Part 1 Pengenalan

132 18 9
                                    

Seorang gadis beriris mata berwarna kelabu sedang duduk di balkoninya. Hujung minggu mestilah nak rehat kat rumah. Angin pagi itu berlumba lumba untuk menampar tubuhnya yang kecil lagikan putih itu. Ye, dia Lya Mikayla .Berumur 23 tahun.

Menetap di sebuah rumah besar, mempunyai 3 tingkat. Tinggal bersama keluarga kecilnya.

Tok tok tok

" Siapa disana?" sahut Lya ketika mendengar suara yang terhasil dari pintu biliknya itu.

" Dibu here sayang, Ibu dah siap siapkan sarapan.Jom, turun."
Ajak ibunya.

" Okay bu." Katanya sambil melangkah pergi ke pintu biliknya.

" Jom ibu. "

Mereka melangkah besama-sama pergi ke meja makan. Kelihatan ada dua orang sedang menanti ketibaan dua orang princess ini diatas meja makan mereka.

" Morning girl. " serentak kedua kembar itu bekata. Dan mereka ialah abang kembar kepada Lya Mikayla. Yang abang bernama Hadi Irfan dan kembarnya pula bernama Hadif Irsyad. Berumur 25 tahun. Dah nama kembar, mestilah sama kan. Kan?

" Morning too! " balasnya sambil mengambil tempat duduknya bersebelahan Dibu tersayang. Anak manja lah katakan.

Dan, meja makan itu tidak sempurna kerana ketiadaan seorang insan yang bergelar ketua keluarga. Iaitu yang sepatutnya memimpin keluarga kecil mereka ini. Iaitu ayah mereka. Yang senang digelar " Dida " itu. Meninggal dunia pada ketika Lya berumur 12 tahun dan ketika itu masih memerlukan kasih seorang ayah. Apalah nak dibuat, Tuhan lebih sayangkan dia. Dia hanya mampu redha atas kepergian insan tersayang itu. Hm...

Suara Ibunya memberhentikan apa yang berlegar difikirannya itu.

" Jom kita makan. Irfan baca doa."

Selepas sahaja abangnya membaca doa makan, mereka terus menjamu makanan dengan senyap kerana itu sememangnya adab makan yang diajar kepada mereka ketika makan.

____________________________

Selepas sahaja mereka selesai sarapan pagi, Lya bersuara.

" Dibu, Lya nak pergi rumah Hannah selepas Zohor bu. Tadi dia tiba- tiba ajak . Bolehkan bu?" tanya nya kepada Ibunya perlahan, takut ibunya mempunyai tujuan dan mengajak Lya untuk turut bersama.

" Hmm, boleh. Pergilah. Hannah dah tahu kamu nak ke sana?" balas ibunya. Takkan nak kongkong je anak dara seorang ni. Asal jaga diri elok-elok sudah.


" Dah bu...then " belum habis dia berkata, seseorang menyampuk diantara perbualan ibu dan anak itu.

" Nak jumpa pergi Hannah buat apa?"
Sampuk abangnya, Hadi Irfan.

Ye, abangnya risau akan satu- satunya adik perempuannya itu. Takut terjadi perkara yang tak diingini. Dia tidak mahu lagi kehilangan orang yang tersayang. Cukuplah dida mereka dah pergi dahulu suatu masa dahulu.

" Dia ajak Lya pergi ke rumah Hannah. Entahlah maybe ada something dia nak ajak membawang... kot. " jawab Lya perlahan. Takut abang sulong nya itu tidak membenarkan dia pergi.

" Hmm, tapi kena jaga diri " selepas mendengar sahaja sahutan green light abang sulong nya itu, dia menjerit kegembiraan.

" Thank you Ibu. Thank you too abang Irfan! "

Layakkah Aku Untuk Bahagia Where stories live. Discover now