GKMM | 23

8.1K 425 33
                                    

"Mana Kayla?" Soal aku sebaik saja aku tiba di van yang menempatkan semua anak buah aku.

Jack terus halakan skrin yang menunjukkan keberadaan Mikayla. Aku mengecilkan mata. Terus aku pandang Jack.

"Mana tempat ni?"

"10 kilometer dari sini, cik muda." Beritahu Jack. Aku mendengus geram. "Siapa punya angkara? Veluz?"

Jack geleng. Dia dekatkan sedikit wajahnya di skrin. "Mengikut gambar ni, bukan geng Strip Tiger. Tapi clan lain."

"Shit! Siapa pula nak buat hal dengan aku. Sial la!" Carut aku perlahan. Semua anak buah aku hanya terdiam sambil memerhati aku yang sedang mengamuk.

"Team Zabdiel and Christopher, aku nak korang handle tempat ni. Letupkan every inch of this place. Yang lain, ikut aku."

"Baik cik muda."

Maka semua bergerak ke tempat masing-masing.

•••••

"Stop right here."

Wilson yang memandu segera menghentikan van tersebut betul-betul berhadapan sebuah kereta mewah dan juga beberapa kereta lain di belakang.

Aku segera melangkah keluar diikuti anak buah aku yang lain. Pistol masing-masing standby di pinggang.

"Siapa kau? Aku malas nak panjangkan isu. Kau lepaskan kawan aku, antara kita over." Jerit aku sedikit kuat. Mata aku mengecil bila mata aku tak dapat menandingi cahaya dari lampu kereta di hadapan. Bodoh punya orang. Padam la lampu tu.

"Chill lady. We have a long time to talk." Satu suara dingin kedengaran mengatasi kesunyian di situ.

Aku kaku sejenak. Asal suara tu macam familiar?

"Kau dari clan mana? Mari sini nak cari gaduh. Aku tak ada masa nak layan all of your shit. Buang masa aku." Aku senyum sinis. Lelaki itu pantas tergelak sinis. Kuat. Aku mendecit. Jengkel gila mamat ni.

"Harsh. Really different."

Aku kerut kening. Siapa dia ni? Entah apa dia buat sekarang ni.

"Kau nak apa? Cepatla. Aku dah la panas ni! Haih, bangang la orang ni. Aku berlengas dah ni." Aku betulkan sedikit kedudukan jaket kulit di tubuh aku. Topi hitam di atas kepala ditarik sekejap lalu dikibas perlahan di depan muka.

"Relax babe. We have a lot thing to discuss."

"Hmmphhhh!" Aku tersentak. Tu suara Kayla. Apa diorang buat dengan Kayla?

"Kayla?"

"Hmphhh! Hmmphh!" Apa benda dia nak cakap ni?

"Kau buat apa dengan kawan aku sial? Lepaskan dia. Ni antara kau dengan aku walaupun aku sendiri tak kenal kau. Dia tak ada kena mengena. Lepaskan dia." Suara aku mula meninggi.

Makin kuat lelaki itu gelak. Dalam keadaan samar, aku dapat nampak satu tubuh tinggi berkot dan tubuh rendah seorang perempuan yang sedang bergelut yang aku pasti itu adalah Mikayla. Dan di suasana kesunyian itu, aku dapat dengar picu pistol ditarik. Tercengang aku bila aku dapat tangkap bayang-bayang pistol yang muncungnya sudah terhala di kepala Mikayla.

Pantas semua anak buah aku menghala pistol ke arah lelaki itu diikuti semua anak buah lelaki itu. Masing-masing sedang bersedia untuk melepaskan tembakan bila-bila masa saja. Suasana menjadi semakin tegang.

"Sial! Lepaskan kawan aku!" Tengking aku kuat. Bergema seketika suara aku di situ.

"Haha. Kau nak kawan kau? Okay. Boleh." Lelaki itu mula menjatuhkan tangan. Anak buahnya turut menjatuhkan tangan diikuti anak buah aku. "Tapi ada syarat." Pantas dia menambah.

Aku mengetap perlahan bibir aku. "Apa syaratnya?"

"Easy. Aku lepaskan kawan kau, tapi kau kena ganti tempat dia."

"Deal!" Pantas aku bersetuju. Aku sanggup lakukan apa saja demi keselamatan family dan kawan aku sendiri.

"Now let her go."

"Okay! But I need you to step infront."

Aku perlahan menapak setapak demi setapak menghampiri lelaki misteri itu. Wajah Mikayla makin lama aku dapat lihat namun wajah lelaki itu masih dilindungi cahaya. Silau!

"Lepaskan dia!"

Laju Mikayla berlari ke arah aku sebelum cuba menarik tubuh aku tapi lelaki itu pantas menarik aku ke tubuhnya tegapnya. Aku tersentak namun aku dapat menangkap satu ayat dari bibir Mikayla. Katanya, 'we're doomed!'. Apa maksud dia?

Aku pandang wajah ketakutan Mikayla yang sudah selamat berada di kelompok anak buah aku. Mikayla kelihatan mengarahkan aku untuk melihat sendiri wajah lelaki ini.

Perlahan aku mendongak. Dan saat itu, aku termati kata. Dunia seakan berpusing bagi aku.

"Yoy got a lot things to tell me."

Ayden. Dengan wajah yang tak pernah aku lihat. Dingin, bengis dan menakutkan.

Shit! Patutlah familiar. Dia rupanya.

•••••

Mikayla diam tak bergerak di atas kerusi kafe yang terdapat di hotel penginapan dia. Sesekali dia mengangkat wajah, memandang wajah dingin Aiman.

"Err...awak." Panggil Mikayla, lembut. Aiman terus kalih wajah. Tapi membuatkan Mikayla telan liur bila wajah itu masih kekal dingin. Menakutkan.

"S--saya minta maaf. S--saya dan Aes tak berniat nak rahsia dengan awak." Ujar Mikayla, menunduk sambil jari jemarinya dimainkan. Aiman diam mendengar, tiada tanda untuk menyampuk.

"Saya kenal Aes sejak 3 tahun dahulu. Waktu first saya kenal dia, dia masih seorang gadis biasa. Pergi sekolah, balik. Tapi selepas 5 bulan kami berkenalan rapat, Aes bagitahu saya yang dia akan pikul satu tanggungjawab besar. Dan sejak tu, saya tahu tentang kerja dia. Saya tak kesah. Kami masih teruskan berkawan. Semua aktiviti dia saya tahu. Saya akui berkawan dengan dia sangat challenging. Saya hampir diculik, dibunuh, dirogol. Tapi semuanya Aes datang tolong saya. Saya sayang Aes seperti adik saya sendiri walaupun saya sendiri kadang-kadang keliru dengan umur dia. Dia....sangat matang. Mungkin sebab dia dah jadi ketua." Mikayla tergelak kecil. Air mata yang mengalir dibiarkan mengalir di pipi.

Aiman hanya memerhati. Tapi jauh sudut di hati, dia teringin nak lap. Tapi ego dan rasa kecewa mengatasi segalanya.

"Saya respect Aes. Dia masih muda tapi dia mampu pikul tanggungjawab yang sangat besar. Bukan saja jadi ketua malah menjadi adik dan anak yang baik dalam waktu yang sama." Mikayla angkat wajah. Tangan kekar Aiman di atas meja, disentuh perlahan. Aiman pandang sekilas sebelum kembali memandang wajah Mikayla.

"Jangan marah Aes. Dia tak berniat nak rahsiakan dengan awak dan juga Ayden. Dia stuck. Dia pernah cakap dekat saya yang dia teringin nak bagitahu awak, tapi dia takut. Takut awak kecewa. Tapi Aiman, percayalah. Aes buat semua ni untuk awak. Dia tak nak awak ambil alih clan D'BlackWingz sebab dia tak nak awak uruskan dua kerja dalam satu masa. Dia takut awak tak ada masa untuk dia dan keluarga awak."

Aiman tersentak. Sedikit sebanyak nasihat Mikayla menusuk ke hatinya. Perlahan Aiman mengeluh. Genggaman Mikayla dibalas erat.

Mikayla senyum lebar, gembira bila Aiman mula terpujuk.

"I am sorry baby." Pinta Aiman seraya mengelap sisa air mata di pipi Mikayla. Mikayla tergelak. "Awak la buat saya menangis. Takut saya bila awak tayang wajah dingin tu." Dalih Mikayla tak mengalah.

Aiman gelak kecil. "Then I'm sorry again."

"No. I am sorry." Mikayla senyum comel. Aiman geleng lalu laju jari telunjuknya mencuit hidung mancung Mikayla. Mereka tergelak suka.

Mereka dalam dunia mereka. Orang yang lalu lalang dan pandangan orang terhadap mereka dianggap sebagai haiwan dan tanaman yang berada di sekeliling mereka.

Aiman tersenyum memandang Mikayla yang tergelak.

Ya Allah, memang dia untukku. Ku mohon agar semua dipermudahkan.

Aamin.

•••••

Got things to say to me?
Anything will do. 😆

Gadis Kepunyaan Mr.MafiaWhere stories live. Discover now