Entah sejak bila dia cakap dia nak bawak gadis itu keluar jalan jalan , dia sendiri tidak tahu. Entah nama dan umur gadis itu sendiri dia tidak berminat ingin tahu.

Namun tatkala menyedari semua mata kini suda pun tertumpu kepadanya , dia mula mengeluh perlahan. Nak atau tak , terpaksa juga dia menjadi boneka bernyawa omma dan appanya.

Dia memusingkan wajahnya ke hadapan dan kini matanya bertemu dengan mata milik gadis bernama Ji Dakyung tersebut. Gadis itu tersenyum malu memandang Jungkook.

"Before I kick your ass , let's go outside right now"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Hey Jang Yiseo , kau dah mabuk teruk ni !" Jimin mengerutkan dahinya memandang Yiseo.

Dia sepatutnya tidak membenarkan gadis itu menghabiskan lima botol soju itu. Ini kan pulak , bodohnya dia sendiri yang bersetuju untuk membelikan soju untuk gadis itu.

Tau lah sayang , tapi jangan jadi bodoh sangat.

Jimin menggigit bibir bawahnya tatkala melihat kedua dua belah pipi Yiseo yang sudah pun berona merah dan gadis itu tidak henti henti tersenyum macam orang gila.

Nasib kat sini tiada orang je tau. kalau tak , memang dah kena angkut bawak hospital mental dah si Yiseo ni. Haih.

"Hey Yiseo , jom aku bawak kau ba--"

Jimin yang baru sahaja ingin menyentuh bahu Yiseo terus ditolak kasar sehingga lelaki itu terjatuh di atas pasir pantai itu. Nasib mulut je tak termasuk pasir.

"Jang Yiseo !" Jimin menjerit marah lalu bangkit daripada jatuhnya.

Lelaki itu terus berdiri tegak semula dan merenung tajam tubuh gadis itu. Pasir pasir yang melekat di seluarnya disapu sapu berulang kali kasar.

Yiseo masih tersenyum seorang diri lebar sehingga menampakkan barisan gigi putihnya. Perlahan lahan telefon pintarnya dikeluarkan dari dalam poket hoodie.

"Yah , kau nak call siapa tu ?" soal Jimin kasar.

"Shuuhhh , rahsia" Yiseo menolehkan kepalanya ke arah Jimin lalu mendaratkan jarinya di bibirnya.

Kedua dua belah matanya masih terpejam rapat , kesan mabuk daripada 5 botol soju yang diminumnya habis sehingga licin itu tadi.

Jimin mengeluh berat lalu menggulingkan matanya ke atas. Rambutnya diserabutkan sedikit sebelum dia meraup wajahnya kasar.

Yiseo terus mendail nombor seseorang di telefonnya. Telefon pintarnya ditekupkan di telinga kanannya sambil senyuman manis tak lepas di wajahnya ketika itu.

Entah siapa yang Yiseo sedang call ketika itu , Jimin sendiri tidak tahu.

"Jungkook-ah..." Yiseo terus bersuara tatkala talian bersambung.

Mata Jimin membulat tatkala mendengar nama bekas teman lelaki gadis itu terbit di bibirnya. Menandakan gadis itu sedang membuat panggilan kepada Jungkook.

"Jungkook , awak dekat mana ?" suaranya lembut.

Jimin tidak mampu membuat apa apa , lelaki itu hanya mampu memerhatikan sahaja Yiseo yang sudah mabuk di hadapannya itu.

𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆 . • jjkDonde viven las historias. Descúbrelo ahora