Tut.

Panggilan dimatikan. Jungkook tersenyum nakal. Tengok, mudah sahaja kan ? Matanya lelaki itu mula tertumpu pada gambar wallpaper telefon pintarnya.

Masih lagi, gambar Rachel dan dirinya yang sedang tersenyum bahagia.

Perasaan risau yang tadinya hilang mula datang kembali. Patutkah Jungkook menelefon wanita itu ? Contact Rachel ditekan. Tunggu untuk ditekan butang call sahaja lagi.

" Call ke tak payah ? " Jungkook bergumam sendiri. Matanya langsung tidak lari dari melihat contact wanita itu. Bibirnya diketap. Dia diserang dengan rasa risau tetapi dalam masa yang sama, ego lelakinya menghalang .

Perlahan lahan jarinya berura ura ingin menekan butang call.

Sedikit lagi.

" Tuan ?"

Satu ayat untuk Maria Choi ?

-(••÷[ - ]÷••-

SUDAH berkali kali kakinya berulang alik dari tandas ke bilik. Tubuhnya juga terasa lemah akibat kerap muntah. Rachel terduduk lemah di atas lantai.

Pening kepalanya menyerang lagi dan lagi. Bibirnya diketap. Matanya juga kuyu. Bila bila sahaja dirinya akan tumbang ke tanah tidak sedarkan diri.

Lemah.

Itu yang dia rasakan. Dia sangat perlukan Jungkook sekarang ni. Tapi ke mana lelaki itu pergi ? Akibat layanan dingin dirinya juga lelaki itu terasa hati dan meninggalkannya sendiri.

" Rachel, bodoh." Carutan itu ditujukan khas buat dirinya sendiri. Mual itu datang lagi. Mulutnya ditekup. Tubuh wanita itu bangun dan berlari menuju ke tandas.

Sempat.

Dia muntah lagi. Mulutnya dibasuh. Terhuyung hayang Rachel melangkah. Telefonnya dicapai. Tubuh wanita itu terduduk lemah.

" Jungkook." Peningnya menyerang lagi dan lagi.

Niatnya untuk menelefon Jungkook awal awal lagi sudah dibatalkan kerana pesanan lelaki itu.

" Okay fine ! Apa apa jadi, jangan call aku. Aku nak keluar dengan Maria. Pandai pandai lah kau call Doktor Park ke Yeonjun. Sekian."

Nombor seseorang ditekan.

" Jun ?"

-(••÷[ - ]÷••-

"RACHEL ? Rachel !" Sama, tiada jawapan. Jungkook mula gelabah teruk. Perasaan risaunya mula berada ditahap maksima. Siapa sangka ?

Akibat pening Rachel menyerang, wanita itu tertekan nombor Jungkook. Tubuh tinggi itu mula bangun dari kerusi.

Maria terkejut.

" Kenapa tuan ?"

" Rachel. Aku kena pergi." Laju sahaja Jungkook ingin melangkah tapi tangannya ditahan Maria. Dan itu membuatkan Jungkook merentap kasar.

" WHAT ?" Tersentak Maria dibuatnya. Nampaknya Jungkook memang dalam keadaan tak senang.

" Makanan ni, tuan masih lagi tak habiskan. Membazir" Ucap Maria perlahan. Jungkook mendengus geram. Tajam sekali matanya menikam mata Maria.

" That is not important ! Rachel is more important !"

Lesap.

Kelibat lelaki kacak itu sudah tidak kelihatan. Maria melabuhkan punggung pada kerusi. Rambutnya diselitkan pada belakang telinga.

" Finally , bos akhirnya sedar siapa lebih penting. "

-(••÷[ - ]÷••-

" ENCIK ni suami pesakit ke ?" Jungkook tersentak. Laju sahaja tubuhnya bangun dan menghadap doktor perempuan tersebut. Doktor yang ber nametag Helena itu tersenyum manis melihat Jungkook.

" Y-ya. Saya suami dia." Balas Jungkook. Doktor Helena sekali lagi tersenyum.

" Isteri saya sakit apa doktor ?" Jungkook mula menyoal. Bibirnya diketap menahan risau. Risau jika Rachel mempunyai penyakit yang serious. Baginya, dia tak boleh kehilangan wanita itu.

" Tahniah, diucapkan. Isteri encik mengandung 4 minggu."

Jungkook tergamam. Lidahnya kelu.

Bersambung 💗

Yeay or nay dengan berita tu ?

Satu ayat untuk Jungkook yang mengandungkan Rachel.

Pesanan untuk Rachel ?

T A G S ❤️

ErieQaElLysa multiabah rawrrmints sfbeom wataeber- taesticx- kkokksyah rosesflwr- CANDYEONJUN- 💗

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now