chapter one

10 8 6
                                    

"alaaaa bole laaa, kesian kat Fia ni haa" rayu Afia sambil membuat muka kasihan.

Ariffin memandang Afia dengan riak menyampah.
ishhh kenapa la aku dapat adik macam ni... haishh
Ariffin mengeluh sambil menghulur remote tv kepada Afia

"satu je lagi, lebih-lebih makan kaki"

mata Afia terus terisi dengan cahaya kemenangan. Ariffin dihadapannya itu terus di peluk.

"YEAY!! FIA SAYANG ARIF! ARIF THE BEST!" jerit Afia lalu melompat-lompat gembira.

"yaa.. dah, dah, jangan lompat-lompat," comelnya dia ni, mcm monyet plak aq tengok.. hahahaha menyampah pun ada

Afia terus membuka Netflix dia tv itu. Tidak sampai lima minit, terus dibuka drama korea yang belom habis ditontoni nya. Tekun sekali Afia melihat screen tv.

hehehe hensemnya Kim Dan , nak je aq cium tv ni. Takot arhh, kang nnt keluar tangan pompuan ni dari tv sbb nak tampar aku.. Afia tersengih sendiri di situ.

Afia amat gemar menonton drama korea. baginya, lebih indah melihat orang bahagia dengan cinta. Afia takut untuk bercinta kerana memori lepas yang amat pahit.

Ariffin, abang kepada Afia amat memahami Afia. Ariffin adalah satu-satunya ahli keluarga Afia, kerana ibu dan bapa mereka telah meninggal ketika Ariffin berumur 20 tahun dan Afia 18 tahun.

Ariffin dan Afia tinggal bersama-sama jadi mereka amat rapat. Ariffin amat menyayangi adik nya itu. Apa-apa sahaja, pasti diberikan. Mereka perlu mengadapi segala rintangan dalam hidup bersama-sama.

"ARGGGG!!!"

Ariffin terus menuju ke ruang tamu kerana Afia menjerit dengan kuat sekali. Ayam yang masih dimasak dibiarkan begitu sahaja tanpa menutup api.

Bahu Afia terus dipegang lalu Ariffin melihat muka Afia. Air mata Afia tidak berhenti mengalir.

"kenapa, Fia? what happened???"

"HUWAAA!! PAKCIK POMPUAN TU MATI!! HUHUHU!!"

"........."

Ariffin memandang Afia dengan muka marah. Melampau betul dia ni jerit sbb benda kecik macam ni.. rasa mcm nak...EHHHHH?

Ariffin terbau sesuatu yang aneh. Afia juga turun pelik kerana bau tersebut. Mereka melihat antara satu sama lain. Lalu melihat arah dapur. Lalu melihat satu sama lain.

" EHHHH!! AYAM GORENG!!" jerit Ariffin dan Afia. Mereka terus berlari ke dapur dengan laju. dan pada malam itu, mereka terpaksa makan maggie kerana ayam goreng tersebut hangit.

not the right person Where stories live. Discover now