1.Pertemuan

108 7 0
                                    

Y/N POV
"Y/N,kau ada nak beli apa - apakah?"kata kawanku,Park Jihyo.

"Kau nak pergi kedai? Aku nak mi segera,"kataku.

"Ish,kau ni tak habis-habis dengan mi segera. Arasseo,"sindir Jihyo.

Aku cuma tersenyum.

"Annyeong,",aku melambaikan tangan kepada Jihyo dan Jihyo pun meninggalkan aku keseorangan.

Aku sibuk membaca novel yang aku baru beli 2 hari yang lalu. Tiba-tiba,aku rasa ada sesuatu hadir.

"Kau ni,asyik nak kacau aku je,"kata aku lalu menutup novelku.

"Mianhae,kau saja yang boleh tolong aku,"kata bayang itu.

"Yah,kau langsung tak nak beritahu nama sebenar kau. Aku tak nak tolong kalau kau tu tak beritahu nama kau,"kata aku.

Dia cuma buat tak tahu. Sebenarnya,aku sedang bercakap dengan sesuatu yang kemungkinan tak ada siapa pun nampak. Aku bertemu dengan dia sejak 5 hari yang lalu.

Flashback♡
Aku ke hospital untuk melawat Jihyo di hospital. Sebab? Dia cedera sikit sebab dilanggar.

"Lain kali,hati-hati sikit,"tegurku lalu memukul tangannya.

Langsung dia mengaduh kesakitan.

"Kau ni,tangan aku cedera. Yang kau pukul tu kenapa pulak?"kata Jihyo.

"Mianhae. Aku tak sengaja. Aku pergi dulu. Esok,aku datang ambil kau,"arah aku.

Jihyo hanya mengangguk. Aku pun meninggalkan Jihyo. Apabila aku sampai di depan hospital,tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki sedang duduk di depan hospital. Aku pergi ke arah lelaki itu.

"Encik,jangan duduk kat sini,"kata aku sambil menyentuh bahunya.

Lelaki itu seperti terkejut.

"Nn..nanti. Kau boleh nampak aku ke?"tanya lelaki itu.

'Ingat kau ni hantu ke?'bisik hati aku.

"Encik,jangan duduk di sini. Orang lalu lalang,"kataku.

"Orang tak nampak aku. Kau nampak aku?"tanya lelaki itu lagi. Aku cuma mengangguk. Tiba-tiba,dia memegang tangan aku.

"Tolonglah,cari siapa yang nak bunuh aku ni,"rayu lelaki itu.

Barulah aku perasan yang lelaki itu tak ada wajah. Aku ialah jenis yang tak dalat lihat wajah roh selagi aku tak tahu identitinya. Aku mengheret lelaki itu ke dalam kereta aku.

"Betulkah kau ni hantu?"tanyaku pula.

"Aku bukan hantu. Aku ni roh. Aku kena cari pembunuh aku supaya aku boleh melihat dunia lagi. Badan aku ada dekat hospital ni,"kata lelaki itu.

"Kita balik rumah aku dulu,"ajak aku lalu bergerak pulang ke rumah aku.

Flashback End♡
Bermula dari itu,aku telah mengenali si lelaki misteri yang tak nak beritahu siapa nama dia.

"Kau beritahu aku nama kau,"kataku.

"Tak nak. Aku nak kau setuju nak tolong aku baru aku beritahu nama sebenar aku,"kata lelaki itu.

'Harapkan tinggi je,'kutuk aku dalam hati. Ya,dia seorang yang sangat tinghi tapi misteri sangat.

"Dah. Kau nak ikut aku tak tengah hari nanti? Aku nak pergi jalan-jalan,"kata aku.

"Boleh je. Tapi aku tahu yang Y/N Min tu nama asing kau. Nama korea kau apa?"kata lelaki itu.

'Dia tak beritahu pun nama dia. Ada hati nak tahu nama aku pula,'bisik aku.

"Min Yoon Hee,"kata aku.

"Y/N,aku dah balik!"jerit Jihyo.

Aku menunjukkan muka terkejut. Jihyo hanya tersenyum.

"Ni mi segera kau. Aku nak pergi dulu. Annyeong!"kata Jihyo lalu pergi selepas meninggalkan mi segera.

Yalah,Jihyo tu akan beli apa yang aku nak sebelum dia pergi kerja dekat sebuah pusat taekwondo. Sebagai pelatih!

"Nanti,bagi aku sikit,"celah lelaki itu.

Aku yang terkejut terus menampar muka dia. Aku terus melarikan diri sambil berbisik

'PADAN MUKA!'.

Lelaki itu terus memegang pipinya yang sakit. Wah,roh pun boleh rasa sakit bila ditampar oleh orang yang nampak dia. Aduhai!

My Love Is Ghost? II Kim SeokjinWhere stories live. Discover now