Dia menguntumkan senyuman manis. "Jom naik ferris wheel ? Permainan yang kau suka tu"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Senyuman manis aku terukir tatkala memerhatikan pemandangan di atas ini. Memandangkan aku setuju ingin menaiki ferris wheel , jadi aku tak menyesal.

Aku memang suka permainan ni kalau dekat mana mana funfair ke apa ke. Sebab dekat dalam ni je yang aku boleh nikmati pemandangan yang begitu mengasyikkan.

For some reason , tengok pemandangan daripada atas ni , sedikit demi sedikit aku rasa tenang dan semua perasaan tertekan aku tu beransur pergi.

"Yiseo..."

"Hurm ?"

"Kau mesti ingat lagi , bukan ? Tempat ni ?" soalnya lagi membuatkan riak wajah aku terus berubah.

Sudah semestinya aku takkan pernah lupakan tempat yang begitu bermakna dalam hidup aku ni. Sedar tak sedad , amusement park yang Jungkook bawak aku ke sini merupakan tempat pertama yang bersejarah dalam hidup aku.

Dan betul betul di dalam ferris wheel ni , cinta aku kepadanya mula berputik di saat dia mencuri ciuman pertama aku...

Aku tidak membalas apa apa kepadanya. Hanya berdiam diri sahaja. Lagipun , apa yang diungkapkan Jeon Jungkook membuatkan suasana antara aku dan dia semakin kekok.

Aku betul betul tak suka.

"Yiseo..."

—Diam.

"Jang Yiseo..."

—Masih diam.

Semakin dia memanggil nama aku , semakin aku tundukkan pandangan ke bawah. Entah kenapa aku berkelakuan pelik seperti ini. Aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku.

Jungkook mengeluh perlahan.

Aku ketap bibir rapat. Masih setia menundukkan pandangan ke bawah. Tidak mahu langsung bertentang mata dengan lelaki di hadapan aku ini ketika ini.

Tiba tiba terasa seperti ada seseorang berdiri tegak betul betul di hadapan aku membuatkan aku terus mendongak memandang Jungkook yang kini sedang menunduk bagi memandang wajah aku.

Matanya memandang redup anak mata aku dalam membuatkan aku terkedu buat seketika.

Tiba tiba sahaja Jungkook mengambil tempat dan duduk sebelah kaki melutut di hadapan aku membuatkan mata aku sedikit membulat kerana terkejut.

Tak dapat agak langsung apa yang dia cuba lakukan kepada aku ketika ini.

"Aku maksudkan semua yang aku cakap malam semalam..." ujarnya lembut.

Aku tersentak.

Serentak itu apa yang lelaki itu luahkan kepada aku malam semalam kembali terngiang di dalam kepala aku. Bagaikan Jungkook sedang bercakap semula dengan aku.

Suaranya terdengar begitu jelas di dalam kepala aku ketika itu.

Sejujurnya , aku tahu dia ikhlas dan jujur dengan apa yang dia katakan kepada aku malam semalam. Dan mustahil lah kalau aku cakap yang aku tak mahu memulakan semula hubungan yang baru dengan Jungkook.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now