4.Pertemuan Tak Dijangka

35 7 0
                                    

Yoon Hee sedang memasak stu kimchi kegemaran Jihyo.

"Sedapnya bau,"celah Seokjin.

Yoon Hee hampir sahaja menampar muka Seokjin. Seokjin terus melindungi pipinya.

"Kau ni jangan buat aku terkejut,"kata Yoon Hee.

"Mianhae,"ucap Seokjin.

"Y/N,aku dah balik!"jerit seseorang. "Jihyo,aku masak stu kimchi. Macam biasa,aku pun masak daging kicap untuk kau,"kata Yoon Hee.

Jihyo terus ke dapur dan melihat makanan telah tersedia. Jihyo terus duduk dan mengajak Yoon Hee. Yoon Hee menurut dan makan bersama Jihyo. Seokjin hanya memerhati sahaja.

Beberapa minit kemudian..
"Aku pergi dulu,Y/N!"jerit Jihyo.

Yoon Hee cuma melambaikan tangan dan melemparkan senyuman.

"Wah,Jihyo tu memang cantik,"kata Seokjin. Yoon Hee cuma buat tak tahu lalu mengemas dapur.

"Hoi,aku jumpa topi cantik ni,"kata Seokjin.

Apabila Yoon Hee berpaling,kelihatan Seokjin sedang memakai topi milik perempuan.

"Yah,Kim Seokjin! Itu topi aku!"jerit Yoon Hee lalu cuba mengambil topinya daripada Seokjin.

Seokjin hanya mengangkat topi itu lebih tinggi. Yalah,Yoon Hee lebih pendek dari Seokjin. Pada masa Yoon Hee ingin mengambil topi,matanya bertembung dengan mata Seokjin. Masa dirasakan telah berhenti. Jantung Yoon Hee tiba-tiba berdegup kencang. Rupanya yang kacak mampu membuatkan hati seorang perempuan tergoda. Yoon Hee hanya mampu melihat wajah Seokjin yang begitu tampan.

"Dah lah. Ni topi kau,"Seokjin membatalkan lamunan Yoon Hee lalu menyerahkan topi Yoon Hee.

"Jom,kita jalan-jalan,"ajak Yoon Hee.

Seokjin bersetuju. Selepas Yoon Hee mengemas dapur dan bersiap,dia dan Seokjin terus keluar untuk jalan-jalan.

Sambil berjalan-jalan..
"Yoon Hee,kau pernah ada cinta pertama tak?"tanya Seokjin.

"Ada. Sampai sekarang aku masih nakkan dia. Kau?"kata Yoon Hee.

"Aku pun ada dan aku masih menginginkan dia,"kata Seokjin.

Yoon Hee memandang wajah Seokjin. Yoon Hee mengeluh sebelum melihat semula ke depan. Namun,dia melihat seseorang yang amat dikenalinya.

'Woozi?'bisik hati Yoon Hee. Seokjin pun berpaling ke depan. Namun,Seokjin pun mengenalinya.

'Woozi?'bisik hati Seokjin.

Woozi berjalan rapat ke arah Yoon Hee.

"Woozi,kau buat apa dekat sini?"tanya Yoon Hee.

"Apa khabar? Lama tak jumpa. Aku datang nak jumpa kau,"kata Woozi.

"Aku tak nak jumpa kau,"kata Yoon Hee.

"Jangan kau takut dengan aku,"kata Woozi lalu memegang dagu Yoon Hee.

Yoon Hee menepis tangan Woozi.

"Gumanhae,"kata Yoon Hee.

"Dahlah,aku gembira jumpa kau. Aku akan jumpa kau lagi,Yoon-ie,"kata Woozi lalu meninggalkan Yoon Hee.

'Yoon-ie? Yoon Hee ni ialah Yoon-ie?'bisik hati Seokjin.

Barulah Seokjin teringat tentang kawan baiknya dahulu.

"Seokjin,kajja,"ajak Yoon Hee.

"Yoon-ie,ni kau ke?"tanya Seokjin.

Yoon Hee cuma berdiam diri.

"Yoon-ie! Jawab! Betulkah ni kau?"tanya Seokjin.

"Betul,aku Yoon-ie. Aku ni kawan kau sejak sekolah dulu. Teruk betul. Kawan sendiri tak ingat,"kata Yoon Hee.

Seokjin terus memeluk Yoon Hee.

"Yoon-ie,tak sangka kau berada di depan aku selama ini. Rupa kau sekarang dah lain," kata Seokjin.

Yoon Hee cuma berdiam diri sahaja.

My Love Is Ghost? II Kim SeokjinWhere stories live. Discover now