk mengambil duit yang diminta Luthfi.

"Aku tak nak duit, aku pun banyak duit."

"Ish! belagaknya kau ni, habis kau nak apa?" Tanya Aisy.

Jodohku Mr Annoying✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin