FF12

2.3K 388 362
                                    

Sayang kena tenung saya banyak kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sayang kena tenung saya banyak kali.

Baru tak stress.

-(••÷[ - ]÷••-

Target sempena nak dekat ending.

80 VOTES 100 COMMENTS.

-(••÷[ - ]÷••-

CAHAYA matahari yang terang membuatkan tidurnya terganggu. Dahi dikerutkan menahan silau. Tubuh lelaki itu mula bangun dalam posisi duduk.

Rambutnya diraup kebelakang. Sempat lagi dia memeriksa kelibat wanita disebelahnya. Tapi, malangnya tiada. Jungkook mula meregangkan tubuh.

Kakinya mula melangkah keluar dari bilik.

" Rachel ?" Nama wanita itu diseru. Tiada sahutan. Sekali lagi, dahi Jungkook berkerut. Ke mana wanita itu pergi ? Kepala yang tidak gatal digaru.

Wait. Jangan cakap Rachel lari ?

" Tak tak tak !" Terus gelabah Jungkook dibuatnya. Kakinya mula melangkah laju membuka setiap pintu bilik. Kosong ! Langsung tiada kelibat Rachel di dalamnya.

Laju sahaja kaki lelaki itu menuruni anak tangga. Langsung tidak fikirkan keselamatan diri. Destinasi terakhir yang difikirkan hanya satu.

Dapur.

" Rachel ?" Seru Jungkook lagi. Langkahnya terhenti. Dia mula melepaskan keluhan lega. Jantung yang sedari tadi berdetak laju mula beransur normal seperti sedia kala.

" Kenapa aku panggil tak jawab ?" Soalan lelaki itu dibiarkan tanpa balasan. Rachel kekal tidak memberikan sebarang reaksi. Jungkook perasan, wajah wanita itu pucat.

" Muka kau pucat. Kenapa ni hm?" Sekali lagi, Jungkook bagaikan tunggul. Sedaya upaya lelaki itu menahan diri dari melepaskan amarah. Rambutnya diraup kasar.

" Hey-"

Jungkook melangkah mendekati. Tetapi perbuatannya terhenti kerana reaksi wanita itu. Rachel mula menutup mulut dan berlari meninggalkannya.

" Okay, what the fuck is that ?"

Dahinya dikerutkan musykil. Bunyi wanita itu muntah mula memenuhi ruang telinga. Laju sahaja langkah kaki Jungkook menuju ke arah Rachel berada.

" Kau okay tak ni ?" Belakang tubuh wanita itu digosok. Masih lagi sama. Rachel kerap muntah lagi dan lagi. Tetapi isi yang dikeluarkan hanya air semata mata. Pili air dibuka.

Mulutnya dibasuh. Nafas Rachel turun naik. Jungkook memerhati dengan wajah risau.

" Okay tak ni? Kau nak aku bawak pergi klinik ? Cek apa yang patut ?" Pelawaan Jungkook dibalas dengan gelengan sekilas. Lelaki itu ingin memapah Rachel tetapi tangannya ditepis kuat.

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now