"Okay." Datin Sri tilik wajah manis Airis yang sedang ralit menulis sesuatu di buku catatannya lama.

"Kau datang sabtu ni?" Airis tersentak kecil. Pelik bila Datin Sri Marina menyoalnya. Terus wajah diangkat memandang wanita itu.

"Er.. tak Datin Sri. Saya tak tahu apa apa fasal sabtu ni." Ujarnya jujur. Betul kan? Izz pun langsung tidak memberitahunya sepatah haram berkaitan majlis hari ini.

Datin Sri Marina simpan senyum sinis.

Bagus Izz... Dengar pun cakap mummy.

"Thareq tak jemput kau?" Bertambahlah kerutan di dahi Airis. Apa kena mengena Thareq pula dalam hal ni?

Airis gelak kecil sekaligus cuma menutup gugupnya.

"Kenapa pula Thareq kena jemput saya?" Datin Sri Marina angkat keningnya melihat balasan Airis.

"Bukan ke kau rapat dengan Thareq?" Sepasang mata helang itu membuatkan Airis hampir terkelu.

Mana wanita tua itu tahu?

Sejurus itu Datin Sri Marina mengerling Amelin di sisi.

"Amelin , bagi dia kad jemputan tu. Rasanya kita kena jemput dia juga. Because .. she will be my special guest this saturday." Kata kata penuh makna itu membuatkan dahi Airis kembali berkerut.

Amelin akur. Tangan laju mengeluarkan sekeping kad dari beg tangannya. Datin Sri Marina menolak kad itu di hadapan Airis.

"You are invited to attend, the theme is black." Airis terkelu. Matanya memandang anak mata Datin Sri Marina. Mata itu sarat dengan agenda.

Sudahnya Airis hanya mengukir senyum segaris.

"Tak apalah Datin. Saya rasa saya tak layak pun untuk dijemput. Saya bukan orang berpengaruh pun." Tolak Airis lembut. Dia tidak dungu untuk mencerna semuanya. Dia yakin wanita berpangkat itu ada agenda tersendiri.

"Tak apa. Aku ikhlas jemput. Datang ya?Something special waiting for you there. Izz pun ada. I'm sure you want to be by his side during his happy day, right? So jemput lah." Datin Sri Marina pamer senyum. Senyum penuh makna.





AIRIS mengatur langkah masuk ke dalam rumah agam mewah yang menjadi tempat berlangsungnya majlis. Tangannya menyeluk mencari kad jemputan yang diberi Datin Sri Marina tempoh hari untuk ditunjukkan pada pengawai keselamatan yang menjaga pintu masuk.

"Airis. Is that you?" Airis menoleh.

Izz. Dengan bersuit hitam kemas kini sedang mendekatinya. Airis lorek senyum nipis.

"Ya."

"What are you doing here?" Soalnya. Airis berkerut. Wajah Izz dipandang tidak percaya.

"Wait. You tak suka I datang ke? I boleh balik." Tukas Airis laju. Baru saja dia berura ura ingin beredar. Tangannya dicapai Izz.

Tangan Airis digengam Izz.

"Bae , bukan macam tu. I.. I just terkejut kenapa tiba tiba you ada dekat sini." Airis senyum sinis.

"I lagi terkejut. You tak bagitahu I apa apa pun kan?" Izz tersentak. Mati kata.

"Kenapa? I ni memang dah penting ke bagi you Izz? Kalau ya , I think you should tell me now. Biar I sendiri dengar dari mulut you." Izz mengeluh.

"I'm sorry sweetheart."

"I sebenarnya dah setuju untuk ambil alih syarikat daddy. Jadi I.. I busy sangat prepare untuk hari ni sampai terlupa bagitahu you." Sibuk? Itu alasan Izz? Airis memandang Izz lama.

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now