15

852 108 111
                                    

Hyunjin melangkah masuk ke dalam sekolah dengan tenang dan sempoi. Wajah ketat ditayang seperti selalu, manakala Felix mengikut dari tepi dengan wajah yang lebih kurang sama.

" Sumpah aku tak nampak langsung budak nama Rahael tu." Rungut Hyunjin semasa mereka berada di loker masing masing. Felix pula diam sambil mengambil barang barangnya.

" Dia eksiden teruk sangat kot?"
Teka Felix walaupun dia dah lama tahu hakikatnya. Hyunjin mengeluh kecil. Smartphone dikeluarkan, lantas icon Instagram ditekan olehnya. Akaun instagram Rahael dicari, ingin tahu isu semasa sang Rahael.

Hati Hyunjin berdetik.. macam pernah dengar nama tu.

" Macam dah lama tak aktif je."
Komen Hyunjin sambil scroll skrin dia lambat lambat. Gambar gambar yang dipost oleh Rahael dipandang satu persatu.

" Weh, dia rapat dengan Bangtan."
Ujar Hyunjin tatkala melihat satu post yang ada Rahael dan Hoseok dalam gambar tu. Felix menutup pintu lokernya lalu bersandar di sisi Hyunjin. Kepala dijenguk sedikit untuk melihat skrin fon Hyunjin.

" Dia adik salah seorang Bangtan."

" Jinjja? Nugu?"
Soal Hyunjin lagi. Siapa tak kenal Bangtan. Grup paling femes di Yeochul Highschool dulu. Sekarang membernya hanya tinggal tiga orang sahaja yang masih bersekolah di situ. Si maknae line.

" Kim Seokjin."

Hyunjin mengangguk faham. Kemudian dia terhenti pada satu gambar dimana Rahael sedang memejam mata sambil tersenyum lebar, menampakkan lesung pipit yang selamani tak diperasan oleh kebanyakan orang.

Ibu jari Hyunjin kaku di udara sebentar, matanya lama merenung gambar tersebut.

Dahi Hyunjin berkerut seketika.

" Rara.."

" Rara?"

" Dia.. budak perempuan yang aku pernah suka masa kecik dulu." Tutur Hyunjin perlahan sambil menatap taik lalat dan lesung pipit yang nampak familiar di matanya tu.

Tak sangka, selamani dia sama sekolah dengan budak perempuan tu.

Felix pula diam. Taktau nak cakap apa, lagi lagi bila dia nampak Hyunjin tiba tiba tersenyum lebar. Hyunjin terus pergi ke Whatsapp.

" Kau nak buat apa?"

" Nak break dengan semua girlfriend aku. " Balas Hyunjin dengan selamba. Satu persatu chatroom ditekan lalu ayat 'kita putus' dicopy and paste lalu di delete chatroom tersebut. Terbuntang mata Felix jadinya.

" Yah, kenapa?"

" Aku nak Rahael."

Hyunjin senyum senget. Selesai melakukam tugasnya tadi, dia menyimpan fon tersebut dalam poket lalu matanya tertancap ke arah seseorang yang sedang berjalan sendiri melintasi mereka. Kim Jungwoo.

" Yah, Jungwoo."

Jungwoo hentikan langkah dia. Dengan helaan nafas panjang, dia menoleh ke arah sang senior durjana yang suka sangat buli dia kebelakangan ini. Hiks, lama lama dia sudah biasa.

" Ye, sunbae?"
Balas Jungwoo dengan sebuah senyuman hambar. Senyuman dia mati tatkala Hyunjin tiba tiba sahaja merangkul bahu bidang miliknya bersama sebuah senyuman yang jarang nak nampak.

" Nanti rehat dengan kitorang tau."

Whut whut? Jungwoo terpinga pinga. Apakah ini?

Apesal tiba tiba baik ni?

_______________

+kimrahael+

Dah takde lagu nak nyanyi lah nyah. Kodok ngorok udah, how you like that udah, iwak peyek udah, apa lagi sih? Kang aku nyanyi lagu duriYAN kena kecam pulak. Hihihi.

[C] heart : kookDove le storie prendono vita. Scoprilo ora