Sungguhpun, air mata Rachel tadi cukup membuatkan diri wanita itu terkesan. Sakit itu, seolah olah dapat dikesan.

" Tuan cintakan Rachel ! Percayalah." Jungkook menggelengkan kepalanya tidak setuju. Dia langsung tidak mengerti apa yang Maria ingin sampaikan.

Sedangkan, di hadapan khalayak ramai lagi dia sudah umumkan bahawa wanita yang dicintainya itu terang terang adalah Maria. Rambutnya diraup kebelakang. Bibir diketap geram.

" Maria, I love you. Trust me, baby" Tangan wanita itu dicapai. Tetapi malangnya ditepis kuat oleh Maria. Tajam sekali wanita itu menikam mata Jungkook.

" Saya tahu perasaan fake hope tu macam mana , tuan. Sakit sangat. Saya tak nak tengok ada perempuan lain kena disebabkan saya. So please. Kejar Cik Rachel"

Sangat mengejutkan apabila Maria mula menitiskan air mata. Terus sahaja Jungkook mulai gelabah.

" Hey , kau janganlah menangis." katanya. Maria mengesat air matanya kasar. Disebabkan kes Jungkook dan Rachel, kenangan yang menyakitkan itu diingati kembali.

Cukup menyeksa.

" Tuan marah bila Beomgyu dan Rachel tak sengaja berpeluk. Tak nampak lagi ke tu cemburu ? Cemburu tandanya sayang, tuan" Mata Jungkook ditenung lama. Tetapi malangnya lelaki itu menggelengkan kepala.

Masih lagi menidakkan kebenaran yang sebenarnya.

" Aku tak cemburu. A-aku hanya menyampah mereka berpeluk masa majlis berlangsung. Itu je" Pandangannya dialihkan dari memandang Maria. Bunyi wanita itu mengeluh mula kedengaran.

" Come on, Jeon Jungkook. Lepaskan ego awak . Yang terseksanya Rachel." Jungkook merengus tidak puas hati.

" Tapi masalahnya aku cintakan kau !" Luahnya lagi. Maria pula menggeleng gelengkan kepala tidak setuju. Dia tahu, Jungkook sedang keliru.

Antara cinta dan suka.

" I'm tired with you, Jeon"

Tangan wanita itu mula membuka pintu kereta. Jungkook terkejut. Lelaki itu turut keluar dari kereta. Tubuh Maria yang mula melangkah pergi dikejar.

Tangan Maria direntap kasar. Wanita itu mengaduh sakit. Kenapa Jeon Jungkook berkasar dengannya ?

" Kau kenapa ?"

" Takde apa. Awak balik. Saya nak balik sendiri. " Ringkas sahaja jawapan yang diberikan. Kakinya mula melangkah kembali meninggalkan Jungkook sendiri.

Lelaki itu melepaskan keluhan. Rambutnya diramas geram. Tali lehernya dilonggarkan secara paksa. Bibirnya diketap.

" Bodohlah semua ni !" Jungkook melepaskan geram. Kayu dihadapannya disepak kuat.

" Argh benci !" Kini dia terduduk di tepi jalan. Wajahnya ditekup menggunakan kedua belah tangan. Terasa dirinya begitu lemah kali ini.

Esakan lelaki itu mula kedengaran. Siapa sangka ? Jeon Jungkook menangis lagi. Dan sekarang, dia inginkan tempat meluahkan perasaan.

Kim Rachel.

—(••÷[ — ]÷••—

RACHEL mengeluh sebaik sahaja matanya mengerling jam yang tergantung elok pada dinding. Jungkook masih lagi tidak pulang ke rumah. Ya, wanita itu tidak patut menunggu tetapi hatinya berasa tidak enak sedari tadi.

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now