FF11

2.3K 365 251
                                    

drowned in confusion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

drowned in confusion.

can you help me ?

—(••÷[ — ]÷••—

" HEY hey Rachel ! Come on. Takkan kau nak lari macam tu je ?" Lengan wanita itu ditarik. Automatik tubuh Rachel berpaling menghadap Yeonjun. Tubuh lelaki itu kaku melihat air mata wanita di hadapannya.

" Kau menangis ?"

" Sudahlah ! Aku penat. " Tangannya direntap kasar. Dia mula melangkah meninggalkan Yeonjun. Tapi lelaki itu tidak mengalah. Terus sahaja langkah Rachel dikejar.

" Rachel, please !" Kini Yeonjun berdiri di hadapan Rachel. Tangannya didepakan untuk menghalang wanita itu dari terus bergerak. Tapi lain yang jadinya.

Rachel mengambil tindakan drastik memeluk Yeonjun erat. Wajahnya disembamkan pada dada bidang lelaki itu. Yeonjun kaku. Bibirnya diketap.

Perlahan lahan, dia mula membalas pelukan itu. Bunyi esakan Rachel masih lagi tidak reda. Bersungguh sungguh wanita itu melepaskan rasa yang dipendam pada lelaki itu.

Yeonjun pula buntu. Sungguhpun, dia tidak berpengalaman dalam hal sebegini.

" Rachel ?" Panggil Yeonjun lembut. Rachel mula mengangkat wajahnya perlahan lahan. Air mata yang masih lagi mengalir disapu oleh jejaka itu.

" Hati saya sakit, Yeonjun." Luahan wanita itu cukup meruntun hati. Tidak sangka ini kali kedua Rachel meluahkan rasa hatinya kepada Yeonjun.

Tapi bezanya dalam keadaan sedar tanpa dibawah pengaruh alkohol.

" Aku bawak kau tempat yang lebih tenang, okay ? " Cadangan Yeonjun dibalas dengan gelengan perlahan. Mata mereka bertemu. Tetapi Rachel terlebih dahulu melarikan pandangan.

Dan itu membuatkan Yeonjun sedikit terkesan.

" Saya nak balik. Saya penat. S-saya nak tidur." Pinta Rachel. Tiada balasan dari Yeonjun. Tangan Rachel dicapai dan digenggam.

Mata Rachel ditenung lama. Wanita itu mula berasa gugup dengan pandangan yang diberikan. Yeonjun yang lebih tinggi dipandang.

" Aku rasa sakit tengok kau menangis."

Dan itu membuatkan Rachel tergamam.

—(••÷[ — ]÷••—

" SEKARANG ni kau kenapa, Maria ? Don't you understand ? Aku cintakan kau ! Bukannya Rachel. Tak faham lagi ke ?" Kata kata lelaki itu dihiraukan. Maria hanya diam membisu.

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now