Hampir sahaja wanita itu tersungkur jatuh akibat pening yang melampau. Tetapi sempat disambut oleh Jungkook.

" Kita pergi klinik ?"

" Tak payah" Keras sekali suaranya. Jungkook mengetap bibirnya. Jujur, lelaki itu sedikit terkesan dengan layanan Rachel terhadap dirinya.

Dan jikalau Rachel berterusan melayan dirinya sebegini, Jungkook mungkin bertindak diluar kawalan.

" Kau sakit. Kita pergi klinik. " Sekali lagi Jungkook mencuba nasib. Dia menanti jawapan yang lebih baik dari sebelum ini. Amarahnya sedari tadi ditahan.

" Aku cakap tak payah !" Suara wanita itu sedikit meninggi. Jungkook mengetap bibir geram.

" Okay fine ! Apa apa jadi, jangan call aku. Aku nak keluar dengan Maria. Pandai pandai lah kau call Doktor Park ke Yeonjun. Sekian." Tanpa menunggu sebarang balasan, laju sahaja Jungkook melangkah meninggalkan Rachel keseorangan.

Rachel mengetap bibir menahan perasaan.

" Cakap..macam aku. Kisah,"

Dan air mata wanita itu menitis lagi. Lama kelamaan, tangisannya semakin kuat kedengaran.

Sungguhpun, sejahat mana Jungkook itu. Dia masih lagi tidak dapat menghapuskan rasa cinta terhadap lelaki itu.

Bodoh bukan ?

Rachel merupakan type wanita yang setia dan susah untuk move-on.

Dan Jeon Jungkook patut bersyukur akan fakta itu.

-(••÷[ - ]÷••-

STERENG kereta ditumbuk geram. Layanan Rachel tadi cukup menaikkan darah. Jeon Jungkook terasa dicabar sungguh ! Disebabkan terlalu ikutkan perasaan, dia kini meninggalkan wanita itu keseorangan di rumah.

Tapi jujur, dada lelaki itu masih lagi sesak dengan perasaan risau. Macam macam boleh terjadi jika dibiarkan Rachel keseorangan dalam keadaan begitu.

" Ah, fuck ! Why am i doing this ?" Rambutnya diramas geram. Nafas lelaki itu turun naik. Mata ditutup untuk menenangkan diri.

" Okay. Rachel tak apa apa, Jungkook. Trust yourself. She's okay. Yes, very okay. Now, you can meet Maria. Yes ! Your true love" Senyuman manis sedaya upaya diukirkan.

Perasaan risau pada Rachel ditepis. Walaupun sukar. Jungkook mula memandu menuju ke suatu destinasi.

Rumah Maria.

Hebat bukan ? Iyalah. Jungkook dah lali dengan selok belok kawasan rumah wanita itu. Untuk memikat hati Maria, tidak kisahlah kalau perlu menjemput wanita itu setiap hari.

Sudah beberapa kali wanita itu menghalang. Tetapi Jeon Jungkook tidak kisah !

" Good. " Matanya dikerling ke arah rumah yang dihuni Maria. Telefon pintar mula dikeluarkan dari poket. Nombor Maria mula dihubungi.

" Ya, tuan ?"

Jungkook tersenyum. Suara wanita itu seperti biasa membuatkan dirinya berasa tenang.

" Jom keluar. Date ."

" Berapa kali saya nak cakap yang-"

" Takde alasan. Aku dah depan pintu rumah. Keluar sebelum kau hilang kerja" Jungkook mula mengugut. Mudah, wanita itu pasti sahaja takut.

" Ish !"

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now