Refleks, kepala aku terdongak ke atas memandangnya dengan pandangan terkejut. Tangan aku juga serentak terlepas daripada memegang lengannya sebentar tadi.

Dia menyapu perlahan lengannya yang baru sahaja aku pegang dengan erat sebentar tadi. Renungan tajam dia berikan kepada aku.

"Kau tanya lah diri kau sendiri"

Sebaik sahaja berkata begitu , dia terus memusingkan tubuhnya ke belakang dan mula melangkah pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam kelas ini.

Aku tersentak.

Perlahan lahan air mata yang aku tahan sedaya upaya untuk tidak mengalir itu akhirnya mengalir juga membasahi pipi. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak sakit hati.

A-apa yang aku dah buat sebenarnya....

Perlahan lahan aku tundukkan wajah ke bawah dan mula memandang tangan aku yang baru sahaja memegang erat lengan Jimin sebentar tadi dan kini tangan itu sudah pun melepaskan satu satunya kawan baik aku.

Jungkook dan Jimin...

Kedua dua manusia yang aku sayang , pergi tinggalkan aku macam tu je...

"A-apa yang kau dah buat sebenarnya , Jang Yiseo..." suara aku mula bergetar.

"Kenapa ? Kau tertanya ke apa yang kau dah buat sampai semua lelaki yang hadir dalam hidup kau angkat kaki dan blah dari hidup kau , Jang Yiseo ?"

Suara sinis yang datang dari arah pintu utama kelas menarik perhatian aku membuatkan aku terus mengangkat wajah dan memandang ke arah tersebut.

Buat seketika , mata aku membulat tatkala mata aku bertembung dengan mata milik Go Yejin yang entah macam mana boleh berada di pintu utama kelas aku ketika ini.

Dia saksikan semuanya ke ?

Dia tersenyum sinis. "Ikut aku dan aku akan tunjukkan dekat kau apa yang kau dah buat sebenarnya"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Omma tak suka kamu buat macam semalam" suara dingin Puan Jeon menyapa gegendang telinga Jungkook.

Jungkook yang sedang duduk elok di seat penumpang belakang itu hanya mampu berdiam diri sahaja. Dia sendiri tak tahu nak balas macam mana dekat ibunya sendiri.


"Dakyung mengadu dekat parents dia yang kamu tinggalkan dia macam tu je dekat taman tu tanpa langsung explain dekat dia apa apa. Kamu fikir tu attitude yang baik ke , Jeon Jungkook ?"

Jungkook menongkat dagunya dengan tangannya sendiri sambil matanya hanya khusyuk memerhatikan situasi yang berada di luar. Lebih elok gamaknya kalau tengok pemandangan gitu.

Daripada panaskan telinga dengar makcik tak sedar diri tu membebel tak sudah , baik dia buat  buat tak endah sahaja. Lagipun , ini bukan kali pertama dia mengabaikan Puan Jeon.

Menyedari Jungkook yang langsung tidak memberikan sebarang respon kepadanya , Puan Jeon mula merengus geram. Dia memandang tajam ke arah anak lelakinya itu dari pantulan cermin pandangbelakang keretanya itu.

"Jeon Jungkook , I'm talking to you. Jangan buat omma macam tunggul boleh tak ?" 

Jungkook melepaskan keluhan berat. Sedang dia memerhatikan suasana di luar tiba tiba matanya menangkap kelibat seorang gadis berpakaian uniform sekolah yang cukup dia kenal.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now