"Look , I'm sorry. Really sorry." Tautan tangan mereka dieratkan Izz.

"Dulu you tak pernah lupa I even you busy macam mana pun Izz. What's going on now huh?" Duga Airis. Izz mengeluh berat. Matanya lirih memandang mata bundar milik Airis.

"Sayang.. please faham I. I busy sayang..." Melihat Airis yang masih membatu membuatkan tangan Izz naik mengelus lengan Airis.

"Tell me. Apa yang I kena buat untuk you maafkan I hm?" Lembut Izz memujuk Airis.

"You tahu kan bae I sanggup buat apa apa untuk you?" Airis pandang lama wajah tampan Izz. Airis nampak kejujuran Izz , mungkin memang benar lelaki itu sibuk. Dan dia perlu mengerti.

Perlahan nafas berat dilepaskan.

"Fine. I maafkan you." Izz senyum manis. Tangan Airis ditarik ke bibirnya. Sebelum tangan mulus itu dicium lembut.

"Thank you bae." Sebab itulah dia memilih Airis untuk menjadi teman wanitanya. Lihatlah , Airis sangat memahaminya. Airis tidak sesukar wanita lain. Tidak pernah sehari pun Airis tidak memahaminya.

Meskipun dulu hubungan mereka sempat terputus di tengah jalan , Izz bersyukur hubungan mereka semakin membaik selepas dia merusaha menawan semula hati Airis. Malah , Izz juga sanggup menolak pelawaan Dato Sri Ismail untuk menyambung pelajaran ke luar negara demi untuk terus berada di dekat Airis.

Airis kunci mulut. Entah kenapa mudah saja hatinya lentur dengan pujukkan Izz. Senyuman nipis dilakar.

Izz senyum. Tahu benar dengan sikap Airis yang mudah dipujuk. Tidak seperti wanita wanita lain. Rumit!

Tangan mereka bertaut sebelum mereka melangkah masuk bersama sama ke dalam rumah agam itu.

"Achik..achik , kalau kau setakat tengok je tanpa buat apa apa that will not change anything , achik." Terus saja Thareq larikan pandangannya dari memandang langkah Airis dan Izz yang kini sudah menjauh.

Wajah Aliya dipandang tanpa riak.

"Apa? Aku tengok je. Ada mata tengok lah. Salah?" Tengkuk digaru mengurangkan rasa janggal. Aliya tersengih sinis.

"Eleh kau. Macam lah aku taktahu , kau masih ada hati kan dekat dia?" Duga Aliya. Baru saja Thareq ingin membuka mulut. Thaqif sudah mencelah.

"Siapa? Achik ada hati dekat siapa?" Teruja Thaqif menyoal.

"Ala dekat Mel lah bie. Tapi tu lah adik awak ni slow sangat." Perli Aliya sambil memaut mesra lengan Thaqif. Thaqif sengih.

"Nak buat macam mana love? Achik ni memang lembap." Thareq jeling Thaqif sekilas. Malas mahu bersuara. Seketika mata Thareq jatuh pada kanak kanak yang kini berjalan ke arahnya.

Serentak itu bibirnya mengukir senyum manis.

"Papa!" Si kecil itu memanggil Thareq ceria. Thareq senyum. Laju dia mencangkung menyamakan tingginya dengan kanak kanak itu.

Annur Amirah. Satu satunya bukti cinta Tharif dan Tasya setelah hampir 8 tahun mendirikan rumah tangga.

"Hello sayang Papa." Si kecil itu dibawa ke dukungannya. Rambut ikal itu diusap Thareq penuh lembut sebelum pipi pau itu menjadi sasarannya.

Tharif dan Tasya merapati mereka.

"Hm.. kak long tengok gaya dah ada dah. Bila lagi achik?" Usik Tasya sambil tersenyum penuh makna. Sengaja mahu mengusik adik iparnya itu.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now