"Haih..." Jungkook mengeluh berat.

"Kalau kau sendiri malas tengok muka aku , baik kau berambus je"

Berkerut dahi Jungkook mendengar apa yang baru Yiseo katakan. "Kau ? Tu-tunggu , kau cakap dengan aku ke ?" pandangan sukar dipercayai diberikan.

Perlahan lahan Yiseo mengangkat wajahnya dan memberikan pandangan malas kepada lelaki di hadapannya. Jelas kelihatan dia cukup menyampah melihat wajah Jungkook.

"Aku tak nak kena cop perampas pulak sebab keluar berduaan dengan tunang orang" balas Yiseo dingin.

Jungkook sedikit terkejut melihat perubahan dari segi layanan Yiseo kepadanya itu namun pantas sahaja dia sembunyikan perasaan terkejut itu. Bahu Yiseo pantas sahaja disentuhnya.

"Kau nak pergi mana dulu ? Makan ? Tengok wayang ? Aku belanja"

Pantas sahaja lengan Jungkook ditepis kasar. Wajah Yiseo didongak ke atas lalu pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu. Terasa begitu menyampah sekali.

"Jeon Jungkook , kau memang tak malu ke ? Nak orang panggil kau perampas ke sebab keluar berduaan dengan teman wanita orang lain ?"

"Ahh... jadi kau dengan Jimin betul betul in relationship ?" Jungkook mengangkat keningnya ke atas.

Yiseo mengangguk. "Yang pasti , Park Jimin layan aku lebih baik daripada bekas teman lelaki aku yang dulu"

Jungkook terdiam.

"Jadi daripada kau susah susahkan diri kau layan perempuan murahan macam aku ni , lebih baik kau pergi dekat tunang kau yang--"

Pantas sahaja kedua dua belah tangan Yiseo dipegang Jungkook erat membuatkan Yiseo terkejut dan ayatnya tergantung. Matanya membulat memandang Jungkook.

Pandangan redup diberikan kepada gadis itu. "Dan teman lelaki baru kau tu , bagi amanah dekat aku untuk jaga kau buat sementara waktu"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Dan kau fikir aku ni budak budak ke , hm ?" aku menyoal dingin kepada Jungkook yang tiba tiba sahaja menghulurkan lollipop kepada aku.

Apa dia fikir aku ni kanak kanak ribena ke yang boleh dia hasut aku dengan lollipop ni ? Ugh , dasar seketul Jeon Jungkook betul. Legit aku rasa nak bagi penyepak je.

Entah lah , lepas apa yang aku dah hadap selam ni , makin aku tengok muka dia makin aku rasa sakit hati. Semua janji manis dan ayat manis dia bagi dekat aku tu buatkan aku rasa macam nak humban dia dalam jamban.

"Kalau kau nak aku belikan aku makanan yang best best , kau kena lah bagi aku duit. Apa kau fikir aku ni suami kau ke nak belanja kau makan ?"

Aku menggulingkan mata ke atas. Makin sakit hati pulak aku rasa bila aku layan budak tak berhati perut macam Jungkook ni. Eyyy , nasib aku perempuan je kalau laki dah lama aku belasah dia cukup cukup.

Nak tak nak , terpaksa jugak lah aku bagi duit dekat dia. Seusai sahaja duit bertukar tangan , dia kembali meninggalkan aku semula untuk membeli makanan ringan buat aku dan dia.

Aku yang sedang duduk di atas bangku itu hanya memerhatikan sahaja sekeliling dengan pandangan kosong. Memerhatikan pasangan yang sedang bertangkap gambar , keluarga yang sedang membeli belah.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now