𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

Start from the beginning
                                    

"Aik? Sembilan tahun tak jumpa dah lupa dah angah kerja apa?" Sindir Thaqif sambil memandang Airis tidak percaya. Seketika Airis teringat sesuatu. Dahi tepuk perlahan. Macam mana dia boleh terlupa yang Thaqif merupakan seorang doktor?

"Eh? Haah lah.. Mel lupa. So angah doktor dekat sini?"

"Yup. Angah minta transfer ke Malaysia." Airis angguk berkali kali. Wajah tampan Thaqif ditenung lama.

"Along dengan mummy sihat?"

"Along alhamdulillah sihat. Mummy..."

"Bie?" Serentak itu Airis dan Thaqif melarikan pandangan pada wanita tinggi lampai yang menegur mereka.

"Eh love , duduklah." Pelawa Thaqif mesra. Tanpa menunggu lama , gadis itu mengambil tempat di sebelah Thaqif.

"Mel. Kenalkan wife angah , Aliya." Mata Airis membulat mendengar pengakuan Thaqif.

"Seriuslah angah?! Angah dah kahwin?!" Airis menyoal tidak percaya. Gila! Tahu tahu je Thaqif sudah berkahwin. Tapi .. kalau difikirkan semula wajar saja kalau Thaqif sudah mendirikan rumah tangga. Kalau tidak salah usia Thaqif sudah menginjak masuk tiga puluh tahun kut! Sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Thaqif gelak.

"Mel ni .. angah ni umur dah berapa mestilah dah kahwin. Ingat angah tak laku macam achik ke?" Selorohnya dengan sisa tawa yang masih ada. Airis ketawa kecil. Sempat Thaqif mengutuk Thareq.

Thareq..

"Siapa ni bie?" Wanita itu menyoal sambil matanya tidak lepas memandang Airis. Cantik!

Airis lempar senyum.

"Awak kenal lah.. Kawan achik , Camellia Airis."

"Oh... ini ke orangnya?" Wanita bernama Aliya itu mencari wajah Thaqif , pandangan penuh maksud dilemparkan. Jelas wajahnya penuh teruja. Thaqif senyum nipis sebelum kepala diangguk.

"Haah. Ini lah Mel." Aliya terangguk angguk sendiri. Wajah Airis ditenung penuh minat.

"Hi Mel , Nur Aliya." Tangan dihulur. Cepat Airis menyambut huluran Aliya.

"Hi kak.."

"Panggil je kakngah , Mel." Laju Aliya membetulkan panggilan Airis padanya.

"Oh .. okay. Hi kak ngah.." Mesra Airis menyapa sambil bibirnya melorek senyum manis. Sempat dia memuji kecantikan yang dimiliki Aliya.

"Tadi kakngah nak cakap apa? Ni ke orangnya apa?" Airis menyoal ingin tahu. Thaqif dan Aliya berpandangan sebelum Aliya menggeleng kecil.

"Tak. Maksud kak ngah , ni ke Mel yang Thareq selalu cerita dulu." Kening Airis berkerut.

"Thareq.. selalu cerita?" Teragak agak Airis bersuara.

Aliya angguk laju.

"Haah. Finally boleh juga jumpa Mel. Cantik.."

"...patutlah achik..."

Thaqif berdehem.

"Love...janganlah Mel tak selesa nanti." Thaqif menegur. Bertambahlah kerutan di dahi Airis. Langsung tidak mengerti maksud pasangan di hadapannya tika ini.

Tak selesa apa?

Baru Airis ingin bersuara , Aliya sudah memintas laju.

"Oh okay.. sorry. Mel abaikan je. Makanlah." Aliya senyum segaris. Airis kulum senyum kelat. Tidak betah pula mahu membangkitkan semula isu tadi.

"Kak ngah doktor dekat sini juga ke?" Airis mencari topik sesudah menghabiskan makanannya. Wajah manis Aliya ditilik. Muda muda dah jadi doktor. Terbit rasa kagum di benak Airis.

"Haah. Kakngah doktor dekat sini. Sama macam angah." Sempat Aliya menjeling Thaqif manja. Thaqif kulum senyum nipis bila menangkap jelingan manja isterinya.

Airis yang melihatnya simpan senyum. Thaqif kelihatan bahagia disamping Aliya. Begitu juga Aliya. Mereka sangat sepadan! Terbit rasa cemburu di hujung hati Airis. Dia wanita , dia juga impikan untuk menyandang gelaran isteri. Namun dia dan Izz..

Deringan telefon bimbit model terbaharu Airis berbunyi buat kali kedua. Airis tersentak. Cepat cepat panggilan itu diangkat.

"Hello?"

"Oh. Okay. I'm on my way."

"Mel dah kena gerak dah ni angah , kak ngah. Papa Mel dari tadi cari." Airis kulum senyum nipis. Thaqif dan Aliya angguk.

"Oh. Sokay Mel. Angah dengan Aliya doakan papa Mel cepat sembuh." Bibir Thaqif kembali merekah melorek senyum manis.

Airis angguk.

"Thank you angah , kak ngah." Airis lempar senyum sebelum punggungnya diangkat untuk berlalu pergi.

"She's beautiful bie. Patutlah achik sayang sangat dengan dia." Tanpa Airis sedar langkahnya diperhati Thaqif dan Aliya.

Thaqif senyum hambar.

"Love..."

"Kadang.. cinta tu tak semestinya memiliki." Ujar Thaqif sambil merenung isterinya lama. Aliya cuma membisu .. cuba mencerna maksud tersirat dari kata kata Thaqif sebentar tadi.

"She's not married yet bie. Thareq masih ada peluang."

"You know him well , love." Ujar Thaqif mendatar. Beberapa saat kemudian Aliya melepaskan rengusan kasar.

"Bie , tak boleh ke awak nasihatkan adik awak tu untuk utamakan kebahagiaan dia dulu? Sampai bila asyik nak mengalah demi kebahagiaan orang lain?" Aliya mula menyuarakan rasa hatinya yang cukup tertekan dengan sikap Thareq.

"Sampai mati." Serentak itu sosok tubuh yang tidak asing itu mengambil tempat di hadapan mereka. Minuman Airis yang masih tersisa selamba disedut.

Well.. we're used to sharing everything , aren't we Airis?

Setulus JänjiWhere stories live. Discover now