2.Terungkai si misteri

50 7 0
                                    

Y/N dan jejaka misteri itu sedang menuju ke sebuah pasar raya. Nak beli barang keperluan.

"Y/N,kau setuju tak nak tolong aku?"tanya lelaki itu.

"Yah,si misteri. Aku dah kata yang aku tak boleh nak tolong kalau kau tak beritahu nama kau yang sebenar. Kau langsung tak nak beritahu nama kau. Lagi satu,kawan aku,Jihyo saja boleh panggil Y/N. Kau perlu panggil aku Yoon Hee,"bebel Y/N.

"Nae. Aku takkan panggil kau Y/N. Aku panggil kau Yoon Hee,"akur lelaki itu.

Yoon Hee berhenti lalu menunggu lampu isyarat bertukar hijau. "Yoon Hee,nanti kau hati-hati sikit bila kau jalan,"kata lelaki itu tiba-tiba.

Yoon Hee mengerutkan dahinya.

"Waeyo?"tanya Yoon Hee. "Sebab aku boleh nampak takdir kau,"kata lelaki itu.

"Yah,takdir tak ada siapa boleh ramal,"sindir Yoon Hee.

Dalam masa yang sama,lampu isyarat mula bertukar hijau.

"Dalam masa 10 saat,sebuah lori akan langgar kau,"kata lelaki itu lagi.

Kemudian,sebuah lori sedang menghampiri kereta Yoon Hee! Apa lagi,Yoon Hee terus memecut laju lalu berhenti di tepi jalan.

"Sekarang,kau percaya?"sindir lelaki itu.

"Macam mana kau boleh nampak takdir aku?"tanya Yoon Hee,tak percaya.

"Entah. Bila aku jadi roh ni,aku macam boleh nampak apa yang akan berlaku pada dia dalam masa terdekat,"kata lelaki itu.

Yoon Hee cuma mengangguk. "Kau nak tolong aku tak?"sambung lelaki itu lagi.

"Kalau aku tolong kau,kau janji yang apa-apa yang kau nampak selepas ni kau jangan terkejut,"kata Yoon Hee.

"Maksudnya,kau nak tolong aku?"tanya lelaki itu.

Yoon Hee cuma mengangguk. Lelaki itu mula bersorak kegembiraan. "Sekarang,beritahu aku. Siapa nama kau?"tanya Yoon Hee.

Dia nak sangat tahu nama si misteri itu. "Saya.....Kim Seokjin. Panggil aku Seokjin,"kata lelaki itu atau Seokjin.

Barulah Yoon Hee dapat melihat wajah lelaki itu. Entah kenapa Yoon Hee sangat terkejut apabila melihat wajah Seokjin. Namun,Yoon Hee mula tersenyum lalu meneruskan perjalanan. Masing-masing dapat apa yang dia nak. Yoon Hee dapat tahu nama Seokjin dan Seokjin mendapat pertolongan untuk mencari si pembunuhnya.

"Boleh kau beritahu macam mana kau terlantar dekat hospital?"tanya Yoon Hee.

"Kita beli barang dulu. Nanti aku beritahu apa yang terjadi,"kata Seokjin.

Yoon Hee mengangguk. Suasana di dalam kereta itu mula sunyi. Yoon Hee memasang lagu.

My Love Is Ghost? II Kim SeokjinWhere stories live. Discover now