FF03

2.8K 367 332
                                    

|!¤*'~''~'*¤!|

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

|!¤*'~''~'*¤!|


keadaan rumah yang sunyi dan gelap membuatkan hatinya mula diundang rasa tidak sedap hati. jungkook mematikan keretanya. tubuhnya mula keluar dari kereta.

dia melangkah masuk ke dalam rumah. lampu dibuka. tiada apa apa perubahan yang berlaku. tetapi, mana rachel ? susuk tubuh wanita itu langsung tidak kelihatan.

kaki lelaki itu melangkah menuju ke atas. fikirnya rachel berada di dalam bilik.

tombol pintu yang tertutup dipulas. pintu dibuka. jungkook tersenyum melihat tubuh rachel yang terbaring di atas katil. wanita itu sedang nyenyak diulit mimpi.

jambangan bunga tadi diletakkan di atas meja solek. kot yang dipakai dibuka dan digantung. butang baju kemejanya dibuka lalu dicampak ke bakul.

jungkook mula melangkah mendekati rachel. punggungnya dilabuhkan pada sisi katil. membulat matanya apabila tertumpu pada kesan darah yang datang dari tangan wanita itu.

tangan rachel disentuh dan dilihat. jungkook mengetap bibirnya geram. bahu wanita itu ditepuk kuat. terus sahaja mata rachel terbuka. wanita itu mula menutup matanya kembali. tapi secara tiba tiba tangannya terasa pedih.

mudah sahaja jungkook menarik kaca yang melekat pada tangannya itu dengan wajah tanpa perasaan. rachel terpinga pinga.

" bodoh ke ha tidur sampai tak rawat dulu luka ni? at least keluarkan la dulu kaca ni. bebal punya perempuan" dahi rachel menerima jentikan sekilas dari jungkook. wanita muda itu mengaduh sakit.

dada jungkook ditumbuk. tapi lelaki itu kekal tanpa reaksi.

" ke kau nak aku yang rawat ? sebab tu kau biarkan sampai tertidur ?"

" eh mana ada !" serta merta wanita itu menidakkan kebenarannnya. perlahan lahan tubuhnya mula turun dari katil tanpa menghiraukan jungkook.

lelaki itu bangun dan terus menghalang wanita itu dari terus bergerak. kedua belah tangan didepakan.

" kau merajuk dengan aku ke ? terasa dengan kata kata aku pagi tadi ? look, aku tak maksudkan semua tu. " diam tanpa balasan, wanita itu langsung tidak menjawab.

bunyi keluhan mula kedengaran.

kepalanya mendongak melihat jungkook yang lebih tinggi.

" aku tak terasa dan takkan terasa. benda tu betul, jungkook." dada jungkook ditolak sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. terus sahaja wanita itu mula melangkah.

jungkook melepaskan decitan geram. laju sahaja kakinya meluru ke arah rachel. lantas, dengan mudahnya tubuh kecil wanita itu diangkat.

rachel menjerit. wanita itu meronta ronta meminta diturunkan. dada lelaki itu turut ditumbuk berkali kali.

" ish ,sakitlah !" marah jungkook. matanya menikam tajam. terus sahaja rachel berhenti.

tubuh rachel diletakkan di atas katil. wanita itu mengerutkan dahi.

[SU] Special Friends | 16+ | 정국Where stories live. Discover now