Aku terus memusingkan tubuh ke belakang dan memberikan ruang kepada Yiseo untuk naik di atas badan aku. Melihatkan sahaja aku yang membenarkan , Yiseo terus duduk di atas badan aku.

Kedua dua tangannya merangkul leher aku erat sebelum aku mula perlahan lahan bangkit dan berdiri. Aku mengendong Yiseo di belakang dengan kuat.

Selepas meloloskan sahaja posisi , aku terus melangkah pergi dari tepi pantai ini dan mula mengambil langkah untuk membawa Yiseo pulang ke rumahnya.

Disebabkan Yiseo nak piggyback , nampaknya aku kena tinggalkan sekejap kereta aku dekat tepi pantai ni. Nanti pandai pandai lah aku mintak driver ambilkan kereta aku.

"Jungkook-ah..." Yiseo memanggil perlahan nama aku membuatkan aku tersenyum.

"Ya sayang" balasku lembut.

Aku gigit bibir bawah erat. Dalam keadaan dia mabuk macam ni sahaja aku berkesempatan untuk memanggilnya dengan panggilan tu. Jujur , aku rindu.

"Ke-kenapa awak tinggalkan saya , hm ?"

Riak wajah aku terus berubah tatkala Yiseo mula bertanya begitu kepada aku. Aku tahu , dia sedang mabuk dan mungkin pada hari esoknya dia akan lupakan semua ini.

"A-awak kejam. A-awak betul betul kejam hiks" Yiseo mula merengek.

Aku hanya mampu melepaskan keluhan berat lalu menundukkan pandangan ke bawah. Langkah aku masih diteruskan dengan mengendong Yiseo di belakang.

"Awak boleh tinggalkan saya be-betul lepas appa tinggalkan saya hiks... kenapa Jungkook , kenapa ?" Yiseo mula menangis.

Langkah aku terus terhenti. Aku jilat bibir aku yang terasa kering itu buat seketika sebelum terus turunkan Yiseo ke bawah. Aku menarik bahunya ke arahku dan bersemuka dengannya.

Mata Yiseo yang sudah berair di pipinya yang basah dengan air mata itu aku tatap. Perlahan lahan jari aku mula mengesat air matanya yang mengalir di pipi lembut.

"Yiseo-ah..." aku memanggilnya lembut.

"Kenapa ? A-awak nak sakitkan hati saya lagi ke ?" dia menundukkan pandangan ke bawah.

Aku melepaskan keluhan berat sebelum menarik tubuhnya dekat dengan aku membuatkan dia refleks mendongak wajah ke atas dan memandang aku dengan mata yang membulat.

Tangan aku memeluk pinggangnya erat dan perlahan aku tundukkan kepala ke bawah bagi melihat wajah Yiseo yang berada betul betul di hadapan aku ketika ini.

"Ju-Jungkook..."

Tangan Yiseo cuba untuk menolak dada aku perlahan bagi meleraikan pelukan yang terasa begitu dekat dan intim ini. Sedikit sebanyak membuatkan dia tidak selesa.

"Aku cintakan kau lebih dari perkataan cinta tu sendiri , Jang Yiseo"

Terkebil kebil Yiseo memandang aku. Pipinya yang kemerahan jelas kelihatan di pandangan aku membuatkan aku tersenyum nipis kerana merasakan Yiseo kelihatan comel.

"Kau nak tahu kenapa aku tinggalkan kau ?" aku menyoal lembut.

Yiseo tidak membuka mulut untuk memberikan jawapan kepada aku malahan dia hanya mengangguk kepalanya perlahan sahaja sebagai jawapan.

Aku tersenyum.

"Tapi ada satu syarat. Dan kau perlu patuhi syarat tu"

"Sya-syarat ?" dia mengangkat sebelah kening ke atas.

Belum sempat dia ingin membalas apa apa kepada aku lagi , aku lebih pantas menolak pinggangnya ke hadapan membuatkan jarak di antara aku dan dia terhapus.

Matanya terbuntang luas tatkala aku membengkokkan sedikit kepala aku ke tepi dan mula mendaratkan bibir aku di atas bibirnya.

Kedua dua mata aku dipejam rapat dan aku membenamkan bibir ke bibir milik Yiseo dengan penuh lembut. Tipulah kalau aku cakap aku tak rindukan bibir gadis itu.

Tubuh Yiseo kaku tatkala aku mencium bibirnya ketika itu. Walaupun dia agak terkejut dengan ciuman mengejut aku ketika itu , namun dia tetap membalas ciuman aku juga.

Air matanya mengalir.

"I miss you , i miss you so damn much , Jang Yiseo"

Pipinya aku usap perlahan dan membenamkan bibir aku ke dalam bibirnya dengan lebih dalam. Aku menahan belakang kepalanya kuat supaya dia tidak akan mengubah fikiran.

Hanya ini sahaja waktu yang aku ada untuk buktikan kepada Yiseo yang aku masih sayang dan cinta kepadanya walaupun aku sendiri yang tinggalkan dia.

Kerana saat ini sangat berharga dan bermakna buat aku.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkWhere stories live. Discover now